penyusukan.com
Safares Laung Cabaran!
Atlet senior sukan pelayaran negeri Terengganu; Alif Safares kini gigih mempersiapkan diri untuk memberi cabaran kepada atlet kebangsaan yang menjadi penanda aras kejayaan buat beliau. Mempertaruhkan acara kegemaran International 420, anak jati Pulau Duyong ini optimis mampu untuk memberi kejutan kejohanan di peringkat kebangsaan nanti. Terkini beliau berjaya meraih tiket merebut slot ke Kejohanan KFC–Tunku Laxamana Regatta Terbuka Port Dickson Edisi Ke 21 yang akan berlangsung pada 5 hingga 7 Julai 2019 nanti setelah mengungguli Kejohanan Liga Layar Terengganu 2019 Siri 5.