solat sunat

Kesedihan Ada Penghujungnya

Kesedihan yang teramat sedih hanya layak diluah pada ALLAH SWT. Kesannya sangat mujarab berbanding meluahkan kesedihan pada sesama manusia.

Cuba bangkit sekitar 3 pagi, lakukan solat sunat seperti Solat Sunat Tahajjud, Solat Sunat Istikharah & Solat Sunat Taubat. Kemudian lafazlah ‘Subhanallah Wa Bihamdihi’ (Mahasuci ALLAH dengan segala puji bagi-Nya) 100 kali.

Menangis dan luahkanlah segala-galanya, sepuas-puasnya di atas tikar sejadah sehingga kau letih. Kemudian, tidurlah sebentar.

Bangkit Subuh, insya-ALLAH kau akan rasa satu perasaan yang berbeza yang tidak pernah kau rasakan sebelum ini. Beban berat yang sebelum ini terhempap diatas bahu terasa dihumban jauh. Tubuh terasa ringan. Hati menjadi tenang.

Ya ALLAH sesungguhnya DIA Maha Mendengar biar beribu kali kau meluah, biar beribu kali kau merintih. DIA takkan jemu.

Berdoa bukan petanda kita lemah :)

MATIKANKU DI SAAT TEPAT

“Ya Allah, matikanlah aku di saat yang tepat”

Seringkali kita berdoa untuk kehidupan kita, entah minta dipanjangkan, minta agar penuh kesuksesan, minta agar bahagia, tapi pernahkah kita berdoa tentang kematian kita?

Jika kita diberikan kebebasan untuk memilih cara kita untuk mati, maka pertanyaannya, cara mana yang kita minta pada Allah SWT? Apakah mati dengan sakit? Apakah mati dengan musibah? Apakah mati dengan kelalaian mengendarai kendaraan? Apakah mati ketika kita sedang beribadah? Sesungguhnya, ini tidaklah penting, bagaimanapun caranya, semua rasa sakit yang dialaminya sama, yakni rasa sakaratul maut.

Jika kita diberikan kebebasan untuk memilih waktu untuk mati, pertanyaan inilah yang justru lebih penting kita pikirkan, “kapan?”.

Kita, adalah manusia biasa, bukan Nabi yang keimanannya terus menaik setiap hari, pun bukan malaikat yang keimanannya terus stabil, pun bukan syetan yang keimanannya terus menurun, kita hanyalah manusia biasa yang keimanannya naik turun kapanpun kita mau.

Bisa jadi, hari ini iman kita naik, kita rajin ibadah, solat sunat, ngaji, puasa. Eh, tiba-tiba, besok iman kita turun, jadi males, jadi suka maksiat, zina, tidak menutup aurat, dsb.

Yah, keimanan manusia itu, naik turun, bisa turun terus, lalu tiba-tiba naik, atau naik terus, tiba-tiba turun. Pertanyaannya, jika kita diberikan kebebasan untuk memilih waktu, kapankah kita akan memilih? Ketika iman kita turun, atau ketika iman naik?

Saya selalu berdoa, agar saya dimatikan di saat yang tepat. Yang ketika dosa menumpuk, lantas saya mati setelah bertaubat, bukan ketika rajin ibadah, lantas saya khilaf dan lalu dicabut nyawanya.

Ya, waktu yang tepat, yang ketika iman sedang naik, yang ketika iman dijaga naik, yang walaupun turun, bukan karena disengaja, tapi karena kekhilafan kita yang segera kita perbaiki pula.

Ya, mati di waktu yang tepat, yang saya sedang berusaha menjadi baik di hadapan Allah, bukan sedang berusaha asyik di depan manusia sampai meninggalkan perintah-Nya.

Makanya, beberapa sahabat nabi, justru senang menyambut kematian ketika imannya sedang naik, hingga mereka menyebut “Marhaban ya maut”, selamat datang kematian, sambil tersenyum, karena tahu, setelah mati, orang-orang beriman tinggal menantikan syurga dan bertemu dengan para Nabi dan Rasul.

Sedang orang-orang yang imannya kurang, mereka takut sekali jika membahas kematian, mereka berpaling sambil berkata “kalem aja kali, masih lama”, sesungguhnya mereka berpaling karena mereka takut, takut tidak punya cukup tabungan untuk keluarga, mereka takut bisnisnya hancur, mereka takut meninggalkan dunia, takut urusan duniawi mereka tidak sempat diselesaikan.

Hati-hati, takut akan kematian, adalah tanda bahwa kita terlalu mencintai dunia, dan memang tidak siap menghadapi akhirat, dan kita memang tidak mempersiapkan bekal apa-apa untuk kesana.

“Ya Allah, matikanlah aku di saat yang tepat”

Tulisan ini bukan ditujukan untuk menakut-nakuti, namun hanya mengingatkan, bahwa mengharapkan kita mati dalam kondisi keimanan seperti apa, itu bisa membuat kita lebih berhati-hati dalam bersikap dan menjalani hari-hari kita.

