pahrol

BERSEDEKAH KERANA CINTA


Wahai para suami..


“Jika bersedekah, niatkan atas nama dan bagi pihak isterimu. Bantulah mereka dengan pahala sedekah kerana ramai para isteri yang akan menjadi penghuni neraka!”


Diriwayatkan daripada Abu Sa‘id al-Khudri r.a. katanya: “Suatu ketika Rasulullah s.a.w. keluar pada Hari Raya Aidiladha atau Aidilfitri menuju ke tempat solat dan melalui sekumpulan wanita.


Beliau bersabda: ‘Wahai kaum wanita bersedekahlah. Sesungguhnya aku telah diperlihatkan bahawa kalian adalah majoriti penghuni neraka.’


“Salah seorang wanita yang fasih dan bijak bertanya: ‘Mengapa wahai Rasulullah?’


Beliau menjawab: ‘Kalian banyak melaknat dan durhaka terhadap suami. Dan tidaklah aku menyaksikan orang yang memiliki kekurangan akal dan agama yang dapat menghilangkan akal kaum lelaki yang setia daripada salah seorang antara kalian.’


“Mereka bertanya lagi: ‘Apa yang dimaksudkan dengan kekurangan agama dan akal kami wahai Rasulullah?’


“Baginda menjawab: ‘Bukankah kesaksian seorang wanita sama dengan separuh daripada kesaksian seorang lelaki?’


Mereka menjawab: ‘Benar.’


Baginda berkata lagi: ‘Bukankah apabila wanita mengalami haid maka dia tidak melakukan solat dan puasa?’


Mereka menjawab: ‘Benar.’ Baginda berkata: ‘Itulah (bukti) kekurangan agama¬nya.’” (Riwayat al-Bukhari no. 298)


# Oleh sebab itu, setiap suami yang mencintai isterinya pasti berasa bimbang dengan amaran dan peringatan daripada hadis ini.


Si isteri bersedekah kerana cintanya kepada diri sendiri yang sentiasa terdedah kepada kejahatan lidah dan hati.

Si suami bersedekah kerana cintakan isteri agar terselamat daripada neraka.

Insya-Allah, Allah akan “menyedekahkan” mereka berdua dengan cinta-Nya. Dan dengan sedekah cinta itu mereka akan bercinta hingga ke syurga.


Bersedekahlah kerana cinta ❤️

Ustaz Pahrol Muhamad Juoi

zikrullah

Ketenangan itu dicapai melalui zikrullah. Namun zikrullah yang bagaimana dapat memberi kesan dan impak kepada hati? Ramai yang berzikir tetapi tidak tenang. Ada orang berkata, “ketika saya dihimpit hutang, jatuh sakit, dicerca dan difitnah, saya pun berzikir. Saya ucapkan subhanallah, alhamdulillah, Allah hu Akbar beratus-ratus malah beribu-ribu kali tetapi mengapa hati tidak tenang juga?”

Zikrullah hakikatnya bukan sekadar menyebut atau menuturkan kalimah. Ada bezanya antara berzikir dengan “membaca” kalimah zikir. Zikir yang berkesan melibatkan tiga dimensi – dimensi lidah (qauli), hati (qalbi) dan perlakuan (fikli).

Kita masuk syurga sebab rahmat Allah bukan atas amal-amal kita.

Dan kita dihindarkan dari neraka kerana keampunan Allah, bukan atas taubat kita.

Selalu ingat benda tu.

—  Ust. Pahrol Ahmad Juoi

MENGUAP DALAM SOLAT.. MEMBATALKAN SOLAT!!!

Menguap boleh menyebabkan solat kita tidak sah!

Bagaimana??
Membaca rukun qouli dalam keadaan menguap.

Contoh : ketika sedang membaca Fatihah, kita menguap. Bacaan tetap diteruskan walaupun dalam keadaan menguap!

MAKA SOLAT TERSEBUT TIDAK SAH!
Kerana makhraj2 dan sifat huruf dalam surah Fatihah sudah hilang.

HENDAKLAH ketika menguap berhenti dulu bacaan, tutup mulut dengan belakang tapak tangan kiri (sunat) dan meneruskan bacaan.

Benda remeh namun tidak dititik beratkan boleh membawa impak yg besar dalam solat kita.

