penyusukan.com
Ragbi Wanita: Skuad SUKMA 2020 Kutip Pengalaman Sulung
Pasukan ragbi wanita 7 sepasukan negeri Terengganu dalam persiapan menghadapi temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Johor 2020 mengutip pengalaman berharga setelah pertama kali turun menyertai kejohanan sejak pasukan ini ditubuhkan. Kejohanan Ragbi Wanita 7 Sepasukan Kesatuan Ragbi Selangor 2019 atau turut dikenali sebagai KRS Ladies 7s 2019 merupakan kejohanan pertama membuka tirai program persiapan dan pembangunan sukan ragbi wanita di bawah kendalian jurulatih Nik Mohd Shahiddan Mohd Zain. Pasukan yang telah ditubuhkan sejak 4 bulan lalu dibarisi oleh rata-rata pemain yang tidak pernah berpengalaman bermain ragbi.