maruah

4

Fourth round of cringey drawings! Always good shit for you guys, even if it makes me want to die of embarrassment XD

First glorious drawing of Teldryn Sero getting drunk AF with sujamma is for @spaceychips 

Second drawing of the amazing Maruah giving you the typical ‘really bruh?’ stare for @the-dread-lord-sithis

The third drawing is M’raj-Daar hard on skooma for @euranshay

And last but not least, the remastered version of my niece’s drawing “Lucien wearing old lady’s underwear” requested by @sergeant-fellstiefelchen (so you know who to blame)

Free to use, but please don’t throw me to the Void…

‘Terima Kasih’ kerana rosakkan saya

Saya gadis bertudung labuh
Muka saya putih pucat , bibir saya kelihatan suram 
Saya memakai kaca mata
saya tak memakai make-up
bagi saya cantik itu tidak penting 
yg penting kelihatan depan Allah , Tuhan kita

Terima kasih kerana rosakkan saya 
Saya seorang pendiam , kurang cakap sebab di tuntut dalam agama 
Berfikir tentang kebesaran Nya 
Waktu2 lapang saya , saya habiskan baca Al-Quran , 
smartphone di tangan bila perlu sahaja 
saya suka berkebun dan tanam bunga , saya senyum lihat bunga saya

Terima kasih rosakkan saya
Saya jarang tgk cermin , 
Sebab bila saya tgk cermin 
Msti ada bisikan kata ‘ awak cantik , awak cerah , awak paling cantik’
Saya tak layan sebab saya tau ianya bisikan syaitan
Saya ignore , saya kekal dgn tudung labuh hitam saya

Saya tidak mengambil gmbar saya , saya tidak post gmabar saya dalam pesbuk
Atau media social yg lain , saya tidak harap manis depan manusia
Tapi manis depan Allah SWT

Terima kasih rosakkan saya
Saya suka menulis post Islamic agar berdakwah di facebook
Saya bermunajat agar tidak terlibat dalam maksiat
Saya senyum di samping Al-Quran dan tasbih di tepi saya
Saya gembira ada kawan sehaluan saya

Terima kasih rosakkan saya
Saya duduk di tepi dewan kuliah ,terlihat awak memandang saya 
Pandangan awak terus ke mata saya 
Saya tak selesa , saya beredar dari situ
Saya istighfar kepada Allah

Setiap hari awk memandang saya 
Saya berasa malu , awak pandang saya
Saya Tarik hand-sock saya , tutup mulut saya 
Saya segan bila awak tenung saya ,

Terima kasih rosakkan saya 
Saya teringat kat awak, tiada lelaki pernah begitu dgn saya 
Saya ternanti2 bila lagi awak tenung saya
Kadang2 saya tersedar semua ini salah
Allah marahkan saya
Tapi pandangan mata awak mendominasi saya

Terima kasih rosakkan saya 
Biasanya saya menghabiskan masa membaca Al-Quran seperti biasa
Berusrah , dan membaca hadis 
Menelefon mak saya
Tapi….
Suatu malam , 
Ada nombor tidak dikenali whatsapp saya 
Saya tengok gmbr dia , gmbar dia 
Saya tersenyum lebar. Awak cakap ‘Asalamulaikum “
Saya jawab ‘ waalaikumsalam”
Awak tnya esok kelas start kul brapa
Saya jawab kul 10 …..
Awak kata nak berkawan dengan saya 
Saya kata insha Allah boleh…..
Dan berterusann…………………………………………….

Terima kasih kerana rosakkan saya
Tiap malam saya tunggu awak whatsap saya
Saya tunggu
Dan awak memang akan whatsapp saya 
Saya gembira awak gembira

masa kosong saya 
tidak lagi dengan Al-Quran
kini smartphone di tangan saya 
tapi…. Dlam tu ada awak , awak temankan saya 
kita hari2 texting , tu x ? saya suka

Terima kasih kerana rosakkan saya 
Saya suka awak pandang saya , 
Dan awak kata saya senyum manis , 
Saya tengok cermin , ermm memang betul la yg awak kata 
Saya tengok cermin , 
Saya kata dengan diri saya , awak suka muka saya

Terima kasih rosakkan saya 
Hari tu , saya tak pakai tudung labuh hitam
Saya pakai tudung labuh pink 
Then awak whatsapp , awak kata saya manis dengan tudung pink tu 
Saya senyum , awak kata ‘saya suka awak’
Saya jugaaa

Terima kasih kerana rosakkan saya 
Saya tukar dp whatsapp saya , dgn gmbar saya
Gmbar saya tidak memakai tudung labuh , tapi tudung bawal 
Awak kata , saya lebih manis
Saya suka bila awak cakap macam tu

