malaysianmuslim

“Allahumma, ya muqallibal-qulub, thabbit qalbi ‘ala dinik wa ‘ala thoatik”

“Ya Allah, Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di dalam agamamu dan ketaatan.”

#blacknwhite_twt #twt_insta #my_genggua #muhasabah #thedaiegraphy #abuhanifah #vscodakwah #vscomalaysia #bnw #gengdakwah #ikutcarakita #igersselangor #malaysianmuslim

Made with Instagram

اللهم نقِّ قلوبنا من الخطايا كما ينقَّى الثوب الأبيض من الدنس.
“Ya Allah, sucikanlah hati kami daripada kesalahan dan dosa seperti bersihnya pakaian putih daripada kekotoran.”

اللهم اشرح لنا صدورنا ويسر لنا أمورنا
“Ya Allah, lapangkanlah dada kami dan permudahkanlah urusan kami.”

اللهم إننا نسألك إيمانًا يباشر قلوبنا
“Ya Allah, kami memohon kapadaMu iman yang dapat menghidupkan hati kami.”

اللهم نسألك رحمةً من عندك تهدي بها قلوبنا
Ya Allah, kami memohon kepada rahmat dari sisiMu agar memimpin hati-hati kami.”

اللهم زيِّن الإيمان في قلوبنا واجعلنا من عبادك الراشدين.
“Ya Allah, hiasilah di dalam hati kami dengan iman dan jadikanlah kami termasuk ke dalam hamba-hambaMu yang dikurniakan hidayah.”

اللهم لا تجعل في قلوبنا غلاًّ للذين آمنوا
“Ya Allah, janganlah jadikan hati berdendam dan berdengki kepada orang-orang yang beriman.”

اللهم أَلّفْ بين قلوبنا واجعلنا بنعمتك إخوانًا متحابين
“Ya Allah, satukanlah hati-hati kami dan jadikan kami dengan nikmatMu kami bersaudara dengan saling kasih-mengasihi antara satu sama lain .”

اللهم اكتب في قلوبنا الإيمان وأيِّدنا بروح من عندك
“Ya Allah, tuliskan iman di dalam hati kami dan teguhkanlah kami dengan roh dari sisiMu.”

#thedaiegraphy #dakwahmudah #abuhanifah #twt_insta #typography #hakhada #phonto #vscodakwah #gengdakwah #muhasabah #my_genggua #malaysianmuslim #akudaie #picsart #dosa #prayforummah

Made with Instagram

Tidak lama lagi kita bakal menyambut Ramadhan al Mubarak. Bersediakah kita?

Bulan yg besar & penuh keberkatan serta banyak kelebihannya haruslah disambut dgn penuh perasaan ta’zim (membesarkan) & mengalu-alukannya.

 Bulan Ramadhan adalah bulan yg terlalu byk kelebihannya. Di dlmnya terdptnya malam lailatul Qadar iaitu malam kemuliaan yg lebih baik dari 1000 bulan.


Pada bulan tersebut Allah membuka pintu syurga, menutup pintu neraka & mengikat syaitan-syaitan utk memberi peluang kpd manusia membersihkan diri mereka sebersih-bersihnya.

Amal-amal ibadah & kebajikan digandakan Allah di mana yg sunat diberi pahala wajib/fardhu & yg fardhu menyamai 70 fardhu di bulan-bulan yg lain.

Allahumma Ballighna Ramadhan –  merupakan doa & harapan. Menjadi tanda bagi hamba-hamba yg soleh bhw mereka mengidam & tamakkan limpahan Allah dlm bulan ini (Rahmat, Keampunan, Pelepasan dari Neraka).

Kita mesti sentiasa berjaga-jaga agar peluang ini tidak disia-siakan atau berlalu tanpa dimanfaatkan.

Maka bagaimanakah caranya kita menyambut kedatangan bulan Ramadhan yg mulia ini? Persediaan yg rapi & terancang sgt penting dlm menjayakan Ramdhan kali ini.

Janganlah sia-siakan peluang kali ini krn entah-entah inilah Ramadhan terakhir buat kita.  

Para sahabat yg bersama dgn Rasulullah s.a.w dididik menyambut & menanti Ramadhan dgn penuh kerinduan & kecintaan. Ini terbukti dgn doa mereka selama enam bulan sblm Ramadhan menharap agar bertemu dgnnya.

