sollualannabi

Diceritakan oleh Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan dalam tausiyahnya;

Pada zaman dahulu, terdapat satu kisah di mana tentera Rome cuba mengintip tentera Islam kerana ingin tahu apa yang sedang dilakukan oleh tentera Islam. Ketika itu, tentera Islam sedang berbaris dalam barisan yang banyak. Dalam ketika tentera Rome memerhati tentera Islam, mereka terlihat setiap daripada tentera Islam itu berbisik sesama sendiri.

Maka kehairanan lah tentera Rome tu. Tentera Islam masing-masing berbisik dari seorang ke seorang yg lain di sebelah mereka seolah-olah menyampaikan suatu pesanan. Sehinggalah pada suatu saat, di suatu telaga, tiba-tiba terlihat salah seorang tentera islam terjun ke dalam telaga tersebut. Seorang demi seorang cuba terjun sehinggalah salah daripada seorang daripada tentera Islam menunjukkan suatu barang yang berjaya diketemuinya lalu menyatakan, inilah harta kamu yang hilang itu.

Apabila tentera Rome melihat kejadian itu di depan mata mereke, mereka berasa kagum. Lalu berkata lah salah seorang daripada mereka itu, seandainya hanya kerana harta saudara mereka pun, mereka sanggup dan sudah bekorban sebegitu rupa, bagaimana pula sekiranya nyawa saudara mereka sendiri pula yang menjadi ancaman. Ataupun maruah agama mereka tercabar.

#malamcintarasul #sollualaih #sollualannabi #faqir

Made with Instagram

Antara pesan Al Habib Ibrahim yang diterjemahkan oleh Al Fadhil Ustaz Asyraf,

Sebelum kita ingin lakukan sebarang kerja/amalan duniawi mahupun ukhrawi, cuba fikir, apakah amalan yang akan aku lakukan ini sekiranya dibentangkan di hadapan Baginda Nabi SAW di akhirat kelak, akan membuat Nabi SAW gembira/suka ataupun tidak. Sekiranya ya, maka teruskanlah. Sekiranya tidak, maka tinggalkanlah.

‏اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِِّ الأُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسلِّمْ

#maulid #majlistaalimdarulmurtadza #masjidmuadzbinjabal #setiawangsa #sollualaih #sollualannabi #faqir (at Majlis Ta'lim Darul Murtadza)

Made with Instagram

اللهمَّ صلِّ على سيِّدنا محمَّد وعلى آلِه وصحبِه وسلِّم

Alhamdulillah, Allah masih beri peluang untuk hadir majlisNya. Bertentang mata dengan Al Habib Umar dan para habaib yg lain. Mendengar bait serta kalam mereka. MashaAllah.

Wallahi, RINDU majlis ni. Duduk bersama ahlul bait, para alim dan ikhwah-ikhwah soleh. Berjumpa sahabat-sahabat soleh yang sebelum ni hanya berkenalan di alam maya. Allahu rabb, barakah majlis.

Moga-moga Allah sentiasa meletakkan kita dalam rahmat dan perlindunganNya.

#darulmurtadza #kembarahabibumar #sollualaih #sollualannabi #faqir (at Majlis Ta'lim Darul Murtadza)

Made with Instagram

“Selawat Allah ke atasmu selama-lamanya. Selawat jua pada ahlimu dan sahabatmu. Mereka yang istimewa dan amat sempurna.”

Setiap kali dengar qasidah ni, pasti hati akan tersentuh. Sungguh hati manusia ini lemah. Tapi kami rindu padamu ya Rasulullah. 😢

#Sollualaih #Sollualannabi

Made with Instagram