Kawan2 saya tahu psal kita
Mereka kata saya dah maju
Malah mereka mengalakan saya 
Saya tersenyum bila mereka kata awak suka saya 
Hehe, saya suka

Terima kasih kerana rosakkan saya 
Saya terkejut bila kawan saya bgi saya chocolate 
Dia kata dari awak , saya gembira 
Saya tak sampai hati nak makan 
Saya pun bagi awak Big Apple dan awak kata awak suka

Terima kasih rosakkan saya
Hari ni saya pergi kuliah 
Tidak tudung labuh , saya pakai tudung bawal 
Yg awak kata saya lebih mainis
Saya tidak pakai kaca mata 
Saya pakai contact 
Seperti saya harap , awak kata saya lebih manis, saya gembira

Terima kasih rosakkan saya 
Tiap2 malam kita sembang 
Awak bgtau masalah awak
Saya bgitau masalah saya
Saya ada awak
Awak ada saya

Tetapiiiiii
Tiba2 awak jarang dah whatsapp saya 
Saya tunggu , awak tak wahtsapp 
Saya whatsapp , awak tak balas
Saya sedih

Terima kasih rosakkan saya 
Saya dapat tahu awak ada ‘kawan’ baru utk whatsapp with
Awak tinggalkan saya 
Saya rasa macam kena tipu 
Tapi mcmna nak marah 
Kita just kawan

Saya sedih , setiap masa saya fikirkan awak 
Awak tak pandang saya lagii
Awak tak fikirkan saya lagi 
Saya kecewa

Saya pandang cermin , saya buka tdung 
Saya memakai lipstick merah 
Agar awak pandang saya
Saya pergi dewan kuliah berpakaian begitu 
Tapi awak tak pandang saya lagi 
Awak sibuk dengan si Dia

Terima kasih rosakkan 
Saya cari orang lain, saya berlipstick merah 
Saya cari orang lain
Untuk cemburukan awak, tapi awak tiada respond
Awak tak kisah

Saya tekad 
Saya berkepit dengan orang baru saya 
Saya senyum dengan lipstick merah saya
Tapi awak tidak kisah ,sebenarnya saya taknak dia 
Saya nak awak

Saya tekad upload gambar
Saya bercium dengan orang baru saya 
Tapi awak tidak kisah
Awak…..

Saya menangis…….
Menangiss…..
Berfikir dua kali , saya .. saya menangis…
Bukan sebab awak , sebab saya dah lain
Saya hilang diri saya yg dulu , saya berdoa agar Allah bagi saya hidayah 
Saya…. Allah help me
Astaghfirullah

# Nafsu itu menyerang sesiapa sahaja , kita mesti kawal
Jgn termakan pujukan dunia , mari kita sama2 berjuang kerana Nya

by Jang Abd Mutalib

*sekadar cerita untuk pedoman – copy from facebook*

❝Jaga-jaga menceritakan masalah kita kepada manusia, akhirnya menjatuhkan maruah kita.


Jalan yang selamat hanya satu, mengadulah hanya kepada ALLAH, hasilnya kita dekat denganNYA dan maruah kita turut terpelihara.❞


[Syeikh Muhd Zainul Asri Bin Hj Romli]

Suami : Ustaz, perempuan simpanan saya lebih ramping tubuh nya tapi isteri saya gemuk.

Ustaz : perempuan simpanan kamu pernah mengandungkan zuriat kamu ke? tentu tak kan? sebab dia lebih sayangkan bentuk tubuhnya dari kamu, isteri kamu pula sanggup korbankan bentuk badannya untukmu kerana dia lebih mencintai kamu dari bentuk tubuh badan

Suami : Tapi ustaz, perempuan simpanan saya lebih manja dan lemah lembut.. isteri saya jarang ada masa untuk sy dan kadang2 garang..

Ustaz : perempuan simpanan kamu tak ada tanggungjawab untuk dipikul tentang kamu..dia tak perlu ambil tahu semua masalah kamu, makan minum kamu, hutang piutang kamu, sebab itu dia sentiasa nampak gembira bila bersama kamu tapi isteri kamu memikul semua beban masalah kamu, masa nya terpaksa dibahagi-bahagi antara kamu dan anak anak kamu.. kerana dia tahu menjaga anak anak kamu adalah tanggungjawabnya dan itu tanda cintanya padamu..

Suami : isteri saya jarang memujuk sy ustaz..tak seperti perempuan simpanan sy..

