tawadhuk

WUDHUK ZAHIR DAN BATIN

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama HatimAl-Assam dan bertanya, “Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?”

Hatim berkata, “Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin.”

Isam bertanya, “Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu? ”

Hatim berkata,“Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air”.

Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya ’ )
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki.

Seterusnya Hatim berkata, “Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan”:

1.aku sedang berhadapan dengan Allah,
2. Syurga di sebelah kananku,
3. Neraka di sebelah kiriku,
4. Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5. aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian ’ Siratalmustaqim ’ dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.

Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadah nya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

(Ustaz Iqbal Zain al Jauhari)

Takde orang sempurna. Semua orang ada kelemahan. Semua orang pernah buat dosa dan maksiat. Semua orang ada AIB yang di sangat MALU kalau ada orang tahu aib dia.

Di sebabkan itulah, kita kena sentiasa bersangka baik, BIMBING, tidak merendahkan, menegur, saling membantu dan doakan orang lain.

Ada orang, dia bab dakwah cemerlang. Tapi, pengurusan diri, amat lemah. Ada orang bab solat jemaah terbaik, tapi bab tinggalkan maksiat hancur. Ada orang bab ikhtilat dia jaga, tapi bab tengok porno dia terbabas. Ada orang bab belajar dia rajin, tapi bab dakwah dia lemah. Ada orang bab agama dia power, tapi ikhtilat teruk macam apa.

Lazimilah istighfar.

Jangan sombong dengan Allah, jangan sombong dengan manusia.

Ada orang, dia pandai, dia hebat dakwah, dia skor pelajaran, kehidupannya tersusun, ilmu agama dahsyat, amal ibadah power, TAPI, bab sangka baik dia tak mampu, bab tawadhuk dia gagal, bab merendahkan orang lain dia selalu terjebak tanpa sedar.

Sebab tu lah, kita kena selalu muhasabah diri………..

Kadang-kadang, sampai satu tahap, kita rasa, diri kita ni teruk gila, dan sangat tak berguna. Hati kita hancur, rasa KOSONG, hidup sentiasa murung.

Ketika tu, cara terbaik nak ubat hati ialah……

“Taubat”.

Bismillahirrahmaanirraheem.

::Apabila kamu berjumpa dengan muslim yang lain, maka bersangka baiklah padanya bahawa dia adalah lebih baik dari kamu dan lebih tinggi ilmunya dari kamu:: Sifat begitu boleh menghampiri tawadhuk 

Ya, ini peringatan buat saya.. Jangan pernah merasa lebih baik, lebih bagus,lebih tinggi ilmu, Ia adalah jalan syaitan guna untuk merosak amalan dan pahala kita.. Na'udzubillah minzalik….



Allah takkan cipta banjir saja-saja

Ada sedikit tazkirah, saya dapat drp Dtk Sahari yg dia share drp grop lain. mungkin beri kita sedikit renungan, apapun saya teramat simpati dan saya kirimkan jutaan doa utk seluruh rakyat kelantan.

Iktibar dari banjir …..Banjir dan hujan berlaku apabila Allah mahu menunjukkan kuasa mutlaknya kepada sang hamba, tidak ramai yg merespon dengan hati yang tawadhuk, mengaku bahawa, kami perlu takut pada yang membuat arahan kepada hujan untuk turun selebat2nya! Jangan berhenti selagi Allah tidak perintahkan supaya berhenti. Bukankah Allah itu Maha Penyayang, lagi Maha Mengasihani? Takkan Allah tak kesian kat mangsa2 banjir tu? Allah yg Maha bijaksana Maha Tahu kenapa banjir sedahsyat itu perlu berlaku? Ia untuk buat hamba2 nya dptkan rasa takut dan gerun dengan kuasaNya yang Maha hebat itu..

