sahady

New Post has been published on

New Post has been published on http://malaysianreview.com/141139/adik-lelaki-berkorban-jaga-tiga-kakak-sakit/

Adik lelaki berkorban jaga tiga kakak sakit

RUGAYAH (kiri) merangkak kerana tidak boleh berdiri dan berjalan sambil diperhatikan Hussin, Hasiah dan Samsiah (dua dari kiri). – Foto Mustapha Ismail

Batu Pahat: “Arwah ibu berpesan supaya jangan mengabaikan kakak kerana besar pahala menjaga orang sakit apatah lagi darah daging sendiri. Itulah azimat yang menguatkan semangat saya,” kata Hussin Sahadi yang menghabiskan sisa hidup menjaga tiga kakak kandungnya yang menghidap penyakit misteri sejak lebih 10 tahun lalu.

Hussin, 52, sanggup berhenti kerja untuk menjaga tiga kakaknya iaitu Samsiah Sahadi, 71, Hasiah, 60, dan Rugayah, 55, yang lumpuh bahagian pinggang ke kaki hingga menyukarkan pergerakan mereka.

Akibat penyakit itu, tiga beradik yang tinggal di Parit Kangkong, Bukit Pasir, di sini mengengsot dan merangkak untuk bergerak.

Hussin berkata, Samsiah dan Hasiah diserang penyakit misteri berkenaan pada 2005 manakala Rugayah lumpuh selepas terjatuh lima tahun lalu.

Anak bongsu daripada 11 beradik itu berkata, penyakit tiga kakaknya pelik kerana berlaku sekelip mata.

“Pada awalnya kakak sulung menghidap penyakit misteri, namun berlarutan seperti penyakit keturunan apabila mula menyerang kakak kedua dan ketiga.

“Itulah hakikatnya, malah saya hairan penyakit itu menyerang secara berterusan hanya pada wanita saja,” katanya.

Menurutnya, disebabkan penyakit itu, dia dan ahli keluarga lain menjaga segala kebajikan kakaknya.

“Sebenarnya saya menjaga mereka sewaktu arwah ibu ada lagi. Waktu itu ibu juga terlantar sakit sehingga dia meninggal dua tahun lalu.

“Arwah berpesan berpesan supaya jangan abaikan kakak,” katanya.

Menurutnya, dia akan memastikan keperluan mereka seperti lampin, ubat-ubatan serta makanan cukup.

“Demi amanah ibu, saya kuatkan semangat menjaga mereka. Bukan mudah menjaga mereka, tambahan pula ketiga-tiga tidak mampu bergerak.

“Saya berhenti kerja kerana tidak sanggup melihat kakak terabai. Dulu saya pernah kerja di pusat rekreasi berhampiran, namun agak sukar untuk buat dua tiga kerja dalam satu masa,” katanya.

Dia berkata, walaupun menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), namun perbelanjaan serta kos sara hidup yang kian meningkat merunsingkan dia. – myMetro

Plunked your butt down in a chair, rifled out some thoughts on your trusty keyboard ★ Now you know don’t say thank



User Online