Kemudiannya, enam bulan selepas Ramadhan pula disi dgn tangisan kerana berlalunya Ramadhan.

sahabat yg dikasihi, bagaimanakah kita?

#thedaiegraphy #dakwahmudah #abuhanifah #hakhada #twt_insta #my_genggua #ramadhan #ramadhanqareem #ramadhan2015 #muhasabah #muhasabahdiri #ikutcarakita #ragoclans #youngtalentgraphy #malaysianmuslim #designermuslim

Made with Instagram

“Dan ingatlah ketika Allah berfirman: Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan menambah nikmatKu kepadamu. Dan jika kamu mengingkarinya (kufur nikmat), sesungguhnya azabKu amatlah pedih. ”(surah ibrahim :7)

AllahuRobbi, ampuni diri ini,
Ya Allah, jadikan kami seorang yang bersyukur dengan nikmatMu dan bersabar dengan ujianMu. Ya Allah, campakan rasa syukur itu ke dalam hati ini, ikhlaskan semuanya.

koreksi diri, muhasabah sejenak, apakah diri ini benar-benar seorang yang bersyukur akan nikmat atau sebaliknya.


“ Apabila datang kepada Nabi s.a.w perkara yang membuatkan baginda lapang dan gembira dengannya, baginda akan sujud syukur kepada Allah s.w.t ” (HR. Abu Daud)

Subhanallah, alhamdulillah, allhuakbar.

“Sungguh ajaib keadaan orang mukmin itu, sesungguhnya semua urusan mereka berada dalam keadaan baik. Dan tiada yang memperoleh keadaan ini melainkan orang yang beriman sahaja. Sekiranya dia dianugerahkan sesuatu dia bersyukur, maka jadilah anugerah itu baik untuknya. Sekiranya dia ditimpa musibah, dia bersabar, maka jadilah musibah itu baik untuknya.” (HR. Bukhari)


Semoga Allah menerima setiap amal perbuatan kita dan berharap agar rahmat Allah sentiasa mengiringi hidup kita kerana sesungguhnya hidup ini adalah untuk mendapat mardhotillah (keredhaan Allah).
Dan sama-samalah kita berdoa agar termasuk dalam golongan mereka yang sangat bersyukur atas nikmat kurniaan yang tidak terhitung. amiin.

hidup ini hanya sekali, jadi lakukan yang terbaik untuk dunia dan akhirat.
Wallah'hu Ta'ala A'lam

#thedaiegraphy #typography #twt_insta #muhasabah #my_genggua #ikutcarakita #syukur #solat #abuhanifah #sitihafizahhamdan #ragoclans #spreaddakwah #malaysianmuslim

Made with Instagram

“Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: “Sujudlah kalian kepada Adam,” maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan & takabur (sombong) & ia termasuk golongan org-org yg kafir“ (al-Baqarah:34)

Sombong utk apa? adakah dgn bersikap sombong seseorg itu menikmati kepuasan hidup & adakah itu nikmat hidup yg dicari selama ini ? tepuk dada tanya hati. Memang tidak dinafikan manusia memang sering kali dikaitkan dgn sifat kealpaan, tetapi jgn pula kita ambil kesempatan dgn kelemahan yg  kita ada itu utk dijadikan tiket utk kita sering terlupa dgn tanggungjawab yg telah diberi sepanjang kita berkelana di bumi Allah s.w.t ini.

Malangnya, ramai antara kita telah pun lupa & mula bersikap sombong seolah-olah apa yg dimiliki itu kekal utk selama-lamanya.Kita mungkin ingat bahawa apa yg kita perolehi sepanjang berada di dunia ini hanya pinjaman & bila-bila masa sahaja boleh hilang dgn izinNya. Tetapi hanya krn sedikit kesenangan yg dikecapi hati mula goyah & diri mula sombong & tidak mahu bersyukur.

Marilah kita bersama-sama berfikir sejenak, layakkah utk kita bersikap sombong dgn Allah s.w.t, padahal kita telah diberi bumi utk kita menetap, kita diberi udara utk kita hidup & yg paling penting kita telah dikurniakan akal fikiran utk kita menilai kembali kewarasan setiap tindakan yg kita lakukan. Siapa lah kita utk terus bersikap sombong & tidak mahu bersyukur, kita kosong tanpa nikmatNya.