 

MATIKANKU DI SAAT TEPAT
Bandung, 4 Maret 2017

JOM PREPARE 30 BENDA BAIK LAKUKAN SEPANJANG RAMADHAN

1. Tilawah al Quran sejuzuk sehari paling kurang.

2. Solat tarawih minima 8 rakaat setiap malam.

3. Solat Witir minima 3 rakaat semalam.

4. Beri makan orang berbuka puasa walaupun dengan sebiji tamar setiap hari.

4. Solat fardhu 5 waktu berjemaah setiap hari.

5. Tahajud setiap malam minima 2 rakaat.

6. Sunat dhuha setiap pagi.

7. Sedekah setiap hari minima seringgit.

8. Pastikan sahur setiap hari.

9. Iktikaf di masjid setiap hari walau sekadar 10 minit.

10. Tadarus al Quran sambil usaha memahami maksudnya.

11. Ziarah orang yang kurang bernasib baik.

12. Kurangkan ziarah ke bazar2 ramadhan.

13. Pilih makanan sunnah sebagai menu harian sahur dan berbuka puasa.

14. Elakkan membeli makanan dari tangan2 orang yang fasik.

15. Jauhkan aktiviti yang lagha.

16. Zikir harian, banyakkan berdoa.

17. Lazimi bibir beristighfar sekurang2nya 70x dlm sehari.

18. Ajari diri dengan sifat rendah hati kerana Allah.

19. Mudah memohon maaf dan memberi maaf.

20. Menjaga dan menghubung silaturrahim.

21. Menjaga dan menutup aurat dengan sempurna ( bukan berpakaian tapi bertelanjang)

22. Menjaga lisan, pandangan, pendengaran & hati dari perkara2 yg dilarang.

23. Tidak berlebih2an maupun membazir dengan makanan terutama juadah berbuka.

24. Perbanyakkan amalan2 sunat- solat sunat rawatib.

24. Lazimi sunnah Rasulullah yg ringan tulang dlm urusan rumah tangga (terutama suami & anak2 lelaki)

25. Lazimi utk kawal dan tahan marah, didik diri untuk lebih bersabar.

26. Lazimi lidah untuk sentiasa bersyukur dan memperbanyakkan syukur kepada Allah di kala senang mahupun susah.

28. Menjaga ikhtilat - hubungan antara lelaki dan perempuan.

29. Membayar zakat fitrah dalam waktu yang telah ditetapkan.

30. Ikhlaskan hati kerana Allah. hadirkan Allah di dalam hati, berusaha menjalani Ramadhan kali ini dengan sebaik mungkin seolah2 inilah Ramadhan terakhir kita.

Ada orang yang solat dhuha, baca surah al-waqi'ah, dan rajin istighfar kerana ingin rezekinya lancar, murah dan kaya raya.

Ada juga orang yang solat dhuha, baca surah al-waqi'ah, dan rajin istighfar kerana ingin menampung kembali dan menyempurnakan solat-solat wajibnya dan tertarik dengan pahala setiap huruf al-qur'an yang dibalas dengan 10 kebaikan, serta ingin semua dosa-dosanya diampuni.

Dua niat ini sangat jauh berbeza nilai dan visinya. Yang pertama ingin memperbaiki dunianya. Sedangkan yang kedua ingin memperbaiki akhiratnya.

Dan ketahuilah, akhirat itu jauh lebih baik daripada dunia serta lebih kekal.

Namun apa yang pasti, istiqamahlah dlm melakukan solat sunat dhuha kerana ia ada banyak kelebihannya. Wallahu a'lam.

—  Zonkuliah

55 AMALAN SUNNAH RASULULLAH

1. PANDANGAN MATA
Pandangan mata adalah anak panah iblis. Lihat bukan muhrim sekali saja. Lihat kali kedua akan hilang nikmat ibadah 40 hari. Tiada kusyuk.

2 MAKAN GARAM
Celup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan. Garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir.

3. MINUM TANGAN KANAN
Sentiasa minum memegang gelas dengan tangan kanan. Iblis minum dengan tangan kiri.

4. SESAAT DI JALAN ALLAH
Sesaat berdiri di jalan Allah lebih baik dari solat di depan hajarul aswad pada malam Qadar walaupun hanya sekadar “hai kawan ayuhlah kita solat”

5. LANGKAH KANAN
Masuk masjid kaki kanan, keluar kaki kiri. Masuk rumah kaki kanan, keluar rumah kaki kiri. Masuk tandas kaki kiri, keluar kaki kanan.

6. MAKAN TIGA JARI
Nabi s.a.w makan kurma dengan 3 jari iatu jari ibu, telunjuk dan hantu. Kita makan nasi kalau susah bolehlah dengan 3 suapan pertama ikut sunnah.

7. JAMINAN ALLAH
3 orang mendapat jaminan Allah iaitu orang yang memberi salam sebelum masuk rumah, orang yang keluar ke masjid dan orang yang keluar ke jalan Allah.

8. GUNTING BULU
Apabila lelaki dan perempuan tidak menggunting, mengemas bulu kemaluan dan ketiak selama 40 hari, maka iblis akan bersarang dan berbuai di situ.

9. JANGAN BERSIUL
Jangan bersiul kerana sewaktu mula-mula dibuang ke dunia, iblis mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur iblis.

10. CARA POTONG KUKU TANGAN
Mula dari jari telunjuk yang kanan terus ke kanan sampai kelingking kanan, disambung dari kelingking kiri ke ibu jari kiri hingga ibu jari kanan.

