“Ada yang harus kita bawa, ada yang harus kita tinggalkan. Sayangnya, tidak sedikit manusia yang justru meninggalkan apa yang seharusnya dibawa dan membawa apa yang seharusnya ditinggalkan.”
—

“Ada yang harus kita bawa, ada yang harus kita tinggalkan. Sayangnya, tidak sedikit manusia yang justru meninggalkan apa yang seharusnya dibawa dan membawa apa yang seharusnya ditinggalkan.”
—
Patrick, Spongebob Squarepants
Bismillah…
Saya akan coba berbagi pengalaman dengan teman-teman yang sering bertanya tentang Tips Menghafal Al-Qur'an yang pasti mirip-mirip dengan tips-tips yang sering teman-teman baca atau dengar dari Ustadz/ah. Contohnya ceramah Ustad Adi Hidayat (semoga Allah memberikan keberkahan ilmu pada beliau) juga terjemahan Kitab At-Tibiyan.
Yg intinya, semua sepakat bahwa tips pertama adalah
1. Ikhlas. Niat yang tulus dan semata-mata mengharapkan ridho dari Allah SWT. Bukan mengejar gelar al- hafiz dan ketenaran, bukan untuk dibangga-banggakan di dunia. Jika niatnya saja sudah salah, lebih baik tidak usah menghafal Al-Qur'an dulu. Khataman dulu Bab niatnya.
2. Belajar Tahsin pada Guru. Pastikan bahwa kita belajar pada Ustadz/ah yang bisa mengajarkan Tahsin. Yg sudah bersanad tentu akan lebih baik. Dan tatap muka ya. Kalau online, hmm gimana gitu.
3. Mulailah dengan membaca dan mengkhatamkan Al-Qur'an beberapa kali dalam sebulan. Dulu, sebelum saya di Indonesia Qur'an Foundation, saya di Rumah Qur'an. Di RQ, kami diharapkan mampu menyelesaikan 5 juz perhari sebelum mulai menghafal. Gunanya apa? Saya merasakan banyak manfaat, salah satunya, melatih kesabaran, ketekunan juga melatih lidah serta ingatan kita sehingga lebih mudah dihafalkan.
4. Menggunakan satu mushaf. In syaa Allah dengan satu mushaf lebih mempertajam ingatan. Lebih familiar di mata dan ingatan. Alhamdulillah sejak mulai menghafal dari kuliah sampai sekarang setelah menikah masih menggunakan satu mushaf. Walhasil, sudah ada yg robek tetapi tetap saja senang dan nyaman dipakai.
5. Menghafallah. Baca dan fahami makna setiap ayat yg hendak dihafalkan. Ulangilah sampai semua tajwid baik dan benar. Baca 5-10 kali kemudian tutup mushafnya. Tentukan berapa ayat, berapa halaman atau berapa lembar yang ingin dihafalkan dalam sehari atau dalam sekali duduk.
6. Pilihlah waktu terbaik. Waktu terbaik menghafal katanya Subuh. Meskipun, dulu sebelum saya berkeluarga, saya lebih sering menghafal diwaktu sore mulai ba'da Ashar. Sepulang kuliah. Setelah menikah, saya biasanya menghafal ba'da Maghrib menjelang Isya. Please, jangan cari alasan bahwa tidak ada waktu. Biidznillah, dengan izin Allah, jika kau meluangkan waktumu untuk Al-Qur'an, maka Al-Qur'an akan melapangkan waktumu dan memudahkan urusanmu.
7. Pilih waktu terbaik untuk murojaah. Setiap mulai menghafal sebaiknya hafalan baru diulang (kalau hafalan lamanya sudah banyak). Dan untuk semua hafalan bisa dibagi-bagi misal dibaca saat sholat Sunnah dan Wajib. Kata para Ulama, Penghafal Al-Qur'an itu sepaket dengan Menjaga Sholat Tahajjudnya. Kemudian, pilihan murojaah yg lain ialah, sehari untuk semua hafalan. Misalnya khusus hari Jum'at dipakai untuk menghafal to’.
8. Ada Huffaz (pembimbing). Kita sangat membutuhkan pembimbing agar hafalan kita ada yang mengoreksi, apakah sudah betul atau tidak. Agar Huffaz bisa menguji hafalan kita. Belum dikatakan sudah hafal kalau belum diuji.
