hassan al banna

kuat.

Untuk yang pernah jatuh, jatuh dari apa-apa pun, mari kita sama-sama kuat. Jatuh seribu kali, bangun juga perlu seribu kali. Sekalipun, kau berdiri bangun penuh luka, sekurangnya kau bergerak meninggalkan tempat penuh duri.

Bak kata Kak Farah,
Jatuh bangun manusia mungkin tak mampu difahami manusia yang lain.
Kerana jatuh bangun itu bukan untuk mereka.
Maka, ajarkan hatimu;
‘Tak apa, teruskan mencuba.’
Seribu kali, sejuta kali pun,
Keep breaking, keep being fixed.
Break again, being fixed again.

It’s okay.
It will be okay.

Kata Hassan al Banna;
Dakwah itu satu perjuangan.
And it’s not only your life that you put at stake.
So, even if you have to drag your feet and walk,
You’ll do it.
And somewhere along those lines,
He’ll give you a smile, as a gift.

Allah,
I beg for strength to hold on.
Because none of it is mine to begin with.
With patience and prayers,
I’ll get Home soon won’t I?

Jika pada hari ini kita hidup untuk diri kita sendiri, nescaya jalan yang kita lalui amat sempit dan singkat sekali.

Namun jika hari ini kita hidup untuk orang lain demi sebuah aqidah dan perjuangan (Islam), maka jalan yang bakal kita lalui luas terbentang dan jauh untuk kita lalui.

—  As-Syahid Imam Hassan Al-Banna رحمة الله تعالى

anonymous asked:

Sis who is Zaynab al Ketab? Baraka'Allahu feeki

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Umm Ismail Zainab Al-Kateb who is a female student of knowledge. She is in fact one of the students of Sh. Hassan Abdul Wahhab Al Banna.

She also has recommendations and authorisation to teach from Shaykh Hassan AbdulWahab Al Banna (hafidhahullah). She also studied under the Shaykh Adel Al Sayed (حفظه الله).

🌷

Cinta di rumah Hassan Al Banna

Ini adalah rumusan dari bacaan buku Cinta di Rumah Hassan Al Banna karangan Muhammad Lili Nur Aulia..berikut adalah isi2 penting yg boleh dijadikan teladan dan diamalkan kelak inshaa Allah..
Praktik tarbiyah imam syahid Hassan Al-Banna (Ishab) kpd anak2nya

1) Makan bersama yang menjadi prioritynya
-walaupun sibuk dengan aktiviti dakwah,beliau masih cuba untuk meluangkan masa makan bersama keluarganya.

2) Tiada suara keras di rumah
-Ishab tidak meninggikan suaranya terhadap anak2nya..kalau ada kesalahan ada cara hikmahnya untuk menegur mereka.

3) Masa yang singkat tp cukup berkualiti
-dengan kesibukan berdakwah di luar..Ishab masih sempat meluangkan masa yang cukup singkat dgn anak2nya..cukuplah hanya 2 jam tp sudah cukup memuaskan mereka.

4) Pemantauan rapi
-Ishab menyediakan satu map/file bagi setiap seorg anak2nya..
-tahu apa details dlm setiap file itu??
-antara poin penting yg terkandung adalah seperti;

1-DOB
2- sijil lahir
3-schedule pemberian ubat dan makanan
4-surat keterangan doctor
5-keterangan atau catatan ttg condition sakit secara details.
6-ijazah anak2
7-catatan prestasi anak2 di sekolah
8-lain2

5) Membuatkan setiap anaknya merasakan diri mereka adalah no 1 dlm hati org tuanya

-Ishab sanggup setiap hari menghantar bekalan ke sekolah buat salah seorg anak nya ,Roja (pd ketika itu baru 5 tahun)
-sehingga dewasa Roja masih merasa kasih2 syg ayahnya itu.

6) Ambil berat keperluan rumah
-Setiap awal bulan Ishab akn membayar pd salah seorg ikhwan bg menyediakan bekalan rumah tangga..tidak pernah ketinggalan pon beliau terlupa akan keperluan rumah .

7) Hasilnya,anak2 menuruti tanpa harus diperintah
-berikan cinta sepenuhnya tanpa henti dan berubah meskipun kadang2 anak2 ini tidak menyenangkan kita.

8) Menasihati tidak secara langsung
-Cara didikan Ishab samada teguran yang lembut (dgn menjelaskan kesalahan mereka dan membimbing apa yg benar) atau pun melalui qudwah or secara tidak langsung
Contohnya: Saiful Islam (anak lelaki Ishab) suka membaca komik..tp Ishab x pernah tegur..cuma beliau membeli buku2 kisah para sahabat buat Saiful..setelah itu,Saiful sendiri yg meninggalkan bacaan komik itu..

9) Semai cinta dgn contoh langsung

-beri arahan,nasihat,memerintah,melarang tidak cukup dlm mendidik anak2..the best is dgn tanamkan nilai dalam jiwa melalui praktikal.

10) How to spend??
-Ishab menyediakan wang kpd anaknya melalui 3 kategori..

1-wang harian
2