penyusukan.com
Jadual Pertandingan Sukan Negeri Terengganu (SUTERA)
Temasya Sukan Negeri Terengganu (SUTERA) yang pertama kali akan dianjurkan ini mempertandingkan 13 acara sukan bagi empat hari penganjuran yang dijadualkan bermula pada 5-9 September 2019. Badminton, berbasikal, bola sepak, bola jaring, bola tampar, lawn bowls, olahraga, pencak silat, petanque, pingpong, sepak takraw, tenis dan tenpin bowling adalah sukan yang dipertandingkan menyaksikan penyertaan seramai 1545 atlet. Setiap sukan yang dipertandingkan ini adalah terdiri dari 7 sukan wajib manakala bakinya adalah sukan pilihan yang ditentukan oleh daerah-daerah yang telah dipersetujui. Berikut adalah jadual pertandingan seperti mana yang dikeluarkan oleh pihak penganjur.