penyusukan.com
Liga Hoki Malaysia: Tiada Tambahan Mata Buat THT!
Setelah mengharungi 3 perlawanan terakhir sebelum ini dan terkini sekali lagi terpaksa tewas kepada Universiti Kuala Lumpur(UniKL) yang hadir selaku pasukan pelawat, Terengganu Hockey Team(THT) masih kekal tidak berganjak di tempat ke-3 kedudukan Liga Hoki Malaysia 2020(LHM 2020). Untuk aksi kedua di laman sendiri bertemu perampas Piala Sumbangsih, THT terpaksa akur berkeputusan 2 tanpa balasan sekaligus gagal dalam misi untuk membalas dendam. Keputusan ini juga turut memperbaharui rekod tanpa kalah yang hanya dimiliki oleh UniKL pada musim ini sekaligus selesa untuk berada di puncak kedudukan LHM 2020 dengan kutipan 24 mata.