rozizarina

Ya Allah,
Mudahkan segala urusanku.
Jadikanlah segala urusan adalah ibadah buatku.

Berkatilah setiap langkahku.
Dan jauhkanlah langkahku dari perkara yang sia-sia dan mendatangkan kemurkaanMu.

Amiien..

#bismillah #tumblrpost #rozizarina

Rezeki Allah tu luas. Awak hilang satu sen kerana Allah, Allah gantikan lebih dari tu.


Jadi..


Jangan berkira dengan Allah. Tinggalkan kerja untuk solat di awal waktu. Jangan sampai yang ‘banyak’ itu membuat kamu lupa pada Allah dan jangan sampai yang 'sedikit’ itu pula membuatkan kamu marah padaNya.

Tak tahulah saya yang salah atau tak…


Kebanyakan yang saya jumpa muslimin atau muslimat yang ‘mencari-cari’ bakal imam, bakal makmum, bakal tulang rusuk atau apa2lah, Masing-masing anggap dan bayangkan alam perkahwinan itu sentiasa indah, perfect dan manis tanpa melalui hari2 suram, gaduh, etc.


Yela, sebab berangan dapat suami soleh yang kononnya akan jadi imam tahajud setiap malam, tadarus Quran sama2 tiap hari, bersama2 berdakwah, siap pakai jubah dan serban setiap hari, saling faham memahami dan lain2.
Lelaki pula isteri solehah yang cantik ibarat bidadari bermata jeli, kalau boleh siap pakai niqab, selalu akan jaga makan minum gosok baju masak (sebelum ni tunggang terbalik), jadi surirumah yang superduper osem, isteri akan memahami suami sepenuhnya dan lain2..


Segalanya perfect selepas kawin..kalau sebelum kawin ni solat pun selalu lewat, tahajud pun setahun beberapa kali (itupun nasib), Quran pun sampai dah berhabuk,  masak pun kena paksa dgn emak, program dakwah pun malas turun, mata pervert (asyik tengok muslimah cantik je lagi2 felexia yeap atau heliza helmi -tiba2), Selalu komen terbuka dengan muslimah atau muslimin kat FB tak jaga batas atau ikhtilat (siap buat smiley senyum sana sini lagi2 icon kenyit mata, etc), dan lain2, mereka anggap selepas kawin segala perkara di atas akan berubah 180 darjah..


Kata ust Nouman Ali Khan (lebih kurang),
“Mereka anggap segalanya berubah selepas kahwin dan anggap kahwin adalah solusi segalanya, tapi tak begitu! Kalau sebelum kahwin suka tengok porn, lepas kahwin pun tetap akan tengok porn. Ia akhirnya akan kembali kepada diri kita sendiri. How we change ourselves (tarbiyah dzatiyyah).”
Hadapilah hidup dengan realiti.. banyakkan bergaul dengan orang yang dah lama kahwin. Mereka mungkin akan menyuruh kita berkahwin, tapi sekali2 mereka takkan kata alam lepas perkahwinan itu seindah seperti syurga.


Hadapilah realiti dan fakta kehidupan.


Pesanan mas'ul saya,
“ Ana walaupun dah anak 4, tapi ana masih lagi belum memahami zaujah ana sepenuhnya. Masa belum ada anak sifat dia lain. Masa anak pertama sifatnya berubah lain. Masa anak kedua pun berubah lain. Anak ketiga, keempat pun berubah lain2.. Baitul Muslim yang realiti dan hakiki tidak seperti indahnya cerita2 novel cinta atau cinta islamik.. Berpadalah ikhwah…”
Wallahu'alam..

Di antara kaedah MERAWAT HATI YANG SAKIT:

1. Jaga solat 5 waktu & banyakkan solat2 sunat.
2. Lakukan solat taubat setiap hari & istighfar minimum 70 X sehari
3. Baca Quran & hayati makna setiap hari
4. Bersangka baik & maafkan semua org sebelum tidur
5. Menangis & insaf akan dosa2 yg lalu
6. Berbuat baik kpd ibubapa & mohon doa drp ibubapa
7. Berpuasa sekerap mungkin
8. Berdamping dgn org2 soleh & alim ulama’
9. Jauhi org2 yg sakit hati atau busuk hati agar terhindar aura -ve
10. Doa sungguh2 utk murnikan hati, terutama semasa Qiamullail
11. Ziarah org miskin, anak yatim, rumah org tua atau rumah ahli keluarga
12. Masuk majlis ilmu di masjid/ surau atau kelas agama
13. Zikrullah & banyakkan berselawat atas Nabi SAW
14. Sedekah kepada golongan yg miskin
15. Sentiasa ingat ttg kematian– mana tahu kita mati hari ini!
16. Pastikan kita makan benda yg benar2 halal & baik
17. Lakukan usaha dakwah setakat kemampuan

