kastam

New Post has been published on The Rakyat Post BM Version

New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/04/15/saya-sedia-dibantai-lima-bulan-setengah-lagi-ahmad-maslan/

“Saya sedia dibantai lima bulan setengah lagi,” - Ahmad Maslan

PUTRAJAYA, 15 April:

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan mengakui dirinya bukanlah seorang yang popular dan paling dibenci apabila dikaitkan dengan cukai kontroversi, iaitu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Menurut Ahmad, beliau bersedia dari aspek mental dan juga fizikal untuk terus dikecam berhubung pelaksanaan cukai baru ini yang menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

“Saya bersedia untuk dihentam selama enam bulan sebab kastam janji GST stabil dalam masa enam bulan, dan saya harap GST boleh stabil dalam masa tiga bulan.

“Secara mental dan fizikal saya bersedia untuk terus dibantai lima bulan setengah lagi,” katanya ketika diminta mengulas berkenaan kecaman hebat yang diterima beliau dari banyak pihak berhubung kenyataannya sebelum ini.

Beliau berkata demikan di dalam satu sidang media di majlis perasmian Penerangan GST, Bajet dan Isu-isu Semasa di sini hari ini.

Susulan daripada kecaman yang diterima dirinya, beliau berkata tiada sebarang tindakan undang-undang yang akan diambil.

Sebaliknya, beliau memilih untuk berlapang dada dan memaafkan pihak-pihak yang mengecam dirinya susulan cukai tersebut.

Majlis berkenaan juga dilihat menjadi medan buat Ahmad untuk menjelaskan kecaman-kecaman beliau yang diterimanya.

Ini termasuk berkenaan kenyataannya di Universiti Teknologi MARA (UiTM) baru-baru ini yang menyarankan pelajar memasak bagi mengurangkan kos dikenakan GST.

“Di UiTM saya berucap 2 jam 45 minit, saya tak cakap pelajar disaran memasak, tapi saya cakap kalau kita masak sendiri, barangan yang kita beli untuk memasak tidak dikenakan GST.

“Saya tahu tak boleh masak di hostel, anak saya belajar di UiTM tiga tahu sebelum pergi ke UK, itu sebab saya kata rakyat Malaysia ini emosional,” jelas Ahli Parlimen Pontian itu.

Beliau menambah, dirinya yakin dengan apa yang dilaksanakan kerajaan selama ini memandangkan cukai terbabit baik untuk rakyat Malaysia.

Malah beliau akan kekal berada di barisan hadapan bagi memberikan penjelasan berhubung GST bagi memastikan maklumat yang tepat sampai kepada rakyat.

“Saya yakin GST lebih bagus dari SST, ini bagus untuk rakyat, peniaga dan juga kerajaan. Moral saya tidak turun, kalau turun saya tidak akan hadir majlis-majlis, tidak akan ke Permatang Pauh selepas ini dan ke Rompin esok.

“Saya akan terus menjelaskan dan memberi penjelasan kepada semua,” tambah beliau lagi.

New Post has been published on The Rakyat Post BM Version

New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/03/27/kerajaan-masih-belum-sedia-untuk-gst-pkr/

Kerajaan masih belum sedia untuk GST - PKR

KUALA LUMPUR, 27 Mac:

Kerajaan dilihat masih belum bersedia untuk melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dijadualkan bermula 1 April ini.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar dalam satu kenyataan berkata, parti itu telah menyuarakan kebimbangan berhubung GST terhadap ubat-ubatan dan buku, sejak November tahun lalu, namun gagal mendapat perhatian kerajaan.

“Setelah diasak bertalu-talu dan ditekan, termasuklah menerusi penyertaan 100 warganegara Malaysia yang membuat aduan di kaunter awam Pejabat Kastam Kelana Jaya, pada 23 Mac lalu, Kementerian Kewangan akhirnya menambah senarai barangan dan perkhidmatan yang dikecualikan cukai di bawah GST.

