hrabove

Jerzy Dyczynsk ® and Angela Rudhart-Dyczynski from Australia react as they arrive on July 26, 2014 at the crash site of the Malaysia Airlines Flight MH17 to look for their late daughter Fatima, near the village of Hrabove (Grabovo), in the Donetsk region. Ukraine sought on July 25 to avoid a political crisis after the shock resignation of its prime minister, as fighting between the army and rebels close to the Malaysian airliner crash site claimed over a dozen more lives. Dutch and Australian forces were being readied on July 26 for possible deployment to secure the rebel-held crash site of the Malaysia Airlines flight MH17 in east Ukraine where many victims’ remains still lie nine days after the disaster claimed 298 lives. AFP PHOTO/ BULENT KILIC

Ukraine update

Today, approximately at 4 P.M. a passenger plane “Malaysia Airlines” has been shot down by the terrorists in Donetsk oblast’

It crashed near Hrabove, which is a territory, currently under control of the terrorists.

About 280 passengers + 15 crew had lost their lives.

My family and I would like to express our deepest condolences to the families and friends of those, who were on board of that plane.

New Post has been published on The Rakyat Post BM Version

New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/global/2014/11/17/mh17-video-pesawat-terhempas-dirakam-penduduk/

MH17: Video pesawat terhempas dirakam penduduk

HRABOVE, 17 November:

Sebuah video amatur memaparkan saat awal pesawat MH17 yang sedang terbakar setelah terhempas akibat ditembak jatuh di kawasan perkampungan timur Ukraine.

Insiden ini menarik perhatian orang awam untuk menghampiri kawasan kejadian yang pada mulanya menyangkakan ia pesawat tentera negara itu.

Video amatur yang diambil sendiri oleh penduduk di Hrabove, menunjukkan bagaimana penduduk bergegas ke bangkai pesawat yang sedang terbakar hanya beberapa meter jaraknya dari rumah mereka pada tengah hari 17 Julai itu.

Kemungkinan, tragedi itu merupakan rakaman pertama diambil sebaik saja pesawat MH17 terhempas.

https://www.youtube.com/watch?v=uK76aZ4vku0

Ketika punca tragedi MH17 masih menjadi bahan perbalahan antarabangsa, Ukraine dan kerajaan di barat mendakwa ia ditembak jatuh oleh puak pemisah pro-Russia manakala stesen televisyen Russia di Moscow sejak minggu lalu menayangkan apa yang mereka dakwa bukti baharu pesawat MH17 sebenarnya ditembak jet pejuang tentera udara Ukraine.

Semua 298 orang di dalam pesawat Boeing 777 yang terbang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu terkorban apabila ia ditembak jatuh di kawasan yang dikuasai pemisah Ukraine.

Jenazah dan bangkai pesawat bertaburan di kawasan seluas sehingga 20 kilometer persegi (8 batu persegi).

Dalam video yang diperoleh, penduduk perkampungan Hrabove didengar bertanyakan nasib juruterbang berkenaan.

Seseorang didengari berkata: “Dan di mana pula juruterbangnya?”

Seorang lagi menjawab: “Tiada siapa yang mengetahuinya?”

Satu lagi perbualan kedengaran mereka saling bertanya sama ada lebih dari satu pesawat telah terhempas kerana terdapat terlalu banyak serpihan dan sisa.

Beberapa orang di sekeliling mereka dengan pantas menjawab bahawa hanya satu pesawat terhempas.

MH17 report by Dutch Safety Board

MH17 report by Dutch Safety Board

sentinelrepublic-Members of the Ukrainian State Emergency Service search for bodies in a field near the crash site of the Malaysia Airlines Flight MH17 near the village of Hrabove (Grabove), in Donetsk region on July 26, 2014.
“They are seeking to find a mechanism to deal with criminal accountability in relation to the downing of the aircraft”, he said, adding that it’s a joint proposal by…

View On WordPress

New Post has been published on The Rakyat Post BM Version

New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/berita/2014/07/21/pemisah-prorusia-simpan-kotak-hitam-mh17/

Pemisah proRusia simpan kotak hitam MH17

DONETSK, 21 Julai:

Pekerja penyelamat menemui pita rakaman dari tempat nahas MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine tetapi diambil dan disimpan kumpulan pemisah proRusia.

Sebuah video yang dikatakan dirakam pada Jumaat dikeluarkan oleh perkhidmatan keselamatan Ukraine semalam, menunjukkan pekerja di kawasan nahas seluas 25 km/persegi menemui apa yang dipercayai “kotak hitam” dari bangkai pesawat Malaysia MH17.

Rakaman itu dibuat di ladang gandum di Kampung Hrabove. Seorang pencari dari Kementerian Kecemasan Ukrain menemui kotak rakaman data-penerbangan berwarna jingga dan menyerahkannya kepada rakan sekerja.

Ketua pemisah, Aleksander Borodai pada Ahad berkata anak buahnya menyimpan alat itu di Donetsk sehingga pakar mengesahkan ia adalah perakam penerbangan pesawat berkenaan.

“Kami menyimpan kotak itu sehingga ia disahkan oleh Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), barulah kami akan menyerahkan perakam berkenaan,” kata Aleksander, lapor Al-Jazeera.

Timbalan Perdana Menteri Ukraine Volodymyr Groysman berkata kerajaan tidak terperanjat sekiranya pihak penentang menyimpan kotak rakaman berkenaan.

“Kami sudah menjangkakan mereka menyimpan (kotak hitam). Sejak beberapa hari lepas sukar untuk kami memastikan apa yang berlaku kepada kotak-kotak hitam ini,” kata Volodymyr.

Kumpulan pemisah proRusia juga berkata mereka menyimpan lebih 200 mayat yang ditemui di kawasan nahas dalam kereta api.

Pada Ahad, agensi berita berkata tiada mayat dibiarkan di kawasan nahas, sehari selepas agensi berita Associated Press melaporkan askar pemisah membawa pergi mayat dalam beg hitam menggunakan trak.

Tiada askar pemisah yang dilihat lagi di kawasan nahas.

Wartawan Al Jazeera, Nazanine Moshiri yang melaporkan dari kawasan nahas berkata, pemerhati dari badan keselamatan Eropah, OSCE berada dekat stesen kereta api di mana mayat-mayat disimpan di dalam gerabak beku, tetapi mereka tidak dibenarkan masuk ke dalam gerabak untuk melakukan pemeriksaan.

“Kami menunggu untuk mengetahui ke mana destinasi kereta api itu. Kami difahamkan ia akan ke kawasan yang dikawal kerajaan Ukraine,” katanya.