Moga Allah rawat hati kita & jadikan kita insan yg redha & bersyukur. Aamiin, wassalam.

—  Jangan putus asa utk berusaha mencuba segala yang termampu

Jika kita SAYANGKAN seseorang itu,LEPASKAN dia pergi, jangan kita halang dia, Kerana dia ada hidup sendiri & haluan sendiri…
Andai sudah TERSURAT dia milik kita,Suatu masa nanti dia pasti KEMBALI kepada kita,Walau SEHEBAT manapun pengganti yang dia JUMPA…
Dan andai kita SAYANGKAN sesuatu itu,JANGANLAH kita genggam ia terlampau KUAT,Bimbang ianya PECAH di dalam genggaman kita SENDIRI…

Penawar dari Al-Quran

1. AL-FATIHAH
Baca 14 kali sebelum tidur:
Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu.

2. AL-FATIHAH
Baca 41 kali tiup dalam air dan minum serta buat air mandian:
Melepaskan rasa sakit dalaman

3. AL-FATIHAH
Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur.
Kepada orang berpenyakit mental

4. AL-FATIHAH
Baca 3 kali tiup dalam segelas air- minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit.
Sakit yang keterlaluan.

5. AL-FATIHAH
Baca 7 kali dan sapu ke atas kepala.
Bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa

6 AL-FATIHAH
Baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit, (Mulut) kemudian sapu kepada tempat yang sakit.
Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu,

7. AL-FATIHAH
Baca dari ayat “ihdinasiratol mustaqim…..hingga habis surah al-fatihah” kemudian hembus di umbun-umbun anak
Anak akan sentiasa mendengar cakap.

1… YA-RAHMAN, YA-RAHIM, YA ALLAH
Buatlah sebanyak 3 kali Jumaat berturut-turut:
Baca berulang-ulang kali sepanjang kita duduk lepas sembahyang Asar sehinggalah masuknya waktu Maghrib.
Masuk sahaja waktu Maghrib, sebutlah Allahuakhbar, dan teruslah angkat tangan dan berdoa kepada Allah yang MAHA berkuasa dengan apa yang dihajati.
(Percepatkan jodoh, memanjangkan jodoh, dikurniakan cahaya mata, sembuhkan penyakit, elakkan dari malapetaka, diampunkan dosa dan sebaginya).

2. Bagi mereka yang inginkan AWET MUDA (dalaman dan luaran) amalkan lah Zikir
Ya Badiyah -1 kali
Ya Nur - 1 kali
Ya Hadi - 1 kali
Ya Allah – 3 kali
Baca dan tiup di tapak tangan dan sapu ke raut muka kita pada setiap hari.Insyallah Sentiasa nampak muda

3. Surah Al-Waqiah (ayat 35,36,37,38)
Baca setiap hari selepas sembahyang Subuh tiup dalam air dan minum.- Rawatan untuk awet muda luar dan dalaman

3. KAYA DENGAN KETENANGAN JIWA
Baca surah Al-Waqiah setiap hari sebelum tidur.

4. MENGELAKKAN SAKIT KEPALA
Baca surah Al-Waqiah Ayat 19 moga-moga boleh menghilangkan/ meredakan..

SUKA DIINGATKAN: BACALAH DALAM KEADAAN KHUSYUK, TAWAKAL KEPADA ALLAH DAN NIATLAH DENGAN JUJUR, INSYA-ALLAH IANYA MERUPAKAN PENAWAR YANG TERBAIK KEPADA SEMUA.

— 

KHAIRUL

Semoga ‘penawar’ ini memberi manfaat kepada kita semua.