Ustaz : itu kerana isteri kamu sudah puas memujuk anak anak kamu bila mereka bertanya kemana kamu pergi tak pulang sampai ke pagi. Anak2 mengadu tentang kamu yang tak pernah ambil tahu tentang mereka bersedih memikirkan kamu yang tak ada masa untuk bersama mereka. isteri kamu sudah cukup melindungi maruah kamu di depan mata anak anak kamu sedangkan kamu sendiri terus hanyut bergelumang dosa bersama perempuan simpanan kamu itu. Perempuan simpanan kamu itu pernah ke terfikir tentang maruah kamu?

Suami : tapi kan ustaz….

Ustaz: cam ni lah….kalau isteri awak sentiasa tak cukup sempurna dimata awk, awk ceraikan sajalah dia. Mungkin dia terlalu baik untuk lelaki yang tak tahu bersyukur seperti awak. Cuba awk pikir, kalau bukan kerana dia yang korbankan bentuk tubuh nya kerana awak, sepanjang hayat awk tak akan melihat waris keturunan awk. Kalau dia mahu, dia juga boleh memilih utk mencintai dirinya sendiri dari mencintai awak tapi itulah pengorbanan seorang isteri yang tak pernah awak hargai. Bukan dia yg tak cukup sempurna untuk awak tp awaklah yang tidak layak mendapat seorang isteri seperti dia. Lebih baik awak nilai diri awk sendiri dari awak menilai isteri awk kerana dia ibu kepada anak anak awk. Minta maaflah pada isteri dan jangan ulangi lagi sebelum semuanya terlambat.

Susah nak nasihat perempuan.
Susah.

Perempuan memang suka kecantikkan.
Dipuji cantik.
Dipuja jelita.
Hati siapa tak berbunga.
Segelintir mungkin masih ada malu.
Ramai lebih terpengaruh nafsu.

Nafsu mempamerkan diri di media sosial.
Pada mereka selfie bertudung. Tak apa.
Dah menutup aurat.
Tapi, sebenarnya mata-mata jahat masih ada.
Hati-hati gersang sentiasa menunggu.


Perempuan memang susah ditegur.
Bertudung.
Namun tak menutup dada, antaranya.


Aku yang menegur pun bukanlah baik.
Aku yang bersuara pun bukanlah sempurna.


Kadang kasihan.
Yang aku kasihankan, bukan yang memang berselfie dengan niat untuk menarik perhatian, yang seksi, yang menggoda.

Tapi yang sekadar upload.
Sebab terbiasa.
Sebab suka mendapat like.
Entah.
Pada mata aku.
Gambar biasa.
Tudung kadang paras biasa-biasa.
Tapi, entahlah.
Ramai selalu berkata, mata lelaki tak sama.
Nak aku komen apa?
Entahlah.
Perempuan.
Ada yang rigid kata, tak boleh langsung.
Ada yang kata, berpada.

Pada aku.
Berpada.
Kalau setiap madah berhelah, madah pujangga dan setiap aktiviti nak upload gambar muka selfie, adakah sedang menjual diri?
Sedang tunjuk rupa paras cantik berseri?
Untuk apa?
Kawan-kawan tahu dah rupa paras kau macam mana.
Once in a while, dengan all precaution pasal pose, mimik muka, aurat, it’s ok.
Tapi, kalau selalu sangat….

Kadang rasa kasihan.
Gambar biasa je, tapi boleh diupload di porn blog tumblr (done block).
Mungkin diaorang pun tak sangka, jadi stok.
Sebab tu pesan.
Jaga diri.
Jaga maruah.
Jangan ghairah berselfie tak tentu hala.
Jangan ghairah upload muka tak tentu punca.
Di facebook pun, kalau you set as “friend only”
5000 orang tu kau kenal ke?


Take care ok.
Please.
I beg you.

BERTAUBAT SEBELUM TERLAMBAT

Tanda-Tanda Diterimanya Taubat

Petanda seseorang itu bertaubat dan telah diterima taubatnya telah dijelaskan oleh Ibnul Qayyim rahimahullah. Antara tanda-tanda tersebut ialah:

Setelah bertaubat, seseorang hamba itu lebih baik dari sebelumnya.

Terus diselubungi rasa takwa dan takut terhadap dosanya dan tidak pernah merasa aman dari siksa Allah walau sekelip mata.

Terlepas dari cengkaman dosa yang dilakukan kerana penyesalan dan rasa takutkan dosa.

