pensyarah

Untung PM Dr Sharidan… Disaat ditimpa musibah, rmi yang dtg menjenguk dan menitip doa… Allah! Mana2 yg baik pasti Allah memberikan ganjaran baik yang setimpal… Berkesempatan menziarah dr di rumahnya ptg td di bandar Kulaijaya… Speedy recovery ya Dr!!! #ziarah #pensyarah #fs #utm #jabatansainsmatematik #skudai

New Post has been published on The Rakyat Post BM Version

New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/berita/2014/07/18/mh17-pensyarah-ums-antara-mangsa/

MH17: Pensyarah UMS antara mangsa

KOTA KINABALU, 18 Julai:

Seorang kakitangan akademik Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang dalam perjalanan pulang ke tanah air, selepas menghadiri persidangan antarabangsa, adalah antara mangsa yang terbunuh dalam nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di Ukraine, pada Khamis.

Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr Mohd Harun Abdullah, berkata mangsa ialah Ng Shi Ing, 33 tahun, pensyarah Fakulti Psikologi dan Pendidikan jurusan Teaching English as a Second Language (Tesl).

Ng yang berasal dari Johor, berada di luar negara bagi membentang kertas kerja pada Persidangan Antwerp CALL 2014, di Universiti Antwerp, Belgium.

“Pensyarah tersebut yang sepatutnya dijadualkan kembali bertugas pada Isnin depan, turut ditemani anaknya yang berusia satu tahun serta adik perempuannya yang dipercayai berada dalam pesawat itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Suaminya, Lt Komander Lee Vee Weng, 35 tahun, merupakan Pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia yang berpangkalan di Sepanggar.

Pesawat MH17 yang membawa 298 orang, termasuk 283 penumpang bersama 15 anak kapal, dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, sebelum ia terhempas di timur Ukraine, pada Khamis.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada awal pagi Jumaat berkata, pihak berkuasa Ukraine percaya Boeing 777-200 itu telah ditembak.

Met her masa orentasi junior pismp 2012..working together untuk pendaftaran kelas 1.4. ingtkn die lupe tp after 4 and a half years die still ingt..on my last day kat IPBA she said “jom ambil gambar dgn mummy”.. #MdmZ #pensyarah #IPGKBA #memories #vscocam #vsco

Pensyarah UM Didakwa Sebut Perkataan Menghasut

Pensyarah UM Didakwa Sebut Perkataan Menghasut

KUALA LUMPUR – Pensyarah Undang-undang Universiti Malaya (UM) Prof Madya Dr Azmi Sharom mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap pertuduhan menyebut perkataan menghasut berhubung krisis Perak 2009, dua minggu lepas.

Azmi, 45, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Zainol Rashid Hussain.

Dia dikatakan menyebut perkataan menghasut…

View On WordPress

New Post has been published on The Rakyat Post BM Version

New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/berita/2014/11/15/plagiat-tesis-jenayah-akademik/

Plagiat tesis jenayah akademik

JOHOR BAHRU, 15 November:

Isu plagiat tesis tidak seharusnya dilakukan oleh seorang pensyarah kerana ia merupakan jenayah dalam akademik, kata Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Senator Tan Sri Prof Dr Ibrahim Abu Shah.

Bagaimanapun kata Ibrahim, dakwaan itu perlu diperiksa dengan teliti terlebih dahulu sebelum sesuatu tindakan diambil.

“Hanya orang yang terlibat sahaja tahu sama ada berlaku atau tidak aktiviti plagiat itu.

“Sekiranya betul berlaku plagiat, dalam dunia akademi ia merupakan jenayah dan merupakan satu dosa yang amat besar dan kita ahli akademik tidak boleh ampunkan,” katanya ketika ditemui pemberita.

Bekas Naib Canselor UiTM itu berkata Naib-naib Canselor universiti harus bertanggungjawab terhadap dakwaan tersebut dan tidak meletakkan beban kepada Menteri Pendidikan.

Kata Ibrahim, mereka tidak seharusnya mengambil pendekatan berdiam diri dan cuba menutup kes hanya disebabkan mahu menjaga nama baik universiti.

“Saya selalu mengharapkan kejujuran dan keikhlasan naib-naib canselor menjalankan tugas di universiti masing-masing dan saya tidak meletakan kesalahan ini pada menteri kerana ini bukan tugas menteri.

“Sebagai bekas naib canselor, saya tahu sama ada para pensyarah saya ada melakukan plagiat ataupun tidak kerana sebagai orang akademik saya tahu.