Wanita Contoh Di Dalam Islam
  1. Ramai manusia sudah melupakan Ummul Mukminin Khadijah binti Khuwailid. Dialah yang digelar Afifah Solehah (wanita suci). Seorang wanita yang sanggup berkorban segala kekayaannya untuk membantu dakwah Rasulullah SAW. Dialah yang paling pertama beriman, tanpa meragukan seruan Rasulullah SAW. Dialah wanita, yang menenangkan suaminya yang ketakutan tanpa memperlekehkan. Dialah wanita, yang tegar bertahan susah senang bersama suaminya, sehingga nyawa ditarik ALLAH SWT. Bayangkan, dia adalah seorang yang kaya raya, hartawan, tetapi sanggup dipulau bersama Rasulullah SAW selama 3 tahun 3 bulan dan makan pucuk kayu sahaja hingga pecah-pecah mulut.
  2. Ramai juga terlupa dengan Fatimah Az-Zahrah binti Rasulullah SAW. Dialah yang bertahan di sisi Rasulullah SAW ketika ayahandanya itu diseksa teruk. Tanpa kecewa, tanpa rasa hendak berputus asa, dia sentiasa membantu ayahandanya yang sering disakiti. Tangannya yang bersih dan suci itulah yang mencuci najis yang dibalingkan ke tubuh ayahandanya. Tangannya yang suci itulah yang membersihkan segala luka ayahandanya. Seorang wanita yang tabah, kuat menempuhi segala dugaan.
  3. Ramai yang telah terlupa akan seorang wanita bernama Asiah. Dia adalah isteri kepada Firaun yang menentang Musa. ALLAH telah menjadikan bicara lembutnya menyelamatkan Musa AS dari dibunuh Firaun. ALLAH juga menjadikan dia antara yang beriman dengan seruan Musa AS. Malah, ALLAH telah merakamkan namanya di dalam Al-Quran, dan menjanjikan kepadanya syurga atas balasan ketabahannya dalam mengharungi hidup bersama Firaun dan menerima segala seksaannya dalam mengekalkan deen ISLAM dalam dirinya.
  4. Ramai pula yang tidak tahu berkenaan Masyitah. Dia adalah tukang penyisir rambut anak Firaun. Beriman kepada ALLAH SWT dan Nabi Musa, kemudian keimanannya diketahui oleh Firaun. Akhirnya dia bersama suami, serta anaknya yang masih bayi telah dicampakkan ke dalam kuali penuh minyak mendidih. Walaupun nyawa di hujung tanduk, imannya tidak tergadai, malah terjun dengan penuh keyakinan. Masyitah mati syahid mempertahankan imannya dari digadai.
  5. Ramai juga yang telah terlupa kepada Si Suci Maryam, ibu kepada Isa AS. Sang Perawan itu menjaga dirinya, mengabdikan diri dalam bilik yang terkunci, ALLAH memuliakannya dengan memilih Zakaria as sebagai penjaga. Maryam yang suci inilah dipilih ALLAH untuk mengandungkan Isa AS. Apabila dia melahirkan Isa AS dan ditohmah dengan pelbagai dugaan, dia bergantung kepada ALLAH, dan bersangka baik atas segala apa yang berlaku ke atasnya. Akhirnya anaknya Isa AS boleh berbicara dan menyeru manusia sedari buaian.
  6. Siapakah yang hendak mencontohi Nusaibah RAH? Ketika Perang Uhud, Nusaibah keluar memberi minum kepada pasukan Muslimin yang kehausan dan merawat mereka yang mendapat luka. Apabila tentera Islam menjadi terdesak dan lari dari medan perang, cuma ada seratus orang sahaja yang tetap bertahan dan Nusaibah adalah salah seorang yang menghunuskan pedang serta memakai perisai bagi melindungi Rasulullah dari diserang musuh. Kesungguhan Nusaibah melindungi Rasulullah begitu hebat, hinggakan Rasulullah berkata, “Aku tidak menoleh ke kiri dan ke kanan kecuali melihat Ummu Imarah (Nusaibah) berperang dihadapanku.” Ketika itu, anaknya Abdullah luka parah ditikam musuh. Dia mengikat luka anaknya lalu berkata, “Bangun wahai anakku.” Anaknya itu terus bangun dan melawan tentera musuh. Rasulullah yang melihat peristiwa itu bersabda. “Wahai Ummu Imarah, siapakah yang mampu berbuat seperti mana yang engkau lakukan?” Ketika tentera musuh yang menikam anaknya itu menghampiri, Rasulullah berkata kepadanya, “Ini dia orang yang telah melukakan anakmu.” Nusaibah menghampiri orang itu dan menikam betisnya dengan pedang. “Ya, Ummu Imarah! Engkau berjaya membalasnya,” kata Rasulullah sambil tersenyum melihat kesungguhan Nusaibah hatta Rasulullah SAW pun bersorak untuknya.