9. Konsisten, Komitmen, Istiqomah dan semua kata yang sejajar dengannya. Karena jika tidak, semua tips sebelumnya akan musnah. Makanya diperlukan tekad yang kuat, ikhtiar yang tajam dan doa yang terus melangit.
10. Terakhir tapi penting, Jauhi Maksiat. Ingat kisah Imam Syafi'i Rahimakumullah,
“Aku pernah mengadu kepada guruku al-Waki’ tentang buruknya hafalanku. Kemudian beliau memberi pengarahan kepadaku untuk meninggalkan maksiat. Dan juga mengabarkan bahwa ilmu adalah cahaya dan cahaya Allah tidak akan diberikan kepada orang yang berbuat maksiat”.
Sekian tips dari saya. Semoga pengalaman saya dalam menghafal Al-Qur'an yang saya bagi di sini bermanfaat. Menjadi nasihat dan pengingat buat saya pribadi.
Saya sendiri belum selesai 30 juz (doakan ya) semoga bisa selesai dalam waktu dekat. Mari kita berjuang bersama menggapai ridho Allah.
Wallahu'alam.
“Kadangkala ada perkara yang dalam hati, perlu dibiar dalam hati. I would tell you about it but Allah is the only one worthy of hearing it. Bukan apa, tapi memang seharusnya demikian. Setidaknya itu jauh lebih baik.”
—
“Andai kau mahu belajar memahami manusia, belajarlah memahami wanita, kerana pada diri seorang wanita itu ada pelbagai watak yang boleh kau pelajari. Adakalanya mereka matang, adakalanya bagai anak kecil, bahkan kadangkala mereka lebih tabah dari dirimu. Berhadapan dengan wanita, hakikatnya kau sedang berhadapan dengan dua tiga jenis manusia. Indahnya kejadian wanita sebagai pembelajaran buatmu, sebagai persiapan kepada jiwamu menjadi pejuang yang mempunyai nilai kasih sayang dan cekal. Jika satu hari nanti kau membina kehidupan dengannya, lindungilah mereka, cintailah mereka. Namun, sedalam mana sekalipun cintamu pada makhluk bernama wanita, jangan sesekali ia melebihi cintamu pada wanita pertama yang mencintaimu; yakni ibumu. Ketahuilah bahawa suatu hari nanti, ibu bapa mu akan uzur. Namun, keuzuran ibu bapa itu adalah hadiah dari Allah untuk memberi pahala, menghapus dosa dan mengangkat darjat seorang anak. Jangan sesekali melihat ia sebagai beban tapi lihatlah ia sebagai satu peluang yang diberikan Allah kerana belum tentu ibadah-ibadah sunatmu diterima dan dicintai Allah, namun menjaga ibu bapa adalah ibadah yang pasti dicintai Allah. Semoga sentiasa diberi ruang dan peluang untuk berbakti kepada mereka. Untuk kau yang bernama lelaki, binalah `soleh` dalam dirimu, bimbinglah ibu, isteri, saudara, dan anak perempuanmu, menjadi perempuan- perempuan kesayangan Tuhan, kerana itulah yang dinilai oleh Tuhanmu, kelak kaulah lelaki kesayangan Tuhan. 260115;0129”
—
(via nurul-qalbi)
Sometimes we feel shame for feeling things- sadness, anger, even excitement (ex: being “too” excited for something)! You don’t have to apologize for having those emotions. 💛 They’re human and normal and part of experiencing life.
(via kataonline)
(via kataonline)
sesungguhnya DIA Maha mengetahui akan keupayaan hamba-hambaNYA
Perkara yang ramai tidak mampu
“Media sosial melahirkan watak watak yang pelbagai. Berkawanlah dengan siapa saja dan sentiasa jaga niat. Berkawanlah kerana Allah. Jangan jadikan media sosial ‘pemadam’ amal soleh kita, jadikannya sebagai 'mesin’ pahala yang berjalan tanpa henti…”
—
Alhamdulillah
MERDEKA ENAM PULUH SATU, Kebersihan wajib diutamakan terutamanya di tempat awam. Tak usah pening kepala memikirkan golongan Transgender mahu menggunakan tandas yang mana jika pada masa yang sama tandas kita amat menjijikkan. Jamban tidak flush, tapak kasut mencorak mangkuk tandas dan nombor telefon khidmat urut batin penuh terhias. Usah kata Transgender, bahkan Transformers, Transistor dan “Transaksi tidak berjaya wang anda tidak mencukupi” pun tidak berselera nak membuang hajat.