Lembut hatinya setelah bertaubat dengan kelembutan yang sempurna, sehingga tunduk kepada Allah walau dalam keadaan marah dan sentiasa dalam kekhusukan. (Lihat: Madarajus Salikin. Jld. 1)

Allah Azza wa-Jalla telah menggambarkan ciri-ciri atau keadaan orang yang telah bertaubat di dalam firmanNya, bahawa mereka sentiasa beramal soleh dengan cara mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menyuruh berbuat baik dan melarang dari mengerjakan yang mungkar:

“Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji (Allah), yang melawat (mencari ilmu, berjihad, berpuasa), yang menyuruh berbuat makruf dan menegah berbuat mungkar dan memelihara hukum-hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang mukmin”. (At-Taubah, 9:112)

“Jika mereka bertaubat (mereka) mendirikan solat dan menunaikan zakat, maka (mereka itu) adalah saudara-mara mu seagama”.

Allah Subhanahu wa-Ta’ala telah menggambarkan di dalam al-Quran tentang sikap mereka yang telah bertaubat dan ikhlas dalam taubatnya, bahawa mereka bertambah kuat iman dan amalnya, memperbaiki ibadahnya dengan cara banyak beramal soleh, belajar ilmu-ilmu agama, konsisten dan sentiasa beriltizam. Firman Allah:

“Kecuali orang yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, maka mereka itu akan masuk syurga dan tidak dianiaya (dirugikan) sedikitpun”. (Maryam, 19:60)

“Kecuali orang-orang yang taubat dan mengadakan perbaikan dan berpegang teguh pada (agama) mereka kerana Allah. Maka mereka itu adalah bersama-sama orang yang beriman dan kelak Allah akan memberikan kepada orang-orang yang beriman pahala yang besar”. (An-Nisa, 4:146)

——
Taubat Nasuha
——

Sebagaimana yang telah dijelaskan bahawa bertaubat nasuha atau taubat yang murni adalah dituntut oleh syara berdasarkan firman Allah:

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu sekalian dengan taubat nasuha (taubat yang murni)” (At-Tahrim, 8)

Ibnul Qayyim al-Jauziyah rahimahullah telah menjelaskan cara-cara taubat nasuha:

Pertama: Meminta pengampunan (taubat) yang meliputi segala dosa-dosa maksiat tanpa ada kecualinya, sehingga tidak ada dosa yang tidak disertakan dalam taubatnya.

Kedua: Membulatkan tekad dan kejujuran hati dengan sepenuhnya supaya tidak menyiksa pada dirinya keragu-raguan, kekesalan atau menanti-nanti (masa bertaubat). Tetapi seorang hamba harus mengerahkan segala keinginan dan ketekadannya untuk segera bertaubat.

Ketiga: Memurnikan taubat dari berbagai noda dan penyakit yang mengganggu keikhlasan bertaubat.

Seterusnya memastikan agar taubat itu benar-benar dari rasa takut, kesedaran dan gentar terhadap siksa Allah, mengharapkan apa yang ada di sisiNya dan khawatir terhadap ancamanNya. Jauhilah diri dari cara taubatnya orang-orang yang hanya ingin mempertahankan maruah dan kehormatannya, kedudukannya, jawatannya, kepemimpinannya untuk memelihara kekuasan dan harta bendanya, atau demi mendapatkan pujian orang banyak, takut pada penghinaan manusia agar orang-orang yang bodoh tidak memperbodohkan dan menghinanya, atau sekadar memenuhi sifat rakusnya terhadap dunia, atau kerana muflis yang tidak berdaya lagi, atau taubatnya lantaran penyakit yang tersembunyi yang telah merosakkan kebenaran dan ketulusan taubatnya kepada Allah Azza wa-Jalla. (Lihat Madarijus Salikin Jld.1 Hlm. 178)

Ketiga-tiga perkara di atas yang dijelaskan oleh Ibn Qayyim sewajarnya difahami dan dipenuhi apabila bertaubat, kerana dengannyalah taubat nasuha seseorang itu akan diterima oleh Allah Azza wa-Jalla.

Taubat Nasuha Menghapuskan Semua Dosa
——

Menurut ulama tafsir, semua dosa akan diampunkan oleh Allah Subhanahu wa-Ta’ala lantaran taubat nasuha. Sama ada yang besar seperti kufur, syirik atau murtad dan tercangkup dosa-dosa yang lebih rendah dari itu juga akan terampun.

Adapun keraguan bahawa dosa-dosanya terlalu banyak untuk diampunkan oleh Allah sehingga berat untuk bertaubat, maka Seyikh Muhammad Soleh al-Munajjid berkata punca-puncanya ialah dikeranakan oleh:

Ketidak-yakinan seseorang terhadap luasnya rahmat Allah dan kasih sayangNya.

