penyusukan.com
Ragbi Ikon Pelancongan Negeri Terengganu - Ulasan penuh daripada Timbalan Yang Dipertua Persatuan Ragbi Negeri Terengganu
Ulasan penuh daripada Timbalan Yang Dipertua Persatuan Ragbi Negeri Terengganu Encik Che Mohd Zulkarnain setelah Persatuan Ragbi Negeri Terengganu dinobatkan sebagai ikon produk pelancongan negeri Terengganu. Rentetan mencipta fenomena kejayaan melakar sejarah pertama kali muncul juara Kejohanan Ragbi Piala Agong 2019 yang berusia 37 tahun penganjuran, Persatuan Ragbi Negeri Terengganu kini telah diberi penghormatan sebagai salah satu ikon produk perlancongan negeri Terengganu. Penghargaan ini telah dizahirkan sendiri oleh Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu; Ab. Rasid Jusoh dalam satu majlis sambutan ambang tahun baru bertempat di Duyong Marina & Resort, Kuala Terengganu. Kejayaan ini secara tidak langsung mencipta satu penanda aras terbaik buat persatuan sukan ini untuk menutup kalendar 2019 dan membuka tirai tahun baru.