11. CARA POTONG KUKU KAKI
Mula dari kelingking kanan ke sebelah kiri sampai kelingking sebelah kiri.

12. PANJANG LENGAN BAJU
Panjang lengan baju Rasulullah SAW adalah hanya sampai pergelangan tangan sahaja.

13. PAKAIAN KESUKAAN
Pakaian kesukaan Rasulullah SAW adalah gamis iaitu baju labuh atau kurta.

14. BERSIWAK
Jika didahului dengan bersiwak (bersugi), satu kali anda bertasbih maka Allah hitung 70 kali bertasbih. Jika bersolat akan dihitung 70 kali solat.

15. DOA DALAM SUJUD
Saat yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.

16. ADAB DI TANDAS
Masuk tandas kaki kiri, pakai alas kaki dan tutup kepala.

17. ADAB MAKAN
Hendaknya menghindarkan diri dari kenyang yang melampaui batas. Sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas.

18. TIGA JENIS ORANG
3 jenis orang yang tidak akan dipandang oleh Allah SWT pada hari kiamat iaitu orang tua penzina, Raja yang berdusta, orang miskin yang sombong.

19. PAKAI MINYAK WANGI
Memakai minyak wangi adalah Sunnah maka pakailah terutama ketika hendak bersolat, ke masjid atau ke mana sahaja.

20. AMBIL WUDUK SEBELUM TIDUR
Gosok gigi dan ambil wuduk sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati dan menghindar gangguan iblis dan syaitan.

21. CINCIN PERAK
Pakai cincin perak di kelingking kanan atau kiri. Akan mendapat pahala Sunnah berterusan selama memakainya.

22. SOLAT FARDHU DI MASJID
Nabi SAW tidak pernah solat fardhu di rumah. Setiap langkah kanan ke masjid akan diangkat satu darjat dan langkah kiri akan dihapus satu dosa.

23. PAKAI CELAK
Gunakan celak ismid (dari galian) kerana ia menguatkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata. Setiap malam dicalit tiga kali pada mata kanan dan kiri.

24. PANJANG PAKAIAN
Panjang pakaian , jubah atau seluar seorang muslim adalah antara setengah betis dan tidak melebihi buku lali .

25. SOLAT FARDHU BERJEMAAH
Solat fardhu berjemaah di masjid dibayar 27 kali lipat dari solat sendirian di rumah. Jika anda waras dan sempurna akal, di manakah anda akan solat?

26. MENGUAP
Menguap adalah dari syaitan. Bila rasa hendak menguap, tahanlah atau tutuplah mulut dengan belakang tangan kerana syaitan akan masuk melalui mulut.

27. MENYIMPAN JANGGUT
Memotong misai dan menyimpan janggut. Lebih afdal dengan jambang sekali. Diberi pahala amal berterusan selama menyimpannya.

28. JANGAN MENGHADAP KIBLAT KETIKA BUANG AIR
Jangan menghadap / membelakang Kiblat ketika buang air kecil / besar. Dibolehkan bila dalam bangunan, itupun kalau terpaksa.

29. WARNA PAKAIAN RASULULLAH
Disunatkan memakai pakaian berwarna putih kerana Rasulullah SAW menyukai pakaian berwarna putih.

30. POSISI TIDUR
Posisi tidur yang dianjurkan ialah mengereng di atas rusuk kanan, muka dan badan mengadap kiblat dan tapak tangan kanan di bawah pipi.

31. MINUM LEPAS MAKAN
Lepas makan nasi jangan terus minum. Tunggu sebentar anggaran selama berjalan 40 langkah barulah minum.

32. TIDUR SEBELUM ZOHOR
Tidur sebentar sebelum Zohor kerana ianya membantu ibadah di malam hari dan bangun sebelum gelincir matahari untuk solat Zohor.

33. BERDIRI HORMAT
Rasulullah SAW membenci perbuatan orang bangun dari tempat duduk dan berdiri memberi hormat apabila baginda lalu atau masuk ke suatu majlis.

34. PAKAIAN BERWARNA
Dilarang memakai pakaian warna kuning kemerahan seperti yang dipakai oleh sami Hindu / Buddha khususnya bagi lelaki.

35. MAKAN DENGAN ORANG MISKIN
Rasulullah SAW suka memberi makan atau makan bersama orang miskin. Jika kita makan bersama orang miskin, hendaklah kita mendahulukan mereka.

36. MENU RASULULLAH
Rasulullah SAW membuka menu sarapannya dengan segelas air sejuk yang dicampur dengan sesendok madu asli.

37. PEMBERIAN YANG TIDAK BOLEH DITOLAK
Ada 3 pemberian yang tidak boleh ditolak iaitu bantal, minyak wangi dan susu.

38. KETAWA RASULULLAH
Ketawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.

39. MINUMAN RASULULLAH
Minuman yang paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah minuman yang manis dan dingin.

40. HISAP AIR DALAM HIDUNG
Ketika membersihkan diri setelah bangun tidur jangan lupa menghisap air ke dalam hidung 3x kerana syaitan bermalam dalam lubang hidung.

