malay islamic quotes

“jadilah kamu orang yang baik, bila ada disukai, bila tiada dirindui, bila mati ditangisi, janganlah kamu jadi orang yang jahat, bila ada dibenci, bila tiada disukai, bila mati disyukuri”
-Sayyidina Ali bin Abi Thalib r.a

Jika tak mampu buat kebaikkan, jangan pula lakukan kejahatan. Suatu hari nanti, hidup kita hanya akan jadi kenangan. Oleh itu banyakkanlah berbuat kebaikan agar menjadi seorang yang memberi manfaat kepada orang lain. InshaAllah.

Bila Allah beri rasa untuk buat kebaikan. Tiada alasan untuk kita tangguhkan walaupun seminit.

Kerana, sekali kita tangguh, Bermakna ia akan menjadi berkali-kali.

Bila sampai hari esoknya, Kita akan cakap, “takpelah, esoklah”.

Keesokkanya kita akan kata, “Aku nak mula solat esok.”

Bila esoknya, “Esoklah aku solat, penat sangat ni.”

Dan esok serta esoknya dan esoknya lagi masih beri alasan “ESOK”.

Lalu sampai tiba hari dimana “Esok"nya itu kita didalam kubur. Baru kita menyesal. "Kenapa bukan semalam”?

Nak berubah perlu paksa diri. Hidayah perlu dicari. Bukan tunggu Hidayah datang. Nak berubah perlu buang benda buruk ketepi. Nawaitu nya HATI.

Jika niat itu kerana Allah, InshaAllah pasti tidak akan ada sebarang alasan lagi.

Semoga bermanfaat. Biiznillah.

All that lives on earth or in the heavens is bound to pass away: but forever will abide thy Lord’s Self, full of majesty and glory. (Quran 55:26-27)
___________________________________________

Hey orang muda, jangan sangka matimu tua,
Hey orang tua, jangan sangka tak mati langsung. (Urdu sikit)
-Ustaz Haslin Baharim

Kematian itu sama seperti ujian mengejut.
Jadualnya tidak akan pernah diberitahu.
Kerana jika diberitahu,
ramai orang yang akan kabut untuk lulus ujian. 
Tapi ingat,
Kematian bukanlah ujian yang menguji satu atau dua bahagian,
ia menguji kehidupanmu sahabat.

“(Sebaik-baik orang dalam kalangan kamu) adalah yang mengingatkan kamu kepada Allah bila kamu melihatnya.”

“Yang dapat menambah amal kamu bila ia berbicara. Yang mengingatkan kita kepada hari akhirat dengan amal-amalnya.”

(Riwayat Ibn Abbas).

Ada sahabat di dunia ini yang bila kita bersama dengannya, seringkali mengingatkan kita untuk lebih dekat dengan Tuhan. Mulutnya mungkin tidak pernah berbunyi pun atau berbicara tentang Allah di depan kita, namun amal & akhlaknya menjadi bicara yang paling mengesani hati kita.

Melihat dirinya, membuatkan kita merasa perlu segera bertaubat & mengubah diri kita.

Bergaul dengan dirinya membuatkan kita terasa perlu lebih membaiki sikap & akhlak kita.

Ternampak dirinya melakukan kebaikan, sudah menyebabkan kita terdorong untuk ikut sama melakukannya.

Inilah ciri sahabat yang sebenar, yang mampu menjadi cerminan kepada sahabatnya yang lain, walaupun dengan jarang berbicara.

Tiada gunanya bersahabat kerana urusan keduniaan. Betapa bertuahnya seseorang yang bersahabat kerana Allah yang sentiasa wujud, hidup, & kekal berpanjangan.

Wallahhu'alam.

Salam Maal Hijrah 1436H

“Berhijrah itu tidak susah,
Susah itu hanya dalam fikiran kita.”

Ingatlah ‘Betapa mahalnya Agama nak sampai kepada kita’

semoga Allah beri taufiq dan hidayah yang berpanjangan buat kita.

Semoga segala amalan kita pada tahun ini diterima Allah

Semoga tahun baru akan lebih baik & diberkatiNya.

InshaAllah.