ketam

youtube

Hasil nukilan Alif dari Manchester

Seumur hidup saya, tidak pernah saya impikan untuk dapat benda yang paling baik dan paling mahal yang ada di dunia ini sbb logically ianya mustahil. Tapi ada offer yang kata kita boleh dapat itu semua, malah lebih baik itu. Itulah offer yang nabi guarantee sperti mana sabdanya:

“Demi Allah, jikalau Allah memberikan petunjuk kepada seseorang disebabkan kamu, maka itu lebih baik untukmu daripada unta-unta merah.” Hadith muttafaq alaih.

Ahad lepas, saya berpeluang untuk turut serta dalam ‘Street Dakwah’ di Liverpool anjuran seorang brader MAB, Usamah namanya. Hampir setiap minggu, brader Usamah ni akan buka table di sekitar perkarangan Primark untuk menyampaikan article-article berkaitan the purpose of life. Dan selalunya, abg Remy yang kita semua kenal akan ke’sempoi’annya akan setia ikhlas membantunya.

Pagi itu, saya terasa sgt malas utk turut serta sbb workloads yang sgt banyak. Namun atas pujukan King dan janjinya yang kami akan balik ke Manchester sejurus selepas zohor, saya pon on. Azam drive kami ke sana, about 40 minutes je dari Manchester. Sampai je kat Saxony Road (rumah ikhwah Liverpool) kami dapat text dari Remy, informing us that the street dakwah mungkin dibatalkan sebab hujan yang sgt lebat. Huh, lega, boleh balik awal. Sebelum berangkat pulang ke Manchester, Hakim sempat menjamu kami nasi goreng yang dia masak utk adik-adik usrahnya.

X lama selepas itu hujan mulai reda. Kami dapat text dari Remy. Remy kata street dakwah on. Kami pon bergegas ke Liverpool city centre. Di sana we met brader Usamah and at that time he was alone, giving away as many leaflets as he can. Before kami mula, Remy yg dah 10 kali join brader Usamah bagi briefing sket kat kami bagaimana nak mulakan perbualan dgn target group sambil edarkan leaflet. Kami disuruh berpecah ke kawasan yang berhampiran utk edarkan leaflet. Tapi saya stay di table sbb masih x yakin utk memulakan langkah pertama.

Then I saw a makcik, sitting alone while watching people passing by. Saya datang ke arahnya dan minta izin utk duduk di sebelahnya. Saya bertanya kabar dan memperkenalkan diri. Ini steps yang saya belajar ketika mengikuti satu dakwah training ‘Call of Duty’ anjuran IERA. Saya hulurkan leaflet yang ada di tangan saya kepadanya tapi dia dah pon dapat, Amir bagi. Saya mula bertanya kepadanya tentang tuhan and as she replied, makcik ni percaya akan wujudnya tuhan, dan dia percaya bahawa tuhan tu satu, bukan 3, bukan banyak. Kiranya fikrah dia tentang tuhan tu dah settle. Suddenly dia kata yang dia x tau nak buat apa dgn tuhan yang dia percaya, memang nampak iras wajahnya dan body languagenya yang dia betul2 x tau. Kat sinilah saya cucuk dia dgn persoalan tujuan hidup kita as a servant of allah. Sampailah keluar kata-kata ni dari mulut dia: “I have no idea why I sit here at the first place but now I know. God wants to send somebody to explain this to me, and he sends you”. Saya tergamam, meremang bulu roma beb. Masyaallah. Saya terus lost, x tau nak cakap apa dah. Cetek giler skill utk dakwah to non-muslim ni. Saya pon panggil brader Usamah utk one to one talk dgn Lea. Btw, nama makcik tu Lea.

Then saya pergi ke arah Hakim, yg mana dia tgh borak dgn sorang lagi makcik. Tapi makcik ni berbeza. She admitted that she is a cristian tapi bersangka buruk dgn tuhan. dia kata dia x percaya kat tuhan sbb tuhan biarkan saja org hidup merana, kanak-kanak been abused, terrorism berleluasa. One thing yang menarik is dia addressed tentang social problem yang berlaku dalam masyarakat hari ni, specifically sikap tamak dan sex. Dia kata 2 benda ni la yang jadik sources kepada problem masyarakat hari ini. Huh, sangat susah utk conviencekan makcik ni tentang tuhan. Kita cakap dua patah, dia bantai kita balik sampai saya give up. Saya fikir, “better aku pegi approach orang lain rather than layan org macam ni”. Tapi Hakim x mudah menyerah kalah, dia terus sabar dok dengar celoteh makcik ni.

Tiba-tiba, brader Usamah panggil saya, minta saya lead Lea utk ucap syahadah. Saya tergamam sekali lagi. Masyaallah subhanaallah. Saya panggil remy, minta dia utk ajar syahadah kat Lea. I stood close to Lea. Once dah selesai, Lea rasa sgt gembira sampaikan dia bangun utk peluk saya. Saya tergamam dua kali lagi..haish. Bila makcik Lea sedar yang dia terover excited, dia duduk balik. I asked her about her feeling. She said she feel free.
Then I said to her, “in islam, there is this one concept, we call it brotherhood or sisterhood. Now, you are my sister and I am your brother”. Menitis air matanya bila dengar saya cakap begitu. Then saya tanya dia kenapa dia nangis, n dia bisik kat telinga saya, “I don’t want to be alone anymore”. T_T

At the same time, brader Usamah tgh conviencekan makcik sorang lagi utk masuk islam dan alhamdulillah terbuka juga hatinya utk menjadi muslim.
Alhamdulillah, Alhamdulillah 1x10^1000000. Itulah saat dan hari yang paling menggembirakan bagi kami. For me personally, ada satu rasa lain yang dapat saya rasa dalam diri saya, satu rasa keinsafan yang mana allah kurniakan utk saya bersyukur kepadanya. I thank allah sbb bagi kami peluang utk melalui pengalaman yang x ternilai harganya sbb kalau dulu, just tengok orang masuk islam kat masjid or kat youtube, tapi kali ni kami sendiri merasai peluang membawa orang lain mencari hidayahNya. Satu perasaan dan pengalaman yang tiada tolok bandingnya. Masyaallah.

Moga allah terima amal-amal kita dan doa-doa kita.
Moga allah ampunkan dosa-dosa kita dan letakkan kita dalam kalangan org yang soleh.  

instagram

from #kitchen with love
#crab #ketam (at Taman Puncak Jalil, Bkt Jalil)