41. BERI MAKAN ANAK YATIM
Nabi SAW suka memberi makan anak yatim. Sesiapa yang duduk makan bersama anak yatim dalam satu bekas, syaitan tidak akan menghampiri bekas tersebut.

42. LARANGAN PAKAI CINCIN
Dilarang memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah.

43. BANGUN TIDUR
Nabi SAW bangun tidur lalu duduk seraya mengusap muka dengan telapak tangan agar hilang ngantuknya dan membaca doa bangun tidur.

44. KONGSI MAKANAN
Jangan kedekut berkongsi makanan. Nabi SAW suka makan makanan yang banyak tangan memakannya.

45. 4 RAKAAT SEBELUM ZOHOR
Solat 4 rakaat setelah gelincir matahari sebelum zohor. Saat itu pintu langit dibuka untuk menerima amal soleh dan tertutup ketika solat zohor.

46. ISTIGHFAR
Nabi SAW beristighfar kepada Allah mohon keampunan dosa dan bertaubat setiap hari lebih dari 70 kali.

47. JANGAN MENCACI MAKANAN
Jangan mencaci makanan. Jika suka, makanlah , jika tidak suka biarkan sahaja.

48. APABILA BERTAMU
Apabila bertamu, jangan berdiri memberi salam di depan muka pintu tetapi dari sisi agar terpelihara pandangan dari melihat terus ke dalam rumah.

49. JAWAB SALAM DALAM TANDAS
Tidak diperkenan menjawab salam ketika di dalam tandas kerana ada lafaz Allah dalam kalimah jawab salam. Cukup dengan berdehem atau isyarat suara.

50. MAKANAN PANAS
Rasulullah SAW melarang meniup makanan panas. Hendaklah biarkan sejuk sedikit hingga mudah untuk dimakan.

51. GILIRAN MINUM
Jika berkongsi minum dalam satu bekas atau botol, hendaklah memberi giliran minum yang berikut kepada orang yang di sebelah kanan.

52. 3 AMAL
Nabi SAW menasihati jangan meninggalkan 3 amal iaitu puasa 3 hari sebulan (afdal 13,14,15 hb Hijrah), solat Dhuha dan solat sunat Witir.

53. JANGAN TIDUR MENIARAP
Jangan tidur meniarap kerana ia adalah posisi tidur ahli neraka dan yang dibenci Allah.

54. CARA PEGANG MISWAK
Miswak dipegang dalam keadaan jari kelingking dan ibu jari di bawah miswak dan jari lain di bahagian atas.

55. DUA RAKAAT SEBELUM SUBUH
Dua rakaat sunat sebelum solat fardhu Subuh itu adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya….

Sebarkan…spya lbh ramai lg yg mengamalkn sunnah…jom amal sunnah nabi!!

Bersangka Baik

“Kebersamaan kita dengan Allah diluar solat menghasilkan "Al khusyu’” didalam solat, Khusyu itu bukan boleh di latih latih di paksa paksa, ia terhasil bila mana setiap hela nafas di luar solat itu ibadah kita pada Allah. Sekadar menghadirkan hati dalam solat itu bukan khusyu.“

"Jika mampu melihat dan memuji Allah merasakan kebesaran-Nya setiap kali melihat segala makhluk di dunia ini maka kita telah dapat merasakan syurga dunia, kerana syurga dunia itu adalah "Makrifatullah” kerana kita mengenal Sang Pencinta dan dicintai-Nya. Sememangnya ulama mengkategorikan dosa kepada dosa besar dan dosa kecil.“

"Namun jangn di remehkan dosa dosa kecil, sedangkan para ulama tasawuf itu gerunnya mereka pada dosa kecil sngt hebat, setiap kali kita melakukan dosa kecil, ia sebenarnya satu penderhakaan, pada Raja yang Agung , pada Al-Khaliq. Jangan sekali merasakan tiada impak bila melakukan dosa kecil. Setiap penderhakaan pada Sang Pencinta itu itu adalah dosa hati.”

“Antara bekalan seseorang mukmin itu, adalah ilmu yang bermanafaat. Dan apabila bertambahnya ilmu yang bermanafaat itu, maka akan bertambah kecintaan kita untuk menuju ke tempat asal kita. Dimana tempat asal kita semua? Tempat asal kita iaitu syurga.”

“Apabila bertambahnya ilmu yang bermanafaat itu juga, moga-moga akan dapat membesarkan kebencian kita kepada sifat cinta dunia. Dan Ilmu agama yang bermanafaat ini, Allah سبحانه وتعالى akan berikan kepada yang diizinkan-Nya dan orang yang dicintai oleh-Nya.”

“Allah سبحانه وتعالى tidak akan membenarkan mana-mana manusia untuk mendapatkan, ilmu ini kecuali dengan izin-Nya. Dan Allah سبحانه وتعالى memerintahkan para malaikat menghamparkan sayapnya untuk kita berjalan diatas sayapnya.”

“Seseorang yang diberikan ilmu oleh Allah سبحانه وتعالى, sebenarnya Allah ingin muliakan dirinya. Allah ingin meletakkan darjatnya pada kedudukan yang tinggi. Adakah sama kedudukan orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Sudah tentu, tidak sama.”

