penyusukan.com
Liga Layar Terengganu Tiket Pentas Kebangsaan
Penganjuran Kejohanan Liga Layar Terengganu 2019 yang kini memasuki siri ke-5 dari 10 siri penganjuran sepanjang tahun menjadi medan terbaik buat para atlet negeri ini untuk meraih tiket ke pentas kebangsaan. Kejohanan yang telah berlangsung selama dua hari bertempat di Duyung Marina Resort, Kuala Terengganu mempertaruhkan semua kategori kelas bot. Setiap atlet sama ada peringkat senior mahupun pembangunan diberi peluang sama rata untuk merebut slot ke Kejohanan KFC–Tunku Laxamana Regatta Terbuka Port Dickson Edisi Ke 21 yang akan berlangsung pada 5 hingga 7 Julai 2019 nanti.