MERDEKA ENAM PULUH SATU, Buanglah sampah ditempat yang disediakan. Bukannya di pesisir pantai setelah selesai berkelah, di tempat duduk stadium setelah selesai menggigit kuaci atau di atas jalan raya setelas selesai berniaga Ayam Gunting di pasar malam. Cintakan negara ini bukan hanya cinta pada namanya tetapi juga pada alam sekitar, flora dan faunanya.
MERDEKA ENAM PULUH SATU, Harapnya golongan yang merokok di tempat awam sudah mula pupus dan ditelan Batu Belah Batu Bertangkup. Yang buat O dekat kedai makan yang ada bayi yang masih menyusu badan disarankan diterajang sampai pengsan. Kalau rasa kemaruk sangat nak merokok di tempat awam, hisaplah tetapi asapnya janganlah dihembus sebaliknya ditelan.
MERDEKA ENAM PULUH SATU, Masyarakat negara kita perlu sedar bahawa setiap kereta keluaran mana-mana negara mempunyai satu batang ajaib yang bernama batang signal. Nak tukar lorong jangan risau nak pakai sebab kajian sains dari Jepun menunjukkan memang tak makan minyak dan siaran radio pun tak terganggu. Orang belakang kita bukan Avatar dari negara Konoha yang ada 7 biji bola naga yang boleh tahu kita nak ke kanan atau kiri. Paling menyampah pun kalau tertukar dengan batang wiper tetapi sekali lagi jangan risau sebab kajian sains dari Jepun menunjukkan memang tak makan minyak dan siaran radio pun tak terganggu.
MERDEKA ENAM PULUH SATU, Harapnya selepas ini perbezaan warna politik tidak menyebabkan kita bermusuh, bertelingkah dan tidak bertegur sapa. Kerana semangat demokrasi itu sepatutnya membuatkan kita lebih bersatu maklumlah masing-masing mahu yang terbaik buat negara tercinta. Sama-samalah kita berpolitik dengan lebih matang dan sejahtera. Peribahasa Melayu ada menyebut “carik-carik buku ayam lama-lama bercantum juga, undi mana-mana parti pun, SST semua kena.”
MERDEKA ENAM PULUH SATU, Semangat patriotik itu bukan hanya dengan mengangkat berdera dan melaungkan kemerdekaan. Bukan hanya dengan berdiri tegak ketika lagu Negaraku dikumandangkan. Tetapi juga dengan mentaliti yang lebih berkualiti, sikap toleransi yang tinggi dan tidak mementingkan diri sendiri. Peribahasa “cubit paha kanan, paha kiri pun terasa juga” wajar diadaptasi dalam diri rakyat negara ini. Kerana kesenangan dan keselesaan yang dirasai adalah milik kita bersama.
MERDEKA ENAM PULUH SATU, Dirgahayu bangsaku. Semoga terus berjaya memacu kemajuan negara seiring dengan akhlak bangsa.
(via kotak-cinta)
Arnamee
Hidup ini sentiasa ada dua sisi yang berlawanan tapi seiringan. Bahagia seiring dengan duka. Sayang seiring dengan benci. Cinta seiring dengan air mata. Hidup seiring dengan mati. Dua sisi ini sentiasa beriringan, tak terpisah oleh apa pun.
Hidup ini kadang indah kadang luka. Dalam hidup ni kalau kita hanya nak satu bahagian tapi menolak satu bahagian yang lain, itu bukan hidup namanya. Semua manusia perlu rasa dua sisi pengalaman yang berbeza agar mereka tahu dan belajar hidup ini tak terjadi seperti apa yang mereka mahukan.
Bila dah seronok dengan bahagia, manusia kadang lupa, mereka perlu bersedia untuk menghadapi kecewa.
..selagi ada bulan selagi ada bintang...