“Amalkan doa ini selepas solat; "Rabbi zidni ilma.” Ya Allah, tambahkanlah aku ilmu yang bermanafaat. Dan kita meminta tambah rezeki, tambah umur, disamping itu mintak juga tambahkan ilmu skali. Rezeki pon mintak, rezeki zahir dan rezeki batin pon mintak, yakni mintak ilmu juga zahir dan batin.“

"Masjid adalah tempat dan masa, dimana manusia itu sujud kepada Allah سبحانه وتعالى. Dimana untuk penyucian hati. Ketenangan hati. Sebab apa syariat solat, puasa, zakat, haji penting? Kerana ia adalah induk penyucian bagi hati kita.”

“Syariat itu meraih hakikat, yakni untuk mengenal Allah سبحانه وتعالى dan wasilah penarik rahmat Allah hatta seseorang yang melakukan keburukan tomahan dan cacian kepadanya. Maka dia nampk hakikat yang menggerakkan segala sesuatu itu hanyalah Allah سبحانه وتعالى dan die tidak merasa benci dengan orang itu.”

“Dia tahu itu semua, hanyalah ujian daripada Allah سبحانه وتعالى. Hidup ini adalah ujian. Dan apabila kita belajar mengenal solat, jangan sangkutkan kepada solat sahaja semata-mata. Akan tetapi sangkutkan juga kenal terhadap Allah.”

“Apabila kita rukuk macam mane kita dapat kenal dengan Allah. Apabila kita sujud macam mana kita dapat kenal Allah. Kita cuba kenal Allah سبحانه وتعالى disetiap tingkahlaku solat kita. Masjid ini satu tmpt yang diwaqafkan dan dikhaskan untuk menyembah Allah سبحانه وتعالى.”

“Secara umumnya seluruh tanah dibumi ini adalah masjid. Semuanya adalah tempat sujud. Ketika ingin masuk masjid, selawatlah keatas nabi n baca doa; "Allahuma tahli abwaba rohmatik.” Selawat keatas nabi adalah pengangkat segala doa kepada Allah سبحانه وتعالى, kerana Nabi Muhammad ﷺ itu, pengantara kekasih Allah.“

"Doa akan tergantung kecuali disertakan dengan selawat keatas Rasulullah ﷺ. Pada awal permulaan doa dimulakan dgn ucapan "Alhamdulillah” dan ditutupi dengan “Alhamdulillah” begitu juga dengan selawat keatas nabi. Dibuka dengan selawat, dan ditutup juga dengan selawat.“

"Di akhirat nanti tiada seorang pon akan masuk syurga, disebabkan oleh ibadahnya secara direct. Akan tetapi hanyalah, dengan rahmat Allah سبحانه وتعالى. Bukan sebab amalan kita. Jangan kamu menyangka dengan ibadah kamu yang banyak, kamu sudah pasti masuk syurga. Tidak. Tidak. Belum tentu.”

“Apabila seseorang berada didalam masjid, maka niat iktikaf. Setiap saat berada dalam masjid selepas niat iktikaf setiap saat itu kita dapat pahala. Solat Tahiyyat masjid jangan lupa. Tahiyyat bermaksud "Penghormatan.” Yakni ucapan penghormatan kepada Allah سبحانه وتعالى. Ini adab.“

"Macam mana greeting kita kepada Allah? "How do you greet Allah?” I greet Allah سبحانه وتعالى with tahiyyat.“ Yang panjang lebih afdhal. Yang pendek pon boleh. "At-Tahiyyatullah.” Ini cara kita nak hormat masjid. Bukan maknanya beri salam dimasjid. Akan tetapi dengan solat tahiyyat masjid.“

"Kita nak beri salam pada wuduk dengan solat tahiyyat wuduk. Kita nak beri salam kat kaabah bukan dengan beri salam kepada kaabah, akan tetapi tawaf mengeliling kaabah. Solat sunat mutlak yang tiada waktu khas boleh dikerjakan walaupun dua rakaat.”

“Ianya boleh diniatkan sekali sunat-sunat seperti qabliyah, ba'diah, tahiyatul masjid, tahiyyatul wuduk, istikharah, taubat. Sebab itu para alim ulamak kaya dengan amalan, sebab hanya dengan memperbanyakkan niat sahaja. Lebih banyak niat kebaikan untuk satu pekerjaan, lebih banyak pahala.”

“Al-Imam As-syafie رحمه الله تعالى berkata; "Dan hati aku menjadi tenang, oleh kerana sesuatu yang diusahakan aku. Yang mengharapkan natijah kebaikan. Akan tetapi sebaliknya yang aku dapat kerana aku memujuk hatiku dengan mengatakan semua itu adalah perancangan dan hikmah daripada Allah سبحانه وتعالى. Maka aku tidak merungut, aku tidak komplen, aku tidak protes dan aku tidak mempertikaikannya.”

“Segala yang datang dari Allah سبحانه وتعالى semuanya baik. Musibah yang terkena kepada orang kafir adalah azab atau seksa. Akan tetapi musibah yang terkena kepada orang muslim itu sebagai ujian test dari Allah سبحانه وتعالى. Tetapi, kalau dia menganggap musibah ini sebagai bala, sebagai azab, sebagai seksa.”