Semoga Allah memelihara kita dlm mencari KeredhaanNya.

Wallahhu Ta'ala a'lam.

#thedaiegraphy #dakwahislamic #dakwahmudah #abuhanifah #vscodakwah #gengdakwah #muhasabah #malaysianmuslim #designermuslim #usrahsantai #dakwahsantai #hakhada #my_genggua #ikutcaraislam #ikutcarakita #twt_insta

Made with Instagram

“Jadilah seperti batu yang tetap teguh bertahan walaupun dihentam oleh air yang deras dari pelbagai sudut. Jadilah juga kita seperti air yang akan tetap maju terus ke hadapan tanpa pernah menghiraukan sebanyak mana halangan daripada ribuan batu yang menghadang laluannya." 

#thedaiegraphy #dakwahmudah #abuhanifah #my_genggua #twt_insta #ikutcarakita #pahalaproject #vscodakwah #muhasabah #prayforummah #malaysianmuslim #designermuslim #youngtalentgraphy #ukhuwwahgram #hakhada

Made with Instagram

Istiqomah seperti rumput.

Walau dipijak berulang kali, ia masih mampu bertahan.
Rumput sememangnya lembut, ia melentur apabila dipijak, tetapi akan kembali ke bentuk asal. Cuba kalau rumput tu keras?

Jadi, kelembutan pada rumput sebenarnya adalah satu kekuatan bukan kelemahan. Kita pun begitu, jangan terlalu berkeras. Kita boleh tegas, tapi jangan berkeras.

Rumput juga tidak pernah tumbuh bersendirian. Sekali tumbuh mesti bersama dengan yang lain. Gerak tumbuhnya perlahan tetapi sangat konsisten. Sehari demi sehari tanpa kita sedari seluruh kawasan telah dilitupi. Itulah rahsia rumput, hidupnya sentiasa berjemaah dan istiqomah.

Jadilah seperti rumput.
Dengan hidup berjemaah dan bersikap konsisten, banyak kebaikan yang dapat dibuat. Musuh pun tidak dapat menggugat.

Ya, rumput selalu dipijak tetapi ia tidak dihina. Ia selalu di bawah tetapi ia bukan lemah. Sekalipun lemah lembut, ia tidak musnah walau dipukul ribut.

Wallahhu Ta'ala A'lam

Kata-kata mutiara Ust Jafri

#thedaiegraphy #dakwahmudah #abuhanifah #ukhuwwahgram #ragoclans #istiqomah #ikutcarakita #my_genggua #hakhada #twt_insta #malaysianmuslim #muhasabah #muhasabahdiriku #pahalaproject

Made with Instagram

Ya Allah.
by @lah_ahmad

Ampun aku Ya Allah
Kerana telah jauh dari mu
Himpun aku Ya Allah
Bersama dikasih oleh mu

Namun ku tak upaya
Berada didalam Nerakamu
Namun ku tak upaya
Untuk syurga firdaus mu

Penghujung yang pasti menunggu
Akhirkan aku beriman padamu

Ya Allah Hu Ya Allah
Istajib dua’ ana
Ya Allah Hu Ya Allah
Istajib dua’ ana

Bantu aku Ya Allah
Permudahkan setiap langkahku
Bimbinglah aku tak mampu
Berdiri dan bernafas tanpamu

Cinta hanya untukmu
Cinta hanya milikmu
Ku ingin dan ku memohon
Rahmat mu

Penghujung yang pasti menunggu
Akhirkan aku beriman padamu

Ya Allah Hu Ya Allah
Istajib dua’ ana
Ya Allah Hu Ya Allah
Istajib dua’ ana

Tanpamu Siapalah Aku
Jatuhnya aku Bangunnya Aku

Ya Allah Hu Ya Allah
Istajib dua’ ana
Ya Allah Hu Ya Allah
Istajib dua’ ana

#thedaiegraphy #dakwahmudah #abuhanifah #lahahmad #nasyid #muhasabah #typography #ragoclans #twt_insta #my_genggua #malaysianmuslim #gengdakwah #vscodakwah #hakhada

Made with Instagram

Abu: “Apa maksud Ramadhan kareem?”

Ustaz: “Ramadhan kareem bermaksud Ramadhan yang mulia”

Abu: “Oh ya ke?”