“Ternyata, kita mengalu-alukan keputusan kerajaan yang memperluaskan GST pada kadar sifar, yang dahulunya hanya tertakluk kepada buku tertentu, seperti buku latihan, kamus, buku teks, buku rujukan, kitab agama, surat khabar, termasuk versi elektronik, buku bergambar, buku lukisan dan buku warna kanak-kanak yang diumumkan sebelum ini, kini dikadarsifarkan buat semua jenis bahan bacaan.

“Saya juga mengalu-alukan keputusan meluaskan skop ubat-ubatan yang berkadar sifar di bawah GST, walaupun saya ingin menggesa kerajaan untuk mengkadarkan sifar terus kesemua perkhidmatan, ubat dan juga peralatan kesihatan, untuk tidak menambah beban rakyat,” ujarnya.

Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai turut mempersoalkan sama ada kerajaan sudah bersedia melaksanakan cukai berkenaan, susulan pengumuman di saat-saat akhir.

“Kerajaan dan pihak Kastam punyai lebih enam tahun masa persediaan bagi menilai impak sosial dan merancang pelaksanaan GST.

“Malangnya, enam hari sebelum pengenalan GST, senarai pengecualian masih belum dimuktamadkan.

“Apakah pampasan dapat diberikan kepada syarikat penerbitan – sama ada berskala kecil atau besar, yang sudah membuat pembelian stok barangan sudah bercukai dalam senarai terdahulu?

“Ternyata, kegagalan Jabatan Kastam menjawab persoalan rakyat mencalar kewibawaan dan kesediaan kerajaan dalam memperkenal cukai baru kelak.

“Lebih malang, apabila soalan tidak terjawab dan mereka yang menyoal, dikasari dan ditangkap, kemudiannya didakwa,” katanya.

Semalam, Kementerian Kewangan menerusi satu kenyataan mengumumkan, kadar sifar ke atas buku diperluaskan kepada semua jenis bahan bacaan.

Selain buku, ubat-ubatan yang tidak dikenakan GST di bawah Senarai Ubat-Ubatan Penting Nasional juga diperluaskan daripada 2,900 kepada 4,215 jenama ubat.

Kastam KL Sasar 40,000 Individu, Syarikat Daftar GST

Kastam KL Sasar 40,000 Individu, Syarikat Daftar GST

PETALING JAYA – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menyasar sebanyak 40,000 individu yang menjalankan perniagaan dan syarikat mendaftar bagi Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sehingga 30 September ini.

Pengarahnya, Datuk Mohd Isa Endot, berkata pendaftaran awal itu bertujuan membolehkan syarikat perniagaan di sekitar Kuala Lumpur diberikan pendedahan dan…

View On WordPress

New Post has been published on The Rakyat Post BM Version

New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/04/09/pelaksanaan-gst-makin-stabil-kpdnkk/

Pelaksanaan GST makin stabil – KPDNKK

PUTRAJAYA, 9 April:

Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sejak 1 April lalu didapati semakin baik dari hari ke hari, kata Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Alias Ahmad.

Beliau berkata negara lain memerlukan masa untuk stabil.

“Sebagai contoh Australia memerlukan setahun, Singapura lebih lapan bulan. Negara Asia dan Latin memerlukan masa antara setahun hingga 18 bulan untuk pelaksanaan GST stabil di negara masing-masing.

“Di Malaysia pada hari kelapan, saya dapati GST bertambah baik,” katanya pada sidang media bersama Pengarah Bahagian GST Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Datuk T.Subromaniam di Kementerian Kewangan di sini hari ini.

Katanya walaupun terdapat sedikit masalah pada peringkat permulaan, pihak Kastam dan KPDNKK sentiasa bekerjasama dengan agensi lain untuk mengambil tindakan susulan.

“Ini tidak bermakna KPDNKK selesa dengan keadaan itu. Tugas dan tanggungjawab kementerian adalah memastikan pelaksanaan GST memberi impak yang positif bukan sahaja kepada pengguna tetapi kepada peniaga itu sendiri. Ini adalah hasrat dan tujuan kerajaan,” kata Alias.