  7. Siapakah yang mengingati Ummu Imarah ini? Siapakah pula yang hendak menjadi sepertiUmmu Sulaim? Dia berkahwin dengan Abu Talhah dengan mahar iman. Abu Talhah seorang kafir ketika itu, jatuh hati kepada Ummu Sulaim yang masih muslim. Ummu Sulaim berkata: “Jika hendak mengahwiniku, maka maharnya adalah iman”. Maka islamlah Abu Talhah. Sehingga ada sahabat yang berkata, “Aku belum pernah melihat seorang wanita sama sekali yang lebih mulia maskawinnya dibandingkan dengan maskawin Ummu Sulaim.” Malah, dia mentarbiyyah suaminya, sehingga suaminya menjadi seorang sahabat yang komited. Siapa yang tidak kenal dengan Abu Talhah? Dialah yang menyambut semua panahan yang ditujukan kepada Rasulullah SAW, pada hari Uhud dengan belakang tubuhnya. Lihatlah bagaimana Ummu Sulaim mentarbiyyah suaminya? Adakah lagi isteri yang sebegitu hari ini? Siapakah pula yang mengingati isteri kedua Rasulullah SAW, Ummu Salamah? Bagaimana cerdiknya dia, bijaknya dia sehinggakan dia menjadi penasihat yang baik kepada Rasulullah SAW. Ketika peristiwa Perjanjian Hudaibiyyah, apabila Rasulullah mengarahkan semua sahabat-sahabatnya menyembelih haiwan dan bercukur rambut, tiada seorang pun yang bangkit menyahut arahannya. Rasulullah SAW hairan, lantas kembali ke khemah, lalu berkata di hadapan Ummu Salamah, “Kenapakah berlaku begitu?” Ummu Salamah berkata, “Jangan kau hiraukan mereka, cukurlah rambutmu, dan sembelihlah haiwanmu” Bila Rasulullah SAW melakukan, semua sahabat mengikuti.
  8. Siapakah pula yang hendak mencontohi isteri Rasulullah SAW, Aisyah RA? Ketika peristiwa Hadith Ifki (kisah rekaan) berlaku, menumpahkan fitnah ke atasnya, mengotorkan namanya, dia tetap teguh, yakin kepada ALLAH SWT. Tiada sebentar pun dia bersangka buruk kepada ALLAH SWT bila ditimpa dugaan. Siapakah pula yang mengingati Asma’ binti Abu Bakr? Dia digelar Zat An-Nitaqain kerana mengoyakkan tali pinggangnya kepada dua untuk membawa makanan kepada Rasulullah SAW dan bapanya Abu Bakr RA ketika persembunyian di Gua Thur. Dialah juga yang dilempang oleh Abu Jahal sehingga tercabut subang di telinganya, kerana tidak mahu memberitahu posisi Rasulullah SAW dan bapanya ketika hijrah. Dialah juga yang mentarbiyyah anaknya, Abdullah Ibn Zubair RA, sehingga menjadi seorang sahabat Rasulullah SAW yang berani.
  9. Siapakah pula yang ingat kepada Khansa? Dia mempunyai empat orang anak. Dia mentarbiyyah empat orang anaknya dengan baik. Apabila mendapat seruan jihad, dihantarnya anaknya yang sulung. Anak sulungnya syahid. Dihantar pula yang kedua. Yang kedua juga syahid. Dihantar pula yang ketiga. Yang ketiga juga syahid. Begitu jugalah juga dia menghantar anaknya yang keempat, dan yang keempat itu pun syahid. Akhirnya dia menangis. Orang berkata, “Khansa kesedihan kerana kehilangan semua anaknya” Tetapi tahukah kalian apakah jawapannya? “Diamlah kalian, sesungguhnya aku bersedih kerna aku tidak punya anak lagi untuk dihantar berjihad di jalan ALLAH” Wahai perempuan hari ini, siapakah antara kamu yang mengingati mereka? Wahai lelaki hari ini, siapakah antara kamu yang mengenang mereka? Wahai ummah, hari ini perempuan mana yang kamu puja dan puji?

