penyusukan.com
Ragbi Tertutup 7s Terengganu Rugby Merdeka Challenge Cipta Sejarah
Kejohanan Ragbi Tertutup 7 sepasukan peringkat negeri Terengganu bersemperna sambutan ambang Hari Kemerdekaan Ke-62 yang turut dikenali sebagai Terengganu Rugby Merdeka Challenge 2019(TRMC 2019) cipta sejarah setelah menjadi kejohanan yang melebihi 12 jam tanpa henti yang pernah dianjurkan di negeri ini. Perlawanan pertama bermula seawal jam 0900 pagi dan tamat selewat 0200 pagi keesokannya di mana setiap pasukan diberi peluang untuk beraksi di bawah limpahan lampu Stadium Mini Kompleks Sukan Gong Badak yang baru dinaiktaraf. Sebanyak 12 pasukan telah menyertai kejohanan ini termasuk dua pasukan kategori veteran yang beraksi bagi perlawanan berformat 10 sepasukan.