Mengenai caj perkhidmatan, beliau berkata lapan notis dikeluarkan semasa 141 pemeriksaan berkaitan caj perkhidmatan dijalankan di seluruh negara semalam.

“Pengguna yang tidak berpuas hati dengan peniaga yang mengenakan caj perkhidmatan boleh membuat aduan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia di bawah KPDNKK. Pengguna yang sudah bayar caj perkhidmatan pun boleh mengadu,” katanya.

Beliau berkata, premis perniagaan yang mengenakan caj perkhidmatan perlu menjelaskan asas mereka mengenakan caj perkhidmatan.

“Dalam semangat perjanjian bersama antara majikan dan pekerja, caj perkhidmatan perlu sampai kepada pekerja,” katanya.

Alias berkata, jumlah kumulatif aduan berkaitan antipencatutan GST yang diterima KPDNKK bermula 1 sehingga 8 April adalah sebanyak 3,641 aduan.

Sementara itu, Subromaniam ketika menyentuh mengenai isu GST ke atas kad tambah nilai prabayar telefon bimbit, berkata pihak Kastam akan mengadakan pertemuan dengan syarikat telekomunikasi untuk membincang dan mencari penyelesaian berhubung isu itu.

Beliau ditanya tentang kedai yang tidak berdaftar GST tetapi mengenakan GST ke atas kad tambah nilai prabayar yang dijual mereka

Kastam Johor Gagalkan Penyeludupan 155,000 Bungkus Rokok Putih

Kastam Johor Gagalkan Penyeludupan 155,000 Bungkus Rokok Putih

JOHOR BHARU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia Johor berjaya menggagalkan penyeludupan masuk 155,000 bungkus rokok putih selepas menahan seorang pemandu lori di FELDA Tenggaroh, dekat Mersing, dua hari lalu.

Pengarah Kastam Johor, Datuk Ramli Johari, berkata lelaki berusia 40-an yang sedang memandu lori berkenaan menghala ke jalan utama Kota Tinggi-Mersing ditahan pada kira-kira jam 1.45 pagi oleh…

View On WordPress

New Post has been published on The Rakyat Post BM Version

New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/04/03/kastam-tidak-harus-kompromi-dengan-syarikat-telco-ketua-pemuda-gerakan/

Kastam tidak harus kompromi dengan syarikat Telco - Ketua Pemuda Gerakan

KUALA LUMPUR, 3 April:

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) tidak seharusnya berkompromi dengan syarikat-syarikat telekomunikasi dan memegang janjinya dengan tidak mengenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada kad tambah nilai prabayar.

Menurut Ketua Pemuda GERAKAN, Tan Keng Liang, kastam sewajarnya tidak membelakangi dan mengubah keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan semalam.

“Seharusnya arahan kerajaan yang mana GST tidak boleh dikenakan ke atas kad tambah nilai prabayar mesti dipatuhi oleh syarikat-syarikat telekomunikasi,” katanya satu kenyataan hari ini.

Tambah Keng Liang lagi, beliau turut mempersoal bagaimana syarikat-syarikat telekomunikasi berkenaan perlu diberikan pengecualian.

Jelasnya, JKDM sepatutnya mengenakan tindakan kepada syarikat-syarikat tersebut sekiranya enggan mematuhi arahan yang dibuat oleh kerajaan tersebut.

Semalam, syarikat-syarikat telekomunikasi memberitahu mereka akan tetap mengenakan caj enam peratus GST pada kad tambah nilai prabayar berkuat kuasa serta-merta.

Pengarah Bahagian GST JKDM, Datuk  T. Subromaniam berkata keputusan itu dicapai menerusi perbincangan antara ketua eksekutif syarikat telekomunikasi, JKDM dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada Khamis.

Bagaimanapun, pelanggan akan ditawarkan tambahan kredit masa berbual dan khidmat pesanan ringkas (SMS) pada kadar nilai melebihi cukai enam peratus.