Oh masyarakat, hari ini perempuan bagaimana yang kamu sanjungi? Oh perempuan, hari ini perempuan mana yang kamu ikuti dan contohi? Oh lelaki, hari ini perempuan yang bagaimana kamu gila-gilai untuk jadikan isteri? Siapa? Sesungguhnya perempuan-perempuan dalam lipatan sirah ini telah dilupakan. Mereka sememangnya perempuan-perempuan yang telah dilupakan. Sedangkan pada diri mereka, terdapat kemuliaan yang tiada tandingan. Dan hari in saya teringatkan perempuan-perempuan itu.

Kembara Insan

Apabila kita dah berusaha.
Tetapi Allah tetap tidak izinkan.
Disitulah Allah nak didik kita erti ’ redha ’
Redha atas ketentuan-Nya.
Sungguh. Siapa yang redha dan bersabar.
Allah akan beri sesuatu yang kita tak jangka.
Dan beri lebih dari yang kita nak dan harapkan.
Masya Allah.
Jangan lah kita bersedih ketika diuji sedangkan di sebalik apa yang berlaku itu, ada hikmah sangat indah yang tersimpan rapi untuk diri kita. Simpan lah air mata itu untuk menangis kegembiraan ketika melihat hikmah Allah sediakan untuk diri kita kelak nanti.
—  :)

Akhir solat. Masa sujud terakhir tu, jangan lupa doa.

Moga Allah ampunkan dosa ibubapa kita.
Moga Allah ampunkan dosa kita.
Moga Allah perbaiki akhlak kita

Dan, 
Jangan lupa mohon moga Allah ampunkan dosa seluruh umat Muslimin dan Muslimat baik yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal dunia..

—  Dekatkan diri dengan Tuhan . Kembali padaNya . Berserah padaNya
Kadang kadang kita tidak mampu menjadi yang sempurna dalam hidup seseorang. Tapi kita dah cuba jadi terbaik untuk orang yang kita sayang
— 

Pendam rindu . ‘Private'kan perasaan sayang dan cinta . Usah berlebihan dengan cinta manusia . Kelak jika merana , tidak terlampau kecewa :)

Allah tahu letihnya kau,
jadi jangan mengalah.
Teruskan usaha mencari kebahagiaan.
Moga Allah permudahkan.

Bersemangat!

—  Have always been surviving on my own anyway. So stay strong dear self & be stronger tomorrow!

BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN- semasa duduk antara dua sujud. 

Betapa telah berapa lama aku lupa menghayati erti sebenar makna doa ini!! dibaca sambil lewa sahaja doa ini! berlalu pergi mengikut turutan! betapa sebenarnya maknanya amatlah menginsafi diri!Mari kita kongsi bersama, Alhamdulillah pada sesiapa yang selama ini sedar akan ia dan ianya masih tidak terlewat untuk sesiapa pun yang ingin…
Dalam tidak sedar.
Setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini..

Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat..
Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)

Diamlah sejenak,

buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil
Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah

Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,

Warhamni (sayangi aku)
Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima

Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa'nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa'Aafinii (sihatkan aku)

Wa'fuannii (maafkan aku)

Setelah selsai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita
Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja..Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu tetapi hati antara tidak dan mahu pantaslah Allah perlakukan kita begitu.

P/S: Sampai kan walau satu ayat..aku juga mendapat ilmu berguna ini dari rakan lantas berkongsi di sini.. :)



Aku tidak pernah rasa sedih ketika matahari terbenam kecuali kerana aku risau umurku ini makin meningkat tapi amalku masih belum bertambah..
—   (Imam Al-Ghazali)

Apa pun perasaan. .
Itu semua dengan izin ALLAH. .
Rindu, sayang, marah,terasa hati..
Kawal lah sebaik mungkin. .
Kerana itu ujian dari ALLAH

Kerana sayang Kita Berkorban . :)