“Maka ia bertukar daripada ujian kepada azab dan bala. Allah سبحانه وتعالى beri ujian sebab Allah sayang. Allah menaikkan darjatnya. Allah promote untuk kedudukan yang lebih tinggi untuk tingkatkan darjatnya. Dan disamping ganjaran pahala dan juga penghapusan dosa. Bukankah ianya baik perkara yang baik? Setiap yang datang daripada Allah سبحانه وتعالى, semuanya adalah baik. Bersangka baiklah kamu kepada Allah.”

Guru mulia kami. Tasawwuf. Darul Mujtaba. Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari.

(Raudhatul Muhibbin)

MALAM.NISFU SYABAN

Hidupkan Malam Nisfu Sya'ban malam ini dengan :

(a) Solat sunat dan baca Yaasin 3x. Niat bacaan 1: panjang umur dalam ketaatan, ke 2: dijauhkan bala & murah rezeki, ke 3: dikurniakan qana'ah (merasa cukup dengan rezeki yang ada) dan husnul khatimah.

(b) Khatamkan juga setiap bacaan berikut setiap satu 100x:

(1) ﻻ إله إﻻ أنت سبحانك إني كنت من الظالمين
(2) رب اشرح لي صدري ويسرلي أمري
(3) نصر من الله وفتح قريب
(4) ليس لها من دون الله كاشفة

© Bagus juga kalau dapat khatamkan bacaan (1) itu, 2375x.

(Fadhilat: ALLAH kurniakan keselamatan & selamatkan dari musibah/kesusahan tahun itu)

Daripada: Al-Faqir, Ustaz Muhadir Haji Joll, Sya'ban 1436H

Taubat

Nak taubat tak semestinya kena buat solat sunat taubat. Istighfar bersama rasa menyesal dalam hati dan azam tekad taknak ulangi lagi. Nahh itu namanya taubat.

Tapi sebaik baiknya, lakukanlah solat sunat taubat. Berapa rakaat nak buat pun hang punya pasailah kan. Bersujudlah padaNya. Mohon ampun. Minta kekuatan!

Sebaik baik pendosa, tak kiralah sehina apa pun dia, dia lah makhluk yang paling layak bertaubat.

Rahmat Allah itu luas. ❤

Sunnah berselawat ke atas nabi ﷺ:“
1. Ketika memulakan ucapan kebaikan.
2. Setelah azan, sebelum doa selepas azan (hadis).
3. Ketika berdoa -awal, pertengahan dan akhir (hadis).
4. Di antara dua rakaat solat sunat hari raya (hadis).
5. Masuk dan keluar daripada masjid (hadis).
6. Dalam solat jenazah.
7. Ketika bertalbyiah.
8. Antara Safa dan Marwah.
9. Ketika bertemu dan berpisah apabila berjumpa dengan orang - didahului dengan salam (hadis).
10. Waktu pagi dan petang (hadis).
11. Ketika bermuduk (hadis).
12. Ketika telinga berdengung (Kitab Al-Azkar, Imam Nawawi).
13. Ketika lupa sesuatu.
14. Pada malam dan siang Jumaat (hadis).


اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ

—  Habib Najmuddin Othman Al-Khered
Don't be afraid.

So hai assalamualaikum korang. Aku ada benda nak cakap ni. Fokus sini lah kejap. Kejappp je aku amik masa korang. Lima minit mungkin. Heyyy dah dah la tu pandang tempat lain. Fokus sini kejap. Boleh? Okay.

So dua minggu lepas dan minggu lepas,aku rasa adalah minggu yang paling menyusahkan hidup aku. Macam macam aku hadapi. Masalah study,masalah dengan pakcik arab,masalah dengan orang,masalah dengan lecturer, masalah dengan cikgu muzik aku,masalah dengan roommate,masalah dengan kucing,masalah dengan diri sendiri. Banyak masalah aku beberapa migggu lepas. Aku down gila. Dan aku rasa inilah sem paling down selama dua puluh tahun aku hidup. Macam macam aku rasa macam macam aku hadapi. Aku putus harapan gila masa tu. Serious,aku rasa macam tuhan sedang permainkan aku. Digolek golek dipusing pusing digelek gelek. Macam macam gaya aku dibuatnya.


So masalah aku still tak setel. Aku biar je semua masalah aku tanpa diselesaikan pun. Satu pun tak setel. Aku move on dengan hati yang berat gila. Dalam kepala aku ada seribu benda. Dan hari ini,disaat aku sedang menulis ini untuk kalian,masalah yang aku sebut diatas,masih ada dan belum selesai pun. Aku biar je.

Kadang kadang tuhan ni,dia tak mintak pun kita untuk selesaikan masalah yang dia kasi. Cukup,kita rasa beban tu dan kita cari dia untuk minta pertolongan. Memang aku hidup dengan doa je dua tiga minggu ni. Sejak masalah aku bertimbun ni,aku baru pandai nak cari tuhan. Aku baru tahu nak solat sunat lepas solat fardu,aku baru tahu nak baca quran bila duduk sorang sorang,aku baru tahu nak doa lama lama masa sujud terakhir. Riak ke aku ni? Tak. Aku bukan nak riak dekat korang. Sebab aku tahu,korang korang ni dah buat semua benda ni dah lama. Dan aku? Aku baru nak buat. Ya. Baru nak buat.

