mppk

The M9 Standalone Pistol Mod

The M9 Standalone Pistol Mod

External image

PLEASE READ THIS FIRST This mod owes it’s existence to a talented member of our own community who I think deserves our unabashed appreciation. 3D modeling student and Nexus member moniterman contacted me and without a second thought allowed me access to his stunning Beretta M9 model and textures. He then even allowed me to butcher his beautiful creation for this mod, the result of which you see…

View On WordPress

New Post has been published on The Rakyat Post BM Version

New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/berita/2014/10/31/mppk-pidato-umum-anwar-berat-sebelah/

MPPK: Pidato umum Anwar berat sebelah

External image

KUALA LUMPUR, 31 Oktober:

Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) berpendapat, pidato umum Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Universiti Malaya (UM), Isnin lalu, bersifat berat sebelah dan tiada kena-mengena dengan kepentingan mahasiswa.

Presidennya, Mohamad Shafiq Kamarudin berkata, umum mengetahui rayuan terakhir kes Liwat II Ahli Parlimen Permatang Pauh itu sedang berlangsung di mahkamah, jadi lebih wajar dia berbicara mengenai cara untuk membela nasib mahasiswa dengan mengemukakan tajuk lebih mesra mahasiswa.

Namun begitu, katanya, Anwar bertindak memasuki kawasan kampus UM dan bercerita kepada mahasiswa yang dia tidak bersalah, sedangkan perbicaraannya di mahkamah masih diadakan.

“Dengan itu, tidak wajar bagi Anwar mengheret mahasiswa UM dalam kancah politik peribadinya dan bagi MPPK, hal ini amat meragukan, kerana tidak diketahui sama ada ia bersifat ilmiah atau politik,” katanya.

Tambah Mohamad Shafiq, pihaknya berpendapat, jika Anwar bercakap atas kapasiti membela nasib mahasiswa adalah lebih wajar, bukannya bercerita kepada mahasiswa bahawa beliau tidak bersalah, di mana hakikatnya, perbicaraan masih berlangsung.

Jelasnya, pihaknya menyatakan sokongan kepada slogan kebebasan bersuara yang dilaungkan mahasiswa seluruh negara secara khususnya dan rakyat Malaysia secara umumnya.

“Namun demikian, MPPK mengkritik ketidakmatangan sebahagian pihak yang merempuh pagar UM pada malam kejadian, dan kami menyokong pihak universiti mengambil tindakan tegas terhadap mahasiswa terbabit.

“Ketidaktegasan pihak UM dalam menangani kes ini amat mengecewakan, kerana sebagai institusi keilmuan tertua di Malaysia, ia menjadi medan bagi ahli politik menegakkan kebenaran, yang zahirnya masih tidak jelas,” katanya.

Dalam pada itu, tegasnya, MPPK tidak bersetuju dengan keputusan pihak pentadbiran UM menghalang Anwar daripada memasuki kawasan kampus.

Ini kerana, jelasnya, permohonannya untuk memasuki kampus UM adalah atas kapasiti sebagai alumni universiti itu, ahli politik.

“Oleh itu, sepertimana UM membenarkan pemimpin-pemimpin UMNO yang merupakan alumninya untuk masuk ke kampus, maka mereka juga perlu membenarkannya melakukan perkara sama,” katanya.