Lemahnya iman dan keyakinannya terhadap kuasa Allah yang mampu mengampuni keseluruhan dosa makhlukNya.

Kurang berharap, berdoa, mengingati dan tawadhu’ kepada Allah.

Tidak berkeyakinan bahawa taubat itu pasti menghapuskan semua jenis dosa disebabkan rahmat Allah. (Lihat: اريد ان اتوب ولكن Muhammad Soleh al-Munajjid)

Allah tidak pernah merasa rugi atau kekurangan jika mengampunkan segala dosa hambaNya yang meminta pengampunan. Pengampunan Allah Azza wa-Jalla sentiasa diberikan kepada hambaNya yang bertaubat kerana rahmatNya meliputi segala-galanya. Firman Allah Subhanahu wa-Ta’ala:

“Dan rahmatKu meliputi segala sesuatu”. (Al-A’raf, 156)

“Katakanlah! Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan semua dosa”. (Az-Zumar, 53)

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah bersabda:

“Orang yang bertaubat dari dosanya bagaikan orang yang tidak mempunyai dosa sama sekali”. (H/R Ibn Majah. Sahih al-Jami’. 2008)

——
Pintu Taubat Sentiasa Terbuka
——

Pintu taubat sentiasa terbuka kecuali setelah roh berada di kerongkongan (sakaratul maut). Dan taubat belum tertutup sebelum mata hari terbit dari barat (Kiamat). Sebagaimana sabda Rasulullah sallahu ‘alaihi wa-sallam:

“Sesiapa yang bertaubat kepada Allah sebelum rohnya berada di kerongkongan (Sakaratul maut), maka Allah menerima taubatnya”. (H/R Ahmad dan Turmizi. Sahihul Jami’ 6132)

“Sesiapa yang bertaubat sebelum matahari terbit dari barat, maka Allah menerima taubatnya”. (H/R Muslim)

Segala hujjah berupa ayat-ayat al-Quran, hadis-hadis sahih dan penjelasan para ulama yang tertera di atas, semuanya menunjukkan bahawa pintu dan peluang untuk bertaubat sentiasa dibuka luas oleh Allah kepada sekalian hamba-hambaNya.

Tidak ada perbuatan durjana, keji dan mungkar yang tidak diampunkan jika pelakunya bertaubat nasuha, oleh itu rebutlah peluang dan kesempatan ini sebelum menemui kematian yang menakutkan.

Semoga semua penjelasan di atas dapat dicernakan di hati, difahami dan diamalkan. Dan akhir sekali, dengan penuh harapan kita bermohon kepada Allah Yang Maha Agung agar memberikan kepada kita kemudahan untuk memperbaiki amalan kita, menjauhkan kita dari maksiat dan menjadikan kita insan yang berkemampuan dan dimudahkan untuk beramal soleh, bertaubat nasuha dan bertakwa. Amin Ya Rabbal ‘Alamin!

Oleh: an-Nawawi. blogspot

SILA SHARE DAN SEBARKAN

“Kenapa perempuan kena pakai tudung dan baju labuh-labuh dan longgar-longgar?”.

“Sebab perempuan terlalu berharga, umpama berlian yang disimpan di dalam peti besi, hanya orang tertentu yang layak sahaja dapat menyentuh dan melihatnya”.

Wahai wanita yang dikasihi Rasulullah ﷺ, mahalkan lah diri mu dan maruah mu.

IRONI YANG MENGEJUTKAN DAN INDAH

BABAK 1

Saya tak tahu siapa saya pada awak,
tapi bagi saya.

Awak insan yang sentiasa ada dalam doa.
Walau jarang bertemu.
Walau mampu melihat dari jauh.

Kerana mendoakan adalah cara mencintai yang paling rahsia. 


BABAK 2

“Kau teringat dekat dia.”
*blur*


“Betulkan? Kau teringat dekat dia dan kau rindu dia.”
*angkat kening*


“Tak yah deny. Aku perasan bila kau rindu dia mesti ada bau yang sama akan keluar.”


“Huh! Bau apa?”
“Bau kopi.”


*tangan terhenti dari kacau air dalam cawan.*


BABAK 3

“Orang kata cinta yang sebenar apabila kau menjadi lebih baik dari sebelumnya. Jadi, bila kau mencintai budak tu dalam diam, kau rasa kau jadi lebih baik?”


