norabudy

SAYA MOHON MAAF KEPADA SEMUA

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Sobahul khair semua
Alhamdulillah.. Permulaan pagi yang barakah ,Aamiin Ya Rabb

Saya disini ingin memohon maaf pada semua yang mengenali saya di tumblr secara langsung mahupun tidak..

Andai ada tutur bicara saya, penulisan mahupun apa juga tindakan saya yang ada membuat kenalan ,mahupun sahabat tumblr di sini berkecil hati saya mohon maaf ..

Saya kira anda semua tidak pernah berbuat salah pada saya.. Dan saya juga maafkan semuanya..:)

Ajal Maut di tangan Allaah.Saya jika pergi tanpa sempat memohon maaf pada semua..:’)

Maafkan saya ya..

Moga Allaah ampunkan dosa-dosa kita semua
Dan semoga Allah berikan kita kematian yang baik 
Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabb






NOTA BUAT ORANG BERCINTA!

Cinta suami dan isteri itu
Bukan semata-mata kerana nafsu
Ujian rumah tangga tu lebih dari itu

Andai kalian menikah kerana nafsu
Sungguh bahagia kalian akan seketika waktu!

Adik adik
Ketahuilah akan kalian
Yang masih mabuk bercinta!
Yang masih menitis airmata kerana rindu.!
Yang masih merajuk menagih perhatian kekasih !
Yang berkasih kasih mengalahkan orang sudah berkahwin!

Aduh !
Jangan lemahkan diri kerana cinta..
Kuatkan diri dengan agama..
Kerana menjadi isteri mahupun suami itu
Tidak boleh lemah gemalai hidup cinta 24 jam sahaja!

Tiba masa tanggungjawab di galas..
Ketika itu semua warna rupa lelah di lepas !!
Saat itu kalian belajar..
Akan erti bahagia dan cinta bukan dengan kata cinta dan rindu mahupun kata2 romantis berbunga juga hadiah semata2..

Akan tetapi bagaimana indahnya alam rumah tangga itu kerna
Adanya ketaaatam pada agamamu .
Ikhlas dan sabar dalam tanggungjawab.
Tolak ansur dan memahami..juga saling membantu menjadi soleh dan solehah.

Ingat..
Perkahwinan itu bukan antara suami dan isteri sahaja.
Ada kehidupan insan2 lain menanti untuk kalian dekati .

Norabudy
Jeddah
19.2.2015

—  Norabudy