“Maksudnya tiap-tiap naib canselor di universiti mesti mengambil serius perkara yang berkaitan dengan plagiat. Kalau perkara ini betul, naib canselor tersebut mesti mengambil tindakan segera,” katanya.

Ibrahim turut menegaskan bahawa Naib Canselor harus bertanggungjawab memastikan dunia akademi dan universiti dipertahankan sebagai sebuah institusi yang boleh dibanggakan.

“Mengikut pengalaman saya sendiri, apabila mana-mana pensyarah membentangkan kertas kerja sepatutnya ada badan penapisan untuk menilai dan pastikan kertas kerja tersebut mengikut peraturan.

“Apabila berlaku perkara seperti ini pihak universiti sepatutnya melakukan siasatan dengan serius, perlu ada komuniti khas untuk meneliti dan memeriksa semula agar ia mengikut peraturan dan tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini seperti plagiat,” katanya.

Ibrahim turut mempersoalkan peranan Majlis Profesor Negara (MPN) yang gagal memainkan fungsi dalam mempertahankan integriti akademik.

Tambah Ibrahim, MPN seharusnya mengambil langkah proaktif membanteras kegiatan seperti plagiat ini di semua universiti dan tidak hanya fokus kepada bidang-bidang tertentu sahaja.

“Saya merasakan profesor di dalam MPN mempunyai kebolehan dan ketokohan yang cukup tinggi.

“Maka apa peranan profesor ini yang berkaitan dengan kualiti dan kegiatan akademik?,” soalnya.

Azmi Sharom Dijangka Didakwa Di Bawah Akta Hasutan

Azmi Sharom Dijangka Didakwa Di Bawah Akta Hasutan

PETALING JAYA – Pensyarah Undang-Undang Universiti Malaya (UM), Azmi Sharom dijangka didakwa atas Akta Hasutan pada Selasa berhubung komennya yang dibuat di sebuah portal mengenai krisis Perak 2009.

Beliau dijangka didakwa di bawah Akta Hasutan 4(1)(b) di bawah Akta Hasutan 1948.

Di bawah seksyen itu, mereka yang mengeluarkan sebarang perkataan berbaur hasutan akan berhadapan dengan denda tidak…

View On WordPress

Pelajar Antara Mangsa MH17 Bakal Permata Negara

Pelajar Antara Mangsa MH17 Bakal Permata Negara

KOTA BAHARU – Mohd Ali Salim, seorang daripada mangsa tragedi nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 diibarat bakal permata buat negara, kata bekas pensyarahnya di sini.

Pengarah Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Neurosains Universiti Sains Malaysia Prof Dr Jafri Malin Abdullah berkata bekas pelajarnya itu merupakan bakal pensyarah dalam bidang “Development Neuropsychopathology”.

“Saya rasa…

View On WordPress

New Post has been published on The Rakyat Post BM Version

New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/04/09/pembangkang-gagal-halang-pindaan-akta-hasutan-dibentangkan/

Pembangkang gagal halang pindaan Akta Hasutan dibentangkan

KUALA LUMPUR 9 April: 

Pembangkang gagal menghalang pindaan Akta Hasutan 1948 daripada dibentangkan di Dewan Rakyat apabila kerajaan bertegas mahu akta itu dibentangkan untuk bacaan kali kedua dan ketiga hari ini.

Sebelum sesi perbahasan bermula, Ahli Parlimen DAP-Puchong, Gobind Singh Deo telah membangkitkan Peraturan Mesyuarat 36(2) bahawasanya Dewan Rakyat tidak boleh menyebut apa-apa perkara yang sedang dalam pertimbangan mahkamah sekiranya Speaker yakin ia akan merosakkan kepentingan pihak yang terlibat.

Beliau berkata demikian merujuk kepada kes saman pensyarah Universiti Malaya, Dr Azmi Sharom yang mencabar Akta Hasutan di Mahkamah Persekutuan kerana ia bertentangan dengan kebebasan bersuara seperti mana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Gobind berkata, sekiranya kerajaan berkeras untuk meneruskan pembentangan pindaan akta itu, ia akan mengakibatkan subjudis terhadap kes.

“Seharusnya ditangguhkan perbahasan ini sehingga keputusan Mahkamah Persekutuan dibuat.

“Jadi saya berpendapat rang undang-undang ini seharusnya disekat daripada dibahaskan. Speaker boleh menyekat sesuatu perbahasan itu diteruskan,” kata Gobind.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia selepas mendengar usul tersebut menjelaskan, perbahasan pindaan Akta Hasutan boleh diteruskan meskipun terdapat prosiding berkaitan dengan akta itu di Mahkamah Persekutuan.