“Jadi lebih baik atau tak, aku tak tahu. Mungkin kau lebih nampak perubahan aku. Tapi yang aku tahu, bila aku suka dia aku sedar yang ada orang cuma ditakdirkan ada dalam hati kita tapi bukan dalam hidup kita. Aku sedar yang mana bila kita suka, kita kena tahu jodoh yang tepat akan datang pada waktu yang tepat dengan orang yang tepat. Aku sedar menahan apa yang ada dalam hati itu adalah sepatutnya kita buat kerana mungkin itu yang terbaik buat semua dan mungkin yang terbaik buat masa itu. Jadi, sebelum sampai waktu yang tepat, pendamkan saja dan terus berdoa. Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Mendengar.”


*tarik nafas*

“Aku juga sedar yang aku salah kalau aku pikir hidup berkahwin tu akan sentiasa manis walhal mungkin kita dapat jodoh yang berpenyakit, yang punya banyak tanggungjawab dan sebagainya. Aku sedar yang jodoh ni kadang-kadang tak panjang. Aku sedar yang kalau berkahwin mungkin tak ada anak dan aku sedar yang mungkin pasangan kita akan Tuhan cabut awal nyawanya.”


BABAK 4

“Apa perasaan bila akhirnya orang yang kau cintai dalam rahsia, yang kau tunggu dalam diam selama ni akhirnya adalah jodoh kau?”


*senyum manis*


“Alhamdulillah. Tuhan itu tahu yang terbaik buat hambaNya. Terima kasih sebab dia bina tembok ikhtilat yang sangat tinggi masa kami belum berkahwin. Terima kasih sebab dia jaga maruah aku dengan tak mesej call chat aku selama kami bukan yang halal. Terima kasih sebab dia secara tak langsung bawa aku ke satu jalan yang matang tersusun dan terarah. Sesungguhnya kalau kita buat segalanya untuk Allah, korbankan perasaan harta atau apa saja kerana Dia, pasti Dia takkan pernah kecewakan kita.” *mata berkaca-kaca*

“Macam mana life after dah jadi Puan?” *sengih*

“Bercinta ibarat kau naik bas. Boleh berhenti kat mana yang kau nak kalau kau tak suka. Tapi berkahwin ibarat kau naik flight. Suka tak suka, kau tak boleh berhenti tiba-tiba kat mana yang kau nak. Bahaya. *ketawa*


Marriage is not just living together but loving together dan perkahwinan itu bukan hanya suka-suka atau cuba-cuba malah ia lebih besar maknanya dari itu. Perkahwinan bermaksud perkongsian hidup dua orang manusia yang berbeza dari segala macam benda. Perkahwinan bermaksud, kalau selama ini segalanya di tempuhi sendiri, tapi kali ini ada seseorang disisi. Menangis bersama, ketawa bersama, jatuh bersama, bangkit bersama. Perkahwinan harus ada konsep takmil wa istikmal iaitu lengkap melengkapi. Seorang memberi seorang lagi menerima. Terkadang menjadi pemberi, terkadang menjadi penerima. Harus ada tolak ansur dan saling percaya kerana adat dalam perkahwinan tak semuanya indah dan manis macam gula. Pasti ada masa berkelahi sini sana. Tak sependapat itu ini. Kena bersikap matang dan rasional sebabnya destinasi perkahwinan harus menuju ke syurga kerana akhirat adalah destinasi utama kerana kita akan kekal di sana.”


Kahwin dengan orang yang kita cintai itu ialah impian.
Kahwin dengan orang yang kita tak sangka itu ialah jodoh.
Menikahi orang yang kita cintai itu ialah kemungkinan.
Mencintai orang yang kita nikahi itu satu kewajipan.
Segalanya adalah kerana Allah
kerana takdir yang menentukannya.

Kerana kasih kepada ayahlah kita pilih untuk menjaga maruah, memelihara akhlak dan menutup aurat.

Kerana sayang kita kepada ibu dan bapalah kita taat pada perintah Allah.

Kerana hubungan kasih sayang antara kita dan ibu bapa ini bukan saja mahu kita lalui setakat di dunia saja.

Tetapi kita juga pasti mahu saling bertemu dan melalui kehidupan di syurga sana!

Buktikanlah kasih sayang kita melalui jalan taat pada Allah.

Mudah-mudahan Allah bantu kita untuk terus memperbaiki diri menjadi anak yang berbakti kepada orang tua sekaligus memenangi pandangan Allah sebagai hamba yang taat.

Kalau mulut benar mengakui sayang kepada ayah. Maka turut dan buktikan bahawa sayang terhadap ayah itu wajib menutup aurat.

Sayang kepada suami itu wajib juga menutup aurat.

Jangan di sebabkan kita.
Mereka tertarik masuk ke neraka.
Betapa kejam nya kita terhadap mereka.

Kasihan tak?

