langit ilahi

Cantik itu di wajah atau di hati?
Cantik itu pada warna kulit atau pada peribadi diri?

Ada apa pada rupa
Kalau hati TAK seindah muka

Ada apa pada rupa
Kalau ia bukan untuk DIA

Ada apa pada rupa
Kalau hanya bawa ke arah ZINA

Ada apa pada rupa
Kalau AGAMA entah ke mana


#biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi, yg penting kamu cantik di mata penduduk langit dan Ilahi#

Perkataan cinta menjadi terlalu rapuh nilainya di zaman ini.

Seorang lelaki kadangkala boleh main test-test bercinta sehingga keluar couple dan contact dengan 2-3 orang perempuan. Perempuan pun tidak kurang bezanya.

Main test-test bercinta, kalau tiba-tiba dia letakkan harapan, sang lelaki tak dapat penuhi pula, kan susah tu. Jangan bagi harapan kalau kita saja nak main-main.

Barangkali kerana banyak melayan drama cinta yang tidak berpijak di bumi nyata, akhirnya lahir ramai orang yang angau tetapi tidak fikir panjang dalam bertindak.

Mungkin orang akan bertanya, macam mana nak cari pasangan hidup?

Tak payahlah bermimpi di siang hari macam drama Melayu nak terserempak pasangan di library, terlanggar kemudian buku terjatuh, kemudian tiba-tiba je jatuh hati.

Pertamanya, kita kena tanya diri kita, kita ni betul-betul ke nak ada pasangan hidup? Atau kita nak main-main je? Kalau nak main-main baik kita lupakan saja. Nanti kita akan lukakan hati orang saja.

Keduanya, kalau kita nak pasangan, janganlah membelakangkan agama. Kalau kita angau kuat sekalipun, pastikan agama kita mengawal kita, bukan angau yang kawal kita sampai kita buat perkara yang membelakangkan agama.

Kalau nak menangkan cinta, menangkanlah cinta kepada Allah dahulu. Nanti Allah akan mudahkan jalan cinta kita dengan manusia, InsyaAllah. Jadi orang yang baik dulu, InsyaAllah, ada rezeki juga untuk kita diberikan pasangan yang baik.

Ketiga, tak perlu main test-test.Kalau kita mahukan seseorang, cuba approach family dia atau approach dia melalui jalan orang tengah. Itu lebih selamat dari fitnah dan lebih sederhana. Tanya orang-orang terdekat dengannya macam mana dirinya.

Tak perlulah sembang kononnya keluar couple sebab nak kenal dengan dia. Selalunya yang keluar time couple ni yang manis-manis saja. Sebab itu kita takkan pernah benar-benar kenal dia pun. Hakikat yang perlu kita fahami adalah taaruf (proses perkenalan) dengan pasangan ini berlangsung sampai mati.

Sebab itu, bercintalah dengan akal yang sihat. Jangan membelakangkan iman dan akal fikiran.

Semoga Allah sentiasa memandu kita dalam urusan hidup, dalam urusan cinta kita.

————————–
Sumber : Langit Ilahi

Sampai satu tahap dalam kehidupan kita, akan timbul satu perasaan, iaitu rasa cukup. Apabila kita mula berasa cukup pada diri kita, di situ akan muncul satu lompongan besar yang membawa kepada kerosakan.
Tidak mengapa berasa cukup pada harta dunia. Tetapi amatlah berbahaya apabila kita berasa cukup dengan harta akhirat.
Di sini kita perlu melihat. Betapa pentingnya untuk terus rasa haus dan dahaga dalam kehidupan.
—  Hilal Asyraf
10 Formula Bangun Awal Sebelum Subuh

1.  Niat sebelum tidur bahawa tidur ini adalah ibadah kerana Allah SWT. Setting diminda, bahawa kita ingin bangun awal keesokan harinya. Lebih baik sekiranya kita katakan secara terperinci tentang masa yang ingin kita bangun. Contoh : “ Esok saya akan bangun pada jam 5.30 pagi.”

2.  Biasakan diri berwudhuk sebelum melelapkan mata. Bayangkan inilah wudhuk kita yang terakhir. Kita memyempurnakan wudhuk dengan tertib, tenang dan sesempurna mungkin.

3.  Dirikan solat sunat dua rakaat sebelum tidur. Sebaiknya, solat sunat Taubat. Cantiknya, sebelum tidur kita memohon keampunan serta membersihkan diri daripada dosa-dosa dan kekotoran maksiat kita kepada Allah SWT.

4.  Gunakan alat  bantuan untuk membangkitkan kita daripada tidur. Mohon bantuan ibu bapa, adik-beradik atau kawan-kawan yang ada. Di samping itu, setkan jam loceng atau alarm telefon kita berhampiran dengan kita.

5.  Untuk bangun awal, kita perlulah tidur awal. Tidur yang secukupnya memudahkan kita untuk bangun dengan segar, ceria dan bertenaga.

6.  Bacakan doa sebelum tidur dan bacaan Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas. Hembuskan bacaan tadi ditapak tangan dan sapukan ke seluruh badan. Mohon perlindungan dan pemeliharaan daripada Allah SWT.

7.  Sambil berbaring sebelum terlelap, basahkan bibir dengan zikir memuji dan memuja Allah SWT. Alhamdulillah, Alhamdulilah, Alhamdulillah.

8.  Teruskan dan ulang berkali-kali tips ini jika gagal. Peringkat awal, ia seperti sukar. Lama kelamaan ia akan berputik di hati. Kita akan biasa dengan amalan ini jika ia dilakukan terus-menerus tanpa putus asa.

9.  Jika berjaya, syabas saya ucapkan. Sekarang cabarannya ialah untuk mengekalkan amalan ini dari hari ke hari, minggu ke minggu, bulan ke bulan dan tahun ke tahun. Jadi bagaimana?

10.  Perbanyakanlah berdoa, bermunajat dan merintih kepada Allah SWT agar kita sama-sama istiqamah dan konsisten dengan amalan bangun awal ini. Hasrat dan harapan kita hanya satu agar Allah SWT sayang dan redha kepada kita.

Bila solat hanya dilakukan untuk cukup syarat, selesai saja beri salam terakhir, tanpa luangkan masa untuk berzikir dan berdoa, terus sahaja capai gadget-gadget dunia,
Dimana kita sering letakkan Allah dlm hidup kita ??
—  Langit ilahi
Segala masalah yang kita hadapi, tujuannya adalah untuk memperbaiki diri.
Allah telah menyusun atur kehidupan kita dengan penuh kasih sayang. Maka mana mungkin Dia akan menyusahkan kita tanpa sebab.
Satu musibah mempunyai seribu hikmah, jika kita beriman dengan Allah.
—  Langit Ilahi - Sairi