Serah Kereta Langkawi Overstay Sebelum Dirampas

Serah Kereta Langkawi Overstay Sebelum Dirampas

PETALING JAYA – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menyeru pemilik-pemilik kenderaan termasuk pegawai-pengawai penjawatan awam agar tampil menyerah kenderaan dari Langkawi yang berada di luar pulau itu melebihi tempoh ditetapkan (overstay/fraud) sebelum tindakan diambil.

Pengarah Kastam Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd Isa Endot berkata, amaran itu diberikan sebelum tindakan tegas dan lebih…

View On WordPress

Watch on kamaluddinidrus.tumblr.com

Seorang Maut, Empat Pegawai Kastam Parah Dalam Nahas di Marang (video)

MARANG: Seorang lelaki maut selepas kenderaannya bertembung kereta Proton Waja yang dinaiki empat pegawai Kastam dalam nahas di Kilometer 47, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di Kampung Pasir Puteh dekat sini, petang ini.

New Post has been published on The Rakyat Post BM Version

New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/04/02/isu-kad-prabayar-pengguna-boleh-dapat-kembali-wang/

Isu kad prabayar: Pengguna boleh dapat kembali wang

KUALA LUMPUR, 2 April:

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tidak akan bertolak ansur dengan peniaga yang gagal mematuhi pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang bermula semalam.

Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek berkata pemantauan yang dibuat bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) tidak akan menerima alasan peniaga yang kononnya masih tidak memahami pelaksanaan GST ini.

Menurutnya, tindakan penalti, denda, rampas barang dan membawa kes ke mahkamah akan dikenakan kepada peniaga yang masih berdegil.

“Pemantauan KPDNKK dan JKDM dalam dua hari ini melihat peniaga memberikan kerjasama yang baik dan mematuhi perkara yang sepatutnya dalam GST.

“Kami percaya sekiranya perkara ini berterusan, hasrat Perdana Menteri yang mahukan GST memberi keuntungan kepada rakyat dapat direalisasikan,” katanya kepada media selepas upacara penyerahan prosedur standard operasi (SOP) JKDM dengan KPDNKK di Mid Valley di sini.

Beliau ketika ditanya tindakan yang akan dikenakan terhadap 7 Eleven dan KK Mart semalam selepas mengenakan cukai GST terhadap kad prabayar dan surat khabar berkata, pengguna yang terlibat boleh mendapatkan kembali wang mereka.

Menurutnya, kerajaan bertimbang rasa dengan keadaan ini selepas kedua-dua kedai tersebut itu memohon maaf.

“Pemeriksaan pegawai mendapati memang berlaku perkara tersebut dan mereka mengakui kesalahan serta sanggup mengembalikan wang pelanggan.

“Kami akan terus menyiasat perkara ini dan pengguna boleh mendapatkan wang mereka di kedua-dua kedai itu,” katanya.

Hasan berkata, pengguna perlulah membantu untuk menyalurkan maklumat sekiranya terlibat dan melihat pemilik premis yang mengenakan cukai terhadap barang yang tidak sepatutnya.

Menurutnya, resit pembayaran perlu disimpan kerana ianya menunjukkan pembayaran dan cukai yang dibayar.

“Rakyat ada banyak pilihan untuk membuat aduan dan ini penting supaya tindakan dapat diambil di peringkat akar umbi,” katanya.

Katanya, lima mahkamah khas ditubuhkan mengikut zon timur, utara, selatan tengah, Sabah dan Sarawak untuk membicarakan kes Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan ini.

Kastam Berdepan 2 Ancaman Utama, Ekonomi & Jenayah

Kastam Berdepan 2 Ancaman Utama, Ekonomi & Jenayah

KOTA KINABALU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) kini berdepan dengan dua ancaman utama iaitu ekonomi dan jenayah yang membabitkan penguatkuasaan undang-undang sedia ada.

Pengarah JKDM Sabah, Datuk Dr Janathan Kandok berkata ancaman ekonomi melibatkan masalah penyelewengan dan penyeludupan barangan manakala ancaman jenayah pula membabitkan peruntukan mengikut Akta Dadah Berbahaya selain…

View On WordPress