Jangan rasa seronok dan berbangga mendedahkan kulit anggota kita bagi tontonan bukan mahram. Tapi azab disana belum kita tahu dan rasa.

[KAHWIN]

Pesanan buat yang belum kahwin.. kita hanya akan benar-benar mengenali seseorang SETELAH KAHWIN dengannya, tidur sebantal, makan sepinggan, duduk sebumbung. Baru tahu masa itu dia tidur berdengkur, baru tahu rupanya jenis lepas berak tak reti flush, baru tahu cepat stress kalau ada masalah.. baru tahu pemarah apabila ditegur.. baru tahu.. baru tahu..

Bercinta hatta 10 tahun, gayut tiap2 malam, dating tiap2 hari BELUM CUKUP untuk mengenali seseorang.

Kahwin bukan hanya tentang dating halal, snap gambar romantik dapat konvo sama2, boleh pegang2 tangan, boleh makan bersuap, semua yang sweet2 manis2 (sampai diabetes katanyaaa), everything goes smooth all the time & live happily ever after.

Kalau kamu lihat yang INDAH-INDAH drp kawan yang baru kahwin.. itu semuanya hanya apa yang dia mahu perlihatkan kpd dunia.. realitinya susah payah perit air mata yang disembunyikan.. siapa yang tahu?

Kita hidup di alam realiti, bukan fantasi. Jangan hanya berangan yang indah2 tanpa memikirkan AMANAH dan TANGGUNGJAWAB yang bakal dipersoalkan.

Alasan sudah kenal lama sangat atau untuk ‘elak maksiat’ saja TIDAK CUKUP untuk kahwin segera. Sebab jika masa bujang gunakan alasan kahwin untuk pelihara maruah bagaimana kamu yakin kamu dapat menjaga maruah selepas nikah?

Kalau sebelum kahwin tidak mampu bersabar atau bertahan dengan ujian yang kecil/sedikit, bagaimana kamu jangkakan untuk bersabar dan bertahan dengan ujian yang besar/banyak selepas berkahwin?

Bersediakah kamu.. pulang kerja penat, lapar, mengantuk tetapi BERSABAR apabila isteri tak masak sebab alahan mengandung/anak meragam.. bolehkah kamu TETAP TERSENYUM, menyinsing lengan memasak di dapur kemudian menyuapkan makanan ke mulut isteri kamu yang juga lapar, urus kencing berak & mandikan anak-anak untuk beri isteri ruang untuk dirinya? Basuh, lipat baju yang menimbun? Atau kamu akan sengaja pulang lewat sebab mahu lari dari menjaga anak-anak & makan sahaja di luar?

Yang perempuan sudah bersediakah untuk mentaati seorang lelaki yang baru hadir dalam hidup, bersediakah menanggung jerit perih alahan mengandung, sakit bersalin, berpantang, realiti anak mahu mengempeng berjam-jam sampai badan menggigil lapar & lesu yang amat? You are giving your life for your children. JANGAN MIMPI hendak makan, mandi, tidur dengan aman selagi anak masih kecil..

Apabila kamu membentak marahkan orang tua.. kenapa susahkan orang nak kahwin.. padahal kamu tidak sedar. Ibubapa sedang mendidik kamu bahawa kehidupan selepas kahwin itu BUKAN MUDAH sebab itu mereka mahu kamu berdikari sekurang-kurangnya cuba hadapi susah sendiri tanpa harapkan orang lain sebab kahwin memang senang tetapi menjadi ketua keluarga & ibu rumahtangga itu tidak mudah!

Tak sedikit yang rumahtangganya runtuh disebabkan masalah KEWANGAN, TIDAK FAHAM & TIDAK MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB, TIADA KEPERCAYAAN, PERSEFAHAMAN dan lain2, walaupun asalnya perkahwinan itu diawali atas dasar cinta yang mendalam.

Malangnya kita hanya menyedari setelah kahwin.. Untuk menjayakan hidup berumahtangga.. Cinta saja tak cukup rupanya.. barulah kita sedar quote 'rezeki setelah nikah’ itu perlu diusahakan & disertakan dengan ujian bukannya terus bergolek masuk dalam mulut.

Cuma ketika itu baru kita sedar.. betul apa mak ayah kata… “cinta saja tidak cukup….”

Crdt to :
Kak Jie Nazirah & Saya Gja

Soalan:
Tak boleh couple macam mana nak kenal hatibudi?

Jawapan:
Taaruf boleh, jika minat tanyakan tentang dia melalui rakannya, keluarganya, juga langsung terus padanya. Tak perlu ‘feeling2’ sampai rindu dan sakit hati sebagai kekasih.

