notapendek

salam RAMADHAN.

210 hari lepas manusia cukup makan minumnya tiga kali sehari, paling tidak dua kali sehari. esok lain pula, ada yang puasa. esok bakal bermulanya hari pertama dalam tigapuluh hari dalam bulan penuh barakah.

setan mula diikat, yang tinggal cuma setan dalaman. itu dah sah ada sikit. harap manusia dapat melawan dan menang untuk selama tigapuluh hari ini saja. bukan susah, cuma tigapuluh hari saja.

ntuk sekalian yang bergelar islam, Salam Ramadhan Al Mubarak!

- : mendapat satu panggilan telefon dari seorang teman doktor semasa memandu pulang dari hospital tadi. bercerita tentang masalahnya dengan teman wanita. ada sedikit salah faham menurut dia. dia berasa rimas dan kurang selesa apabila teman wanitanya berkongsi masalah mereka di status laman sosial. kurang privasi tambahnya lagi. aku sekadar diam dan beri sedikit nasihat, utamanya minta dia terus bersabar dan berfikir secara rasional sebelum bikin apa-apa keputusan. dan, entah punca dan sumbernya dari mana. nota pendek seperti dalam gambar di atas terbit dalam kepala sepanjang pemanduan hingga sampai di rumah. dan, aku mahu kongsinya di ruang ini. mungkin beza yang aku rasa itu salah bagi kebayakkan orang. tapi, jitunya ianya aku rasa benar..

tulisan.

dalam menulis, ritma dan irama sekadar penyedap bahasa. yang paling utama, sama ada isinya mampu dihadam atau dibuang semata-mata.

notadubul : bak kata seorang kenalan maya yang namanya aku lupa, “ menulis biar jujur. kalau tak mampu, usah dicuba-cuba ”. hampir seminggu tidak meng-online dan membuka laman sosial atas kehendak tugas dan beberapa tuntutan peribadi. ruang ini antara yang menjadi separa kerinduan. curi masa kerja petang ini kebetulan tiada pesakit untuk sedikit tulisan dubul yang mungkinnya berbau taik.

tercela.

aku mencela pada kamu-kamu yang tidak setia.
aku mencela pada kamu-kamu yang berdusta.
aku mencela pada kamu-kamu yang menjadi punca.
aku mencela pada kamu-kamu yang tidak kenal apa itu rasa puas.
aku mencela pada kamu-kamu yang ada dua wajah.
aku mencela pada kamu-kamu semua.

dan.
di antara kamu-kamu semua itu,
ada aku.

selingkuh itu indah cuma pada mulanya. akhir cuma celaka yang ada. aku harap kamu-kamu semua pernah belajar tentang semua ini.

nota qubul : aku bukan seorang yang mulia..

bukan malaikat, mahupun syaitan!.

aku bukanlah seperti Mikail yang tidak pernah mengukir senyuman sejak neraka itu dicipta Sang Penguasa langit dan bumi.

aku cuma manusia ciptaan Sang Penguasa yang bijak bistari. manusia yang diletakkan pada darjat lebih tinggi dari Mikail.

darjat yang membuatkan aku kadangkala sombong, melebihi kesombongan Azazil.

maka, kerna itu lah.

aku bukan malaikat yang patuh seratus peratus pada Tuhan.aku juga bukan syaitan yang berani mencabar Tuhan.

aku punya dosa, punya pahala. tapi aku mahu berakhir di dalam syurga. tanpa singgah di neraka. itu manusia bukan?.

nota kaki : berteleku di sejadah seorang diri usai sujud maghrib. ya, sungguh kerdil aku ini antara sekalian manusia.

selamat nikah!

1 muharam. tarikh baru di permulaan kalendar hijrah.

seorang lagi teman doktor seru jodohnya hari ini. mereka. sudah masuk ruang baru. ruang bahagia, harapnya. ruang yang menjadi impian setiap insan, pastinya. aku gembira untuk mereka, semua.

nikah, satu ikatan yang indah. jika dulunya ada sentuhan dosa, kini ia sudah putar 180 darjah. boleh aku katakan sebagai sentuhan pahala?. aku tidak tahu membahasakannya. yang pastinya, nikmat cinta selepas nikah itu lebih nikmat dan bererti. dan, nikah itu pun ibadat. tapi, aku sedar sesuatu. di kala mereka semua kecap bahagia, aku semakin bersendiri. aku menjadi sunyi. semua kecap bahagia, aku semakin bersendiri. ruang masa yang ada untuk aku dari mereka sebelum ini, rasanya sudah tidak ada. itu sebuah lumrah. harap, ini cuma sementara bukan selama-lamanya. satu masa nanti, aku mahu bernikah. seperti mereka. seperti kalian semua. aku bukan lah seorang malaikat sehingga menolak alam rumah tangga.

aku tertarik mendengar khutbah jurunikah di dalam majlis siang tadi. salah satu petikan ayat khutbah tersebut,

“ sekali kamu melafaz cerai, Arasy tuhan akan bergegar..”.