“Saya berpandangan bahawa rang undang-undang ini masih boleh dibahaskan. Bagaimanapun saya berjanji akan berada di sini untuk mendengar semua perbahasan berkaitan Akta Hasutan.

“Namun saya mempunyai budi bicara untuk menentukan sama ada hujah itu boleh dibahaskan atau tidak,” katanya di Dewan Rakyat.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang bertanggungjawab membentangkan usul pindaan Akta Hasutan 1948 turut memberi jaminan bahawa perbahasan tersebut tidak subjudis.

Pertikaian terus berlarutan lebih daripada sejam dengan beberapa ahli Parlimen pembangkang seperti Ahli Parlimen PKR-Gombak, Mohamed Azmin Ali dan Ahli Parlimen PAS-Sepang, Hanipa Maidin dan Ahli Parlimen PKR-Padang Serai, N. Surendren menggunakan Peraturan Mesyuarat 36(2) mengikut tafsiran masing-masing cuba menyekat akta tersebut daripada dibentangkan.

Zahid akhirnya berjaya membentangkan RUU pindaan Akta Hasutan untuk bacaan kali kedua sebelum dibahaskan kira-kira jam 12.45 tengah hari.

Alhamdulillah. Siap menyediakan laporan gred student pertamaku and kerja aw sbagai pensyarah UCSI University. Tahniah buat semua.. (at Kolej Dato'Onn UKM)

Calon Pensyarah USM Antara Penumpang Pesawat MH17

Calon Pensyarah USM Antara Penumpang Pesawat MH17

GEORGE TOWN – Calon pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) yang dalam perjalanan pulang ke kampungnya di Muar Johor, adalah antara penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di Ukraine.

Mohd Ali Md Salim, 30, yang sedang mengikuti pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Development Neuropsychopathology di Erasmus university Rotterdam di Belanda, dalam…

View On WordPress

New Post has been published on The Rakyat Post BM Version

New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/04/25/undi-pkr-mungkin-merosot-penganalisis/

Undi PKR mungkin merosot - Penganalisis

KUALA LUMPUR, 25 April:

Parti Keadilan Rakyat (PKR) dijangka akan memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh pada 7 Mei depan tetapi dengan undi yang merosot berbanding PRU13 yang lalu.

Pensyarah Sains Politik, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Datuk Dr Samsul Adabi Mamat berkata kemorosotan undi PKR berkenaan dipengaruhi oleh faktor utama iaitu pemilihan calon Barisan Nasional (BN) dan PKR sendiri.

Menurutnya, pemilihan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga merupakan ADUN Kajang akan memberikan kesan kepada pengundi di Permatang Pauh.

Katanya, sekiranya mereka mahukan pemimpin yang boleh berada di kawasan dan memberikan perkhidmatan serta dalam masa yang sama membangunkan Permatang Pauh, maka ia mungkin sukar untuk dilakukan oleh Wan Azizah disebabkan komitmen beliau di Kajang.

“Namun begitu, calon BN yang merupakan Setiausaha UMNO Bahagian Permatang Pauh, Suhaimi Sabudin pula adalah calon muda dan merupakan anak tempatan sekaligus mampu untuk menawarkan apa yang tidak boleh dilakukan oleh Wan Azizah.

“Tapi melihatkan isu berimbang yang wujud pada hari ini iaitu melibatkan Cukai Barangan Perkhidmatan (GST) dan isu hudud maka PKR masih mempunyai peluang untuk menang tetapi akan mendapat undi yang lebih kecil berbanding pilihan raya sebelum ini,” katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.

Tambah Samsul lagi, PKR juga mungkin terpaksa berhadapan dengan tindakan segelintir ahli dan penyokong PAS yang akan memboikot atau membuat undi protes dengan mengundi calon BN atau Bebas pada PRK kali ini.

Jelasnya, kegagalan PKR untuk menyatakan sokongan ke atas usaha PAS untuk melaksanakan hukum Hudud di Kelantan sedikit-sebanyak mengguris hati ahli PAS terutamanya di kubu kuat mereka di Permatang Pasir.

“Jadi mungkin undi ahli PAS akan berpecah tiga iaitu kepada Wan Azizah, calon BN dan juga calon bebas yang mana akan menyebabkan majoriti kepada PKR akan berkurangan,” ujarnya.

Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru pada 7 Mei ini.

Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail akan dicabar calon UMNO, Suhaimi Sabudin dan dua calon lain dalam pertempuran untuk mengekalkan kerusi parlimen.

Dua calon tersebut adalah calon Bebas, Salleh Ishak, 53, dan calon Parti Rakyat Malaysia, Azman Shah Othman, 50.