penyusukan.com
LHM2020: Kemenangan Pertama THT Iringi Pemergian Arwah Syamiru Aiman
Berkeputusan 5 tanpa balasan memberi kemenangan pertama buat Terengganu Hockey Team(THT) dalam aksi kedua saingan Liga Hoki Malaysia 2020(LHM 2020) mengiringi pemergian arwah Syamiru Aiman Bidin yang telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 1148 pagi (12 Januari 2020) di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu akibat penyakit kanser. Pemergian ini sudah pasti teramat memberi kesan yang amat dalam kepada rakan-rakan sepejuangan yang pernah beraksi bersama sebelum ini. Pada perlawanan ini setiap pemain kedua-dua pasukan turut bertafakur selama seminit sebelum perlawanan bagi memperingati pemergian Allahyarham Syamiru Aiman Bidin.