penyusukan.com
LHRM 2019: Skuad Wanita Raih Kemenangan Sulung Di Laman Sendiri
Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu kembali ceria setelah skuad hoki wanita MSNT-PHT-MSST meraih kemenangan sulung dalam aksi kedua perlawanan Liga Hoki Remaja Malaysia 2019(Wanita) untuk menewaskan Johor Girl-PHJ MSNJ berkeputusan dua jaringan gol tanpa balasan. Percaturan corak dan tempo permainan yang amat berbeza berbanding perlawanan pembukaan lalu sememangnya memberi kelebihan untuk penguasaan di atas padang. Sekaligus membina keyakinan pasukan yang baharu dibina rata-rata dibarisi pemain yang masih dibangku sekolah.