Ustaz: “Aah, jadi bila dengar orang sebut Ramadhan Kareem, kita jawab dengan, Allahhu Akram”

Abu: “Apa pula maksudnya?”

Ustaz: “Maksud Allahu Akram ialah, Allah lebih mulia :)

Selamat bersahur!
Sollu ‘alan nabiyy!

#ramadhan2015 #ramadhan #ramadankareem #thedaiegraphy #dakwahmudah #abuhanifah #usrahsantai #my_genggua #vscodakwah #vscocam #sahur #ikutcarakita #hakhada #ragoclans #malaysianmuslim #youngtalentgraphy #designermuslim #pahalaproject #gengdakwah

Made with Instagram

Ketika berkumandangnya azan, keadaan di pasar, pejabat, terminal serta tempat-tempat lain masih hiruk pikuk dipenuhi umat muslim. Mereka tidak bergegas memenuhi panggilan azan ini, bahkan ada juga yg melalaikan solat 5 waktu. Menunaikan solat tepat waktunya bererti melatih diri utk disiplin.

Bila kita mulai dari disiplin solat, maka kita akan terbiasa melakukan disiplin-displin dlm aktiviti-aktiviti lain. Solat tepat waktu boleh menjadi ukuran disiplin bagi seorg muslim.

Dari Abu Hurairah ra. bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

“… Seandainya orang-orang mengetahui pahala azan & barisan (saf) pertama, lalu mereka tidak akan memperolehnya kecuali dgn ikut undian, nescaya mereka akan berundi. & seandainya mereka mengetahui pahala menyegerakan solat pada awal waktu, nescaya mereka akan berlumba-lumba melaksanakannya. & seandainya mereka mengetahui pahala solat Isya & Subuh, nescaya mereka akan mendatanginya meskipun dgn jalan merangkak. ”(HR. Bukhari).

Keutamaan solat tepat pada waktu juga boleh menjadikan seseorg lembut hati & dikurniakan kesihatan yg baik. Utk solat Isyak Nabi biasa mengerjakannya pada sebahagian besar waktu malam.

“Telah bersabda Rasulullah saw.” Sekiranya tidak memberatkan umatku, tentu aku suruh mereka mengundurkan isyak hingga sepertiga atau seperdua malam. “(HR.Ahmad, Ibnu Majah, Tirmizi).

pesanan dari Khalifah Usman bin Affan ra:

"Org-org yg memelihara solat 5 waktu & mengerjakannya tepat pada waktunya, maka InsyaAllah, Allah akan memuliakan org itu dgn 9 macam kemuliaan:

1. Dicintai Allah
2. Badannya sentiasa sihat
3. Dijaga oleh Malaikat
4. Diturunkan berkah utk rumahnya
5. Mukanya akan kelihatan tanda org yg soleh
6. Allah akan melembutkan hatinya
7. Dapat melalui titian Shiratal Mustaqim seperti kilat
8. Akan diselamatkan dari api neraka
9. Allah akan menempatkannya ke dlm golongan org-org yg tidak takut & tidak bersedih.

#tdg_quotecontest #thedaiegraphy #dakwahmudah #hakhada #ikutcarakita #my_genggua #malaysianmuslim #abuhanifah

Made with Instagram

Apabila jalan dirasa gelap, ketahuilah sinar cahaya masih jauh perlu dikejar.
Allah s.w.t itu tidak jauh daripada setiap hambaNya. Yang menjadikan Allah itu jauh daripada kita ialah diri kita sendiri. Hati yang tidak merasai kewujudan dan rahmat Allah serta kefahaman yang tidak betul terhadap agama selalu menjauhkan perasaan manusia daripada Allah s.w.t.
Sentiasalah bangun, berdoa dan memohon kepadaNya kerana Allah s.w.t itu suka kepada hamba-hamba yang meminta kepadaNya.
Dan yang paling penting, kejayaan kita itu hakikatnya biarlah menyumbang kepada Islam itu sendiri. Jadikanlah diri kita sebagai hamba-hamba yang bersyukur.

Wallahhu Ta'ala A'lam

#abuhanifah #dakwahmudah #thedaiegraphy #hakhada #ragoclans #vscomalaysia #twt_insta #ikutcarakita #my_genggua #muhasabah #malaysianmuslim #positive #youngtalentgraphy

Made with Instagram