saudara seislam

Islam sama islam, tapi islam kita tak sehebat mereka, iman kita tuhan uji biasa-biasa, bukan macam saudara seislam kita di luar sana, yang tuhan uji jauh lebih berbeza, kita lihat di afrika, kanak-kanak hanya diberi makan tanah, minum air dari sisa kumbah, kita lihat pula suasana di Syria, ada sesetengah yang makan rumput, minum dari lopak lumpur, masih perlu ke kita persoalkan?, nikmat mana yang masih kita nak dustakan?, tak perlu bangga dapat makan besar-besaran, tapi bila berkumandang waktu azan, kita terbaring kekenyangan, sedarlah kita pun manusia, tuhan boleh uji bila-bila masa, hari ini orang derita kita berbahagia, mungkin hari esok sebaliknya, jangan esok kita persoalkan kenapa tuhan uji, sedangkan nikmat yang tuhan bagi kita tak pernah syukuri.