Semoga bermanfaat…

PINJAM 3MINIT UTK BACA NI…

1. Org yang tidak solat akan banyak masalah, tidak tenang, cepat marah susah nak terima kenyataan dan selalu nampak salah orang lain.
- USTAZ AZHAR IDRUS

2. Walaupun ayah kita penagih dadah sekalipun, bila dia suruh solat, kita sebagai anak WAJIB tunaikannya.
- Ustaz Kazim Elias

3. Tidak solat punca utama penceraian dalam rumahtangga? “Jaga solat…In syaa Allah bahagia…”
- Ustaz Don Daniyal

4. Selalulah solat berjemaah walau payah macam mana pun, boleh jadi jemaah itu dapat menampung pahala berlipat ganda.
- Datuk Ismail Kamus

5. Kalau kita sakit jgn takut utk solat , at least kalau mati , mati dalam solat
- Ustaz Haslin Baharin

6. Selepas solat jangan tergesa-gesa, baca Subhanallah 33, Alhamdulillah 33, Allahuakbar 33, doa kemudian baru bangun”
- Al-Habib Ali Zainal

7. Kalau orang yang solat pun belum tentu masuk Syurga, apatah lagi orang yang meninggalkannya.
-TG Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki

8. Jagalah solat anda kerana solat itu adalah hubungan antara Allah dengan hambaNya"
- Sheikh Abdullah Jahaf

9. Menjaga solat boleh membersihkan dalaman kita. Puasa juga boleh membersihkan jiwa seseorang.
- Ustaz Dasuki Rani

10. Jgn cakap: “Pergi solat. Kalau tak, masuk api neraka!"Tapi cakap: "Jom solat, nanti kita masuk SYURGA ALLAH sama2 ya. In syaa Allah.
- TG Harun Din

11. Kalau dalam solat tak dapat ingat Allah, mana mungkin luar solat mampu ingat Allah.
- Ustaz Pahrol Razi

Rasulullah bersabda,
Barang siapa menyampaikan satu ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia) dia akan tetap memperoleh pahala.

SELAMAT BERAMAL…

Berapa banyak nasihat, apabila difikirkan secara tulus dan mendalam, sebenarnya…..
lebih diperlukan oleh pemberinya berbanding penerimanya..

Teguran itu sebenarnya nasihat, yg penting bukan tentang ‘siapa’, tapi 'apa isi’ nya..

Kadang itulah kebenaran yang sebenarnya, terimalah.
Kerana itu hakikatnya daripada Allah, Dengan Izin-Nya …

Seringkali Allah mendidik seorang manusia melalui manusia lain… :’)

Sesetengah takdir memang tidak akan kita ketahui apa maksud baiknya. Itulah iman. Perlu sentiasa bersangka baik kepada Allah. Mana mungkin seorang hamba tahu semua maksud takdir Ilahi? Yakini sahaja pasti ada kebaikan.
— 

-Paksakan cintaNya

Ustaz Mohd Pahrol B. Juoi

Yang kita harap daripada manusia. Cuma dua —– Nasihat dan doanya. Itulah dua hadiah yang akan mengeratkan ukhuwwah. Bertemu tidak jemu, berpisah tidak gelisah. Kerana ada Doa dan nasihat yang mengikat hati Tika jauh dan dekat
—  Ustaz Pahrol Juoi

1. Org yg tak solat akn banyak masalah, tidak tenang, cpt marah susah nk terima kenyataan dn selalu nmpk salah orang lain.
- USTAZ AZHAR IDRUS

2. Walaupun ayah kita penagih dadah sekalipun, bila dia suruh solat, kita sebagai anak WAJIB tunaikannya.
- Ustaz Kazim Elias

3. Tidak solat punca utama penceraian dalam rumahtangga? “Jaga solat…Insyallah bahagia…”
- Ustaz Don Daniyal

4. Selalulah Solat berjemaah walau payah macam mana pun, boleh jadi jemaah itu dapat menampung pahala berlipat ganda.
- Datuk Ismail Kamus

5.Kalau kita sakit jgn takut utk solat , at least kalau mati , mati dalam solat
- ustaz haslin baharin

6. Selepas solat jangan tergesa-gesa, baca Subhanallah 33, Alhamdulillah 33, Allahuakbar 33, doa kemudian baru bangun”
- Al-Habib Ali Zainal

7. Kalau orang yang solat pun belum tentu masuk Syurga, apatah lagi orang yang meninggalkannya.
-TG Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki

8. Jagalah solat anda. Kerana solat itu adalah hubungan antara Allah dengan hambaNya”
- Sheikh Abdullah Jahaf.

9. Menjaga solat boleh membersihkan dalaman kita. Puasa juga boleh membersihkan jiwa seseorang.
-Ustaz Dasuki Rani
10. Jgn cakap:”Pergi solat.Kalau tak,masuk api neraka!”Tapi cakap:”Jom solat,Nanti kita masuk SYURGA ALLAH sama2 ya.InsyaAllah
- TG Harun Din”

11. Kalau dalam solat tak dapat ingat Allah, mana mungkin luar solat mampu ingat Allah.
-Ustaz Pahrol.

Setiap takdir punya tujuan. Kadang kita dapat membacanya tetapi ada kalanya tidak. Namun apa yang pasti setiap yang datang daripada Allah adakah kebaikan.
—  Pahrol Mohamad Juoi