Masalah aku masih tak setel. Tapi aku rasa bahu aku ringan gila. Aku makan macam biasa. Tidur macam biasa. Aku lepak sampai 1 pagi dengan geng aku macam biasa dekat kedai makan. Aku pergi bookfair macam biasa. Aku dating dengan Hidayu sampai lewat malam macam biasa. Aku tengok wayang macam biasa. Aku melalak depan rumah orang tengah malam buta sambil nyanyi lagu sedih macam biasa. Aku pergi universiti macam biasa. Aku gomol Goku macam biasa. Semua masih seperti biasa. Nampak tak,betapa masalah aku tu tak menjejaskan sedikit pun kebiasaan aku dan kenormalisasi aku? See?

Kalau dulu aku rasa macam nak bunuh diri dan hilang harapan kepada Tuhan,tapi sekarang aku rasa okay sikit. Slow slow tengah recover tak fully pun lagi. Dulu aku terlalu giving fuck to this worldly life. Sedangkan satu inci dunia pun aku tak bawak masuk kubur. Kenapa aku nak sedih sangat? Chill lah. Ini kehidupan. Ini cara kita mengenal Tuhan. Ini cara kita jadi matang.

Ingat,tuhan tak suruh kita selesaikan masalah. Maksud aku,tak semua perlu ada penyelesaian macam masalah aku. Tapi Allah nak kita sabar,tahan. Sabar,tahan. Jangan gelabah sangat. Jangan. Run back to Him. Kau dah jauh sangat melangkah mungkin. Sampai kau lupa,usahkan berlari,berjalan pun kau guna kudrat tuhan.

Ya. Sesekali,pandang belakang.

..

“I think we all should turn back to the start. The same place,where we borrow our heart.” - Sher.

Jarang sangat kita buat semua ni kan?

1. Tahajjud yang paling susah nak bangun. Masih struggle nak istiqomah yang ni. Solat sunat ni amat di tuntut, dalam al quran pun Allah ada sebut dalam surah al isra ayat 79 (boleh check)

Dan juga suka quotes dari imam asy shafiee yang best pasal tahajjud. “The du’a made at tahajjud is like an arrow which does not miss its target”

2. Tawbah. Pun jarang kan kita semua buat sebab selalu perasan diri ni tak ada banyak dosa. Selalu perasan diri ni banyak pahala. Tunggu nak buat bila dah terjerumus dalam dosa, baru nak tawbah. Hurmmmm perasannya kita semua ni. Tak sedar diri banyk dosa, tapi malas nak minta ampun. Cuba fikir dan kira balik berapa kali je buat solat tawbah dalam hidup?

3. Duhaa. Yang ni for me, okay sikit. Memang usaha kan buat setiap hari. Masa attend class dulu, sheikh tu cakap, jangan tengok solat duhaa ni as solat untuk tambah rezeki, nak jadi kaya je (though thats one of its fadhilat) tapi buat solat duhaa ni, juga sebagai tanda syukur kepada Allah sebab bagi kesempatan untuk hidup lagi, bangun pagi dan kerja cari rezeki. He also add, all solat pun we should thank Allah all the time!

4. Istikharah ni femes bila nak cari jodoh je (kalau ikut adat kita). Bila time nak buat keputusan lain tak buat. Huhuhu. Lovely, my ustadzah laili, selalu remind buat istikaharah, macam hari tu tak tahu nak ambil exam TME bila, dia suruh buat, and make duaa to Allah. Apa-apa decision nak buat semua buat istikaharah. Macam nak start buat business, tapi tak tahu nak buat business apa, nak gi kerja kat syarikat mana. Semua buat lah istikaharah. Jangan tang jodoh jer.

5. Nawafil (solat sunat rawatib) — copy ni dari google sebab i cant find my note book. But this is also the same mafhum hadith sh yawar taught me at LEC. If salah tolong betulkan. “If any Muslim servant (of Allah) prays for the sake of Allah twelve rakaah every day, over and above the obligatory ones, Allah will build for him a house in Paradise, or a house will be built for him in Paradise”

Best kan? So jom lah usahakan

May Allah SWT accept from us.

- via Fastabiqulkhairot

Jarang sangat kita buat semua ni kan?

1. Tahajjud yang paling susah nak bangun. Masih struggle nak istiqomah yang ni. Solat sunat ni amat di tuntut, dalam al quran pun Allah ada sebut dalam surah al isra ayat 79 (boleh check)

Dan juga suka quotes dari imam asy shafiee yang best pasal tahajjud. “The du’a made at tahajjud is like an arrow which does not miss its target”

2. Tawbah. Pun jarang kan kita semua buat sebab selalu perasan diri ni tak ada banyak dosa. Selalu perasan diri ni banyak pahala. Tunggu nak buat bila dah terjerumus dalam dosa, baru nak tawbah. Hurmmmm perasannya kita semua ni. Tak sedar diri banyk dosa, tapi malas nak minta ampun. Cuba fikir dan kira balik berapa kali je buat solat tawbah dalam hidup?

