kssb

New Post has been published on The Rakyat Post BM Version

New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/berita/2014/06/01/terlucut-hak-milik-jika-tanah-diceroboh/

Terlucut hak milik jika tanah diceroboh

External image

SHAH ALAM, 1 Jun:

Kerajaan Selangor  menasihati pemilik tanah persendirian agar memastikan tanah mereka tidak dicerobohi, kerana jika ia berlaku, berkemungkinan besar mereka akan hilang hak pemilikan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri telah memberi ‘lampu hijau’ kepada pejabat daerah untuk mengeluarkan notis rampasan sekiranya didapati tanah milik persendirian diceroboh pihak lain.

“Saya percaya Pegawai Daerah dan Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. akan terus melakukan perkara yang perlu bagi memastikan isu kecurian pasir dan pencerobohan tanah oleh pihak tidak bertanggungjawab dihentikan.

“Saya nak ingatkan pemilik tanah kalau kecurian pasir dibuat atas tanah persendirian, pejabat daerah dibenar keluarkan notis rampasan tanah kerana boleh jadi yang curi (pasir) bukan pemilik, tapi pemilik yang akan hilang tanah,” katanya.

Ketika ditanya mengenai isu kecurian pasir berulang di kawasan Sungai Long, Kajang, Abdul Khalid memberitahu bahawa pihaknya juga akan menangkap sindiket mencuri pasir tersebut selain menyita jentolak yang digunakan untuk tempoh lebih lama dan berkemungkinan tidak dibenar untuk digunakan semula.

Baru-baru ini, media melaporkan kegiatan mencuri pasir di Sungai Long, Kajang masih berleluasa meskipun pasukan petugas khas Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB) seliaan kerajaan Selangor sudah ditubuhkan bagi menangani masalah ini.