penyusukan.com
Liga Hoki Malaysia: THT Kutip 3 Mata Kekal Kelompok Teratas Liga
Aksi perlawanan ke-9 Liga Hoki Malaysia 2020(LHM 2020) buat Terengganu Hockey Team(THT) menyaksikan tuan rumah kutip 3 mata liga penuh tekanan di laman sendiri setelah tipis menafikan TNB Thunderbolts berkeputusan 3 berbalas 2. Pada perlawanan ini THT membuat percaturan taktikal dengan mengeluarkan penjaga gawang Muhammad Hafizuddin bin Othman dari senarai pemain untuk memberi kelebihan simpanan pemain di posisi lain. Begitu juga dengan ketua jurulatih Muhammad Dhaarma Raj Abdullah yang terpaksa "dikeluarkan" setelah digantung 1 perlawanan kerana mengkritik keputusan pengadil pada perlawanan sebelum ini bertemu UniKL.