3. Duhaa. Yang ni for me, okay sikit. Memang usaha kan buat setiap hari. Masa attend class dulu, sheikh tu cakap, jangan tengok solat duhaa ni as solat untuk tambah rezeki, nak jadi kaya je (though thats one of its fadhilat) tapi buat solat duhaa ni, juga sebagai tanda syukur kepada Allah sebab bagi kesempatan untuk hidup lagi, bangun pagi dan kerja cari rezeki. He also add, all solat pun we should thank Allah all the time!

4. Istikharah ni femes bila nak cari jodoh je (kalau ikut adat kita). Bila time nak buat keputusan lain tak buat. Huhuhu. Lovely, my ustadzah laili, selalu remind buat istikaharah, macam hari tu tak tahu nak ambil exam TME bila, dia suruh buat, and make duaa to Allah. Apa-apa decision nak buat semua buat istikaharah. Macam nak start buat business, tapi tak tahu nak buat business apa, nak gi kerja kat syarikat mana. Semua buat lah istikaharah. Jangan tang jodoh jer.

5. Nawafil (solat sunat rawatib) – copy ni dari google sebab i cant find my note book. But this is also the same mafhum hadith sh yawar taught me at LEC. If salah tolong betulkan. “If any Muslim servant (of Allah) prays for the sake of Allah twelve rakaah every day, over and above the obligatory ones, Allah will build for him a house in Paradise, or a house will be built for him in Paradise”

Best kan? So jom lah usahakan

May Allah SWT accept from us.

IMAN UMPAMA BATERI

Andaikata matinya nfon disebabkan baterinya lemah.
Andaikata hilangnya arah insan disebabkan imannya masalah.

Jadi– iman itu ibaratnya bateri.
Kena cas. Perlu cas. Harus cas.

Dan kalau– dah gila kontang bateri itu, jangan biar nfon tu mati terus.
sama jugaklah macam iman.
Kalau futur jangan sampai kufur.

Dan kalau lagi– cas bateri pun, cukuplah paling lama 1 jam.
sama jugaklah macam iman.

bila rasa futur– tak perlu pun kau dok ngaji sampai 20 juzuk sekalipun. Tapi nothing. Kau tak rasa pape. Lebih baik 2 ayat kau baca kau rasa tenang. Tak perlu pun solat sunat 20 rakaat semata-mata andai tak rasa nikmat ibadah.

Kalau lagi– tak kesah pun kau nak cas bateri waktu malam. Tapi bila penuh, perlu bangun untuk tutup. Means, perlunya bangun malam! Eh. Hehe.

Dan uncle kedai phone tu cakap lagi–. Andaikata nfon tertumpah air sirap sekalipun, firstly yang kau perlu selamatkan adalah bateri. Rosak bateri maka rosaklah nfon.

Jadi– iman itu macam bateri lah kan? Kena tatang, protect, jaga elok-ii jangan sampai rosak.

Bila rosak habis punah.
Punahlah ummah.

—  gadispianist , 24 february 2014

Jika kita mahu berubah, berubahlah secara step by step, jangan berubah secara direct, takut nanti hari ni buat semua esok demam lusa down, terus tinggal!

Memanglah konsep berubah itu kena ubah semua bukan separuh je tapi biarlah sehiring sehaluan.

Takut hari ni Solat 5 waktu on time, buat solat sunat, pakai tudung tutup dada, pakai baju longgar, pakai stokin, pakai serban, pakai kopiah, pakai jubah, pakai rida dan banyak lagi. Tapi esoknya demam lusa down! Tak mahu buat dah. Kembali kepada asal. Sia-sia je.

Semua nak di ubah sekaligus tapi hati tak pula sekaligus, kalau mahu berubah buatlah sehiring sehaluan. InshaaAllah sebati. Paling penting kualiti bukan kuantiti.

Sungguh. Istiqomah adalah jalan terbaik, jalan istiqomah ini adalah jalan-jalan menujuh kepada redha Maha Pencipta.

Nak masuk syurga memang payah tapi bukan bermakna susah kerana Allah tidak akan menguji di luar kemampuan hamba-hamba-Nya..

Kalau jatuh bangun semula, bangun semula, bangun, Bangunlah hingga akhir nafas! Allah sedang melihat usahamu.

Waktu antara Maghrib dan Isya’ adalah waktu yang mulia. Oleh yang demikian, sunat mengisi masa di antara waktu tersebut dengan banyak beribadah (solat, zikir, membaca al-Quran dll). Jangan menghampiri kepada apa-apa yang melalaikan dan elakkanlah tidur selepas Maghrib kecuali terpaksa (darurat).

Sesiapa yang mengerjakan solat sunat 6 rakaat selepas Maghrib, maka ibadahnya sama dengan dia beribadah selama 12 tahun. Sesiapa yang mengerjakan 20 rakaat, maka dibina untuknya istana di syurga.

—  ~Nota Kuliah Nasihat Agama Wasiat Iman.

Mungkin ada yang bertanya.
Atau.
Tertanya-tanya.

Macam mana untuk kumpul kekuatan?
Simple.

Jangan tinggal solat sunat.
Jangan tinggal bererti sesuatu itu perlu di lanjutkan, atau dalam erti kata lain, ‘istiqamah’.

At least sebelum tidur kena solat sunat taubat.
Untuk dosa-dosa yang kita dah lakukan.
Moga Allah tak jemu untuk ampunkan.