penyusukan.com
Liga Hoki Remaja Wanita Malaysia 2019 - Mohd Shahrun Nabil Abdullah - Jurulatih MSNT-PHT-MSST
Ulasan dari jurulatih pasukan MSNT-PHT-MSST; Mohd Shahrun Nabil Abdullah setelah meraih kemenangan sulung di laman sendiri berkeputusan 2-0 menewaskan Johor Girl-PHJ MSNJ untuk perlawanan kedua Liga Hoki Remaja Malaysia 2019(Wanita). Pasukan Majlis Sukan Negeri Terengganu-Persatuan Hoki Negeri Terengganu-Majlis Sukan Sekolah Negeri Terengganu (MSNT-PHT-MSST) yang dibarisi sebahagian besar adalah pelajar sekolah perlu mengharungi baki 6 perlawanan yang begitu ketat di peringkat kumpulan sehingga penghujung Julai 2019 nanti.