Bila manusia terdesak, mereka akan cari Allah! merayu padaNya..hingga acara2 hiburan untuk menyambut tahun baru dibatalkan di seluruh negara dan ditukar dgn perang selawat dan budget 2 utk acara itu digunaan untuk kebajikan mangsa banjir! Alangkah berjasaNya Allah demi untuk menyelamatkan bumi Malaysia dari dosa dan maksiat di Ambang 2015, diciptakan satu bencana yg mengandungi hikmah yang besar disebalik musibah itu. Allah nak buat hingga hamba2 Nya hilang selera untuk sambut Tahun 2015 ini dengan pesta hiburan, dia buat kita tukar acara sambutan itu dengan ibadah!

Perlu diingat Maha Suci Allah dari menzalimi hamba2Nya..sebaliknya kitalah yg menzalimi diri kita sendiri.. Dapatkan rasa Takutkan Allah, Gerun dan patuh pada syariatNya.. Nescaya bencana besar akan berkurangan..

Kepada mangsa2 banjir, kita sama2 memohon ampun, bertaubat bermati-matian kena dibuat segera di pusat2 pelindungan banjir, terima ujian ini dgn penuh sangka baik kepada Tuhan pencipta langit dan bumi. Dia penguasa alam semesta.. Jika Allah Mahu, dengan serta merta diarahkan saja hujan agar berhenti, dan bumi telan segera air yang membasahimu agar hamba2 ku boleh hidup seperti sediakala.

Seperti yang berlaku kpd Nabi Nuh.. banjir dan hujan itu hanya berlaku dgn arahan TuanNya.. Ia itulah Tuhan Yang Maha Berkuasa! Jadi mari kita muhasabah diri atas peristiwa yang dianggap bencana besar ini.. Kalau kita hubungkan dengan bencana di akhirat, kita akan rasa bencana ini kecil sangat..

Bukann kita tidak tahu setiap kali sambutan tahun baru diadakan akan ramai lah yg terlibat dengan zina, arak dan hiburan yg sangat merosakkan..manusia lupa Allah dan Rasulnya.. Demi untuk menyelamatkan manusia dari neraka yang disediakan untuk penzina, peminum arak, dan bergaul bebas menyaksikan konsert2 yang melalaikan, Hujan dan banjir diutuskan agar manusia terpaksa tunduk dan mengaku bahawa, mahu tak mahu kenalah rapat dan berdamping dengan Allah . Gugurkanlah airmata penyesalan dan taubat kerana selama ini manusia tak peduli pun akan kehebatan kuasa Tuhan! Sesungguhnya banjir dan hujan ini membawa isyarat dari Allah supaya jangan takut pd banjir, hujan ataupun cuaca, tetapi takutilah Aku! itu semua tentera2 ku .Jika Aku berkehendak, Aku boleh kerahkan air yg lebih besar dari ini lagi untuk menggugut kamu..Bukankah Tsunami pernah aku utuskan? Belum cukupkah lagi?..Menagislah wahai hambaku…air mata yang engkau alirkan kerana takutkan Aku itu amat mahal, ia pemadam api neraka! Banjir ini untuk itu…

#copypaste

Kelebihan beruzlah/mengasingkan diri :-

1- berpeluang untuk beribadah
2- menyucikan diri dari perbuatan maksiat seperti mengumpat, melihat kemungkaran, sifat riyak, dan mengikut perbuatan buruk orang lain.
3- suci daripada fitnah dan perbalahan.
4- suci daripada kejahatan manusia
5- menghindari diri daripada sifat tamak dan irihati sesama manusia.
6- suci daripada melihat kerenah orang bodoh.

Kelebihan bergaul sesama manusia:-

1- dapat belajar dan mengajarkan orang lain
2- bermanfaat dan memberi manfaat kepada sesama manusia
3- mendidik dan dididik
4- beramah mesra
5- mendapatkan pahala seperti menziarahi orang sakit, tolong-menolong
6- tawadhuk

Kesimpulannya kedua-dua di atas ada manfaatnya tersendiri. Ambil yang baik dan tinggalkan yang buruk. WallahuAllam.