Soalan:
Orang lain couple, boleh keluar jalan-jalan, bergambar, 'sweet’ je tengok. Sunyi…

Jawapan:
Orang lain tak takut dosa, kita takut, jangan ikut sama. Kita tahu tahap nafsu diri, boleh jadi keluar jalan2 nak pegang tangan, nak manja, nak belanja. Kita je tengok diorang 'sweet’, tapi banyak nangis merana hati tu fikir kekasih yang belum tentu haknya.

Soalan:
Boleh ke tak couple, nanti tak laku?

Jawapan:
Siapa nak tolak untuk bersuamikan/memperisterikan anda kalau anda terjaga agama, akhlak yang tenang, menjaga maruah diri, malah orang lain sibuk 'couple’ kita cari duit untuk masa depan. Pasti dijumpakan dengan seseorang yang sesuai untuk kita, terus lamar. Malah, kadang dicarikan lagi. Tak akan ada orang tolak insyaALLAH.

Yakin bro dan sis, anda bahagia dengan menumpukan dahulu komitmen pada keutamaan.

Ok soalan terakhir:
Yang dah couple macam mana? Takkan nak putus? Terangkan pada si dia, andai dia benar-benar sayang anda, pasti dia terima untuk jarak dan memelihara maruah diri. Masing-masing tetapkan satu tahun untuk ikatan sah, sebelum masa itu keduanya harus siap dan sedia dari segi dalaman, pengetahuan, dan kewangan. InsyaALLAH boleh.

Nota:
Sebanyak mana kemanisan yang kamu rasai bersama pasangan sebelum pernikahan, sebanyak itulah kepahitan yang akan kamu lalui selepas pernikahan.

#copypaste #sekadarperkongsian

Dalam hidup.
Jangan pernah sombong dengan uji duga Tuhan yang tak tertimpakan atas pundak kita.

Kalau mampu.
Bantu.

Kalau tidak.
Maruah jangan dipijak henyak
Jangan tambah celaru dibenak.

Jangan dicabar sabar orang yang sedang bersabar dengan ujian Tuhan.

Kita tak pernah tahu
Sekuat apa mereka bertahan.
Membina sabar.

Ingat, kita perempuan punya maruah. Jangan sesenang percaya pada kaum Adam. Bukan tak boleh percaya langsung, boleh. Sedangkan ayah, abang abang korang pun lelaki jugak. Maksud aku, ajnabi. Mereka yang tiada langsung pertalian darah dengan engkorang. Walau korang bestferen foreverr ke. Rapat gila sampai tak boleh berpisah ke. Tolonglah. Tolong. Jangan beri 100% kepercayaan, harapan, apa apa jelah. Kalau boleh tinggalkan 1% untuk diri korang . At least bila kau jatuh, masih ada sisa baki untuk terus kau bangkit. Ni daripada takde langsung. Lagi sakit wehh. Ingat pesan aku. Jaga maruah. Adab. Pergaulan. Jadi mahal. Mahal macam mana pun, kalau memang ada harga . Orang tetap akan cari. Okey. Bukan untuk kaum Hawa je. Kaum Adam pun sama.

anonymous asked:

Akak, ada tak tips untk jaga ikhtilat? Kdg kdg sy tak pandai nak kawal diri dari semua tu.

Okey, first nak kena tahu dulu macam mana cara awak bergaul dengan lelaki?

Benda ni simple, bukan lah takleh sembang langsung dengan ajnabi. Cuma kalau boleh bila ada urusan sahaja. Dan kalau berbual, elakkan perkara yg sia sia. Bertepuk tampar tu konfem la tak boleh. Gelak kontrol. Senyum takda masalah, cuma jangan gedik. Senyum biasa ngan senyum gedik ni lain. Tapi kalau taknak senyum, pun takde masalah. Nak bertegur tanya khabar pesemua, no problem. Biasa biasa ja. Cuma jaga adab. Jaga akhlak. Jaga maruah. Jangan gedik. Tu je.

Public Consultation on ASEAN Human Rights Declaration

Date: 15 October 2011, Saturday

Time: 9.30am to 12noon 

Venue: Singapore Council of Women’s Organisations (SCWO), Training Room 3

MARUAH is an organization that is committed to facilitate the establishment of the ASEAN Intergovernmental Commission for Human Rights. Its establishment is the focal point for the Working Group for an ASEAN Human Rights Mechanism, an NGO officially recognised in the ASEAN Charter as a stakeholder in ASEAN.

MARUAH means Dignity in Malay, Singapore’s national language. Human rights is all about maintaining, restoring and reclaiming one’s dignity at the individual, regional and international level. 

Spread the love.

x