sejak dari manusia turun ke bumi, hingga hari ini. tidak akan terkira berapa kali Arasy itu bergegar. jika Arasy itu seperti rumah manusia, sudah lama ia roboh.

pada teman doktorku, Dr Hanif dan pasangan. untuk kalian, untuk semua. semoga bahagia sentiasa. bahagia sampai syurga.

nota qubul : antara soalan yang terpaling aku akan elak bila menghadiri majlis sebegini ialah berkaitan tentang bila giliran aku untuk mendirikan masjid. sebabnya mudah. kerna aku masih tak punya satu jawapan yang sahih dan kompleks.

rel.

hidup adalah lintasan rel-rel yang bisa saja saling bertumbuk di suatu titik. di satu titik itulah, dua orang manusia bisa bertemu. saling bertegur sapa. saling membagi cerita, luka atau bahagia. saling menumbuhkan harapan. saling bergenggaman tangan. saling memandang. atau ya, saling berbagi mimpi.

Tuhan paling tahu mengapa di titik itu sepasang manusia harus bertemu. mengapa di titik itu, mereka harus saling melibatkan peristiwa yang sama dalam satu helaan nafas mereka. mengapa di titik itu, Tuhan mempertemukan mereka. tapi jangan tanyakan Tuhan, kerana Tuhan tidak akan menjawab dengan bahasa yang kita mengerti. DIA berbicara dengan bahasa yang lain. kejadian yang memberikan hikmah, kejadian yang bercerita sendiri mengapa sepasang manusia itu bertemu dan saling membagi waktu bersama lalu berpisah.

utamanya, jangan pernah tanyakan Tuhan. mengapa kamu terpilih untuk dihadap dikit duka. kerana pasti, sudah ada sesuatu yang berhikmah menanti di depan sana.

nota qubul : sehari dua ini, membuatkan aku terfikir jauh. tentang hidup, tentang surga dan tentang neraka..

hairan.

aku hairan melihat manusia yang sombong,

sedangkan dia hanya terbentuk dari setitis mani hina.

aku hairan melihat manusia yang bongkak,

sedangkan dengan bongkak pahala amalannya tidak membengkak.

aku hairan melihat manusia yang menyebar cerita,

sedangkan dia lupa kekhilafannya dalam berkata-kata.

aku hairan melihat manusia yang alpa,

sedangkan aku sedar manusia adalah manusia.

dan manusia itu barangkali aku,

dan manusia lain bisa hairan dengan aku juga!.

ber-terima kasih.

berterima kasih pada orang yang berbuat baik pada kita tentunya sesuatu yang sudah biasa dan mudah.

tapi berterima kasih pada musuh atau seseorang yang membenci dan tidak menyukai kita memang sesuatu hal yang bukan mudah.

kritikan paling jujur kadangkala datang dari seseorang yang sangat membenci kita..

silam.

malam semakin merangkak pergi. dan di sini aku cuma berbicara sendiri. walau ada mata yang memerhati aku dari jauh, walau ada balas bicara pada ruang yang sayu, aku tetap berbicara sendiri.

di sini ruang penyeksaan jiwa. ruang aku memutarkan masa menuju masa silam.

mengutip segala serpihan kaca yang bertaburan. melukakan diri dengan rasa penyesalan.

walau dimula dengan keindahan, tetap akan berakhir dengan kecacatan.

silam aku suatu yang menyakitkan. akan terus aku kembali, sampai ingatan aku mati.

nota qubul : tatkala kelam malam menghantar bulan pulang, aku masih terkebil-kebil mengulit bersama momen-momen silam yang sudah dikambus kenangan. dan terpaling duka yang beri kesan, pada pundak hati ini. argh, sakit.

Tuhan pun setuju.

aku tengah membilang dosa, satu persatu sejak aku akil baligh sampai ke hari ini. aku cuba mengingati satu persatu. tulis dengan pena yang ada dalam hati. tapi sampai satu tahap, aku berhenti. terlalu banyak. mungkin takkan habis dibilang sampai mati. malah ketika aku membilang dosa itu pun, aku masih melakukan dosa. dosa memaki diri sendiri. dan esok hari, aku sudah berkira untuk membuat dosa lagi. jadi, aku buat kerja bodoh sebenarnya.

pahala? aku tak perlu susah payah membilangnya. kalau aku bilang juga, itu namanya tak ikhlas.

dunia ni, 100 kali kau buat baik dan sekali kau buat jahat, manusia akan cuma nampak satu yang jahat itu. 100 kali yang baik entah ke mana pergi, mereka akan butakan mata. bila kau sendiri menyuarakan 100 kebaikan yang telah kau lakukan pada mereka, mereka kata kau tak ikhlas, mengungkit. kemudian, kau berkata dalam hati, mereka bukan orang yang adil.

dunia yang berat sebelah ini adalah perkara biasa. aku rasa, Tuhan pun setuju.

nota qubul : berhadapan minggu-minggu getir. mengheret aku bercakap tentang pahala dan dosa. walaupun aku masih zero tentang ini. pelik? aku juga.