nubex.org
Siri 1 : Latarbelakang Harga Emas - Nubex.org
Siri 1 : Latarbelakang Harga Emas Sebelum kita berbincang tentang harga emas di Malaysia, pembeli perlu tahu tentang harga emas dunia. Ya, bagaimana harga emas dirujuk, dari mana sumbernya, siapa yang menetapkan harganya? Dalam dunia hari ini, emas dianggap sebagai sebahagian dari komoditi seperti petroleum, kelapa sawit, getah, gula, dan lain-lain yang mana harganya sentiasa diapungkan di pasaran terbuka. Antara pasaran terbesar yang dijadikan rujukan harga emas ialah pasaran lani (spot market) dan pasaran hadapan (futures market) yang dikenali juga sebagai pasaran derivatif. Pasaran hadapan ini didagangkan di pelbagai bursa komoditi, antara yang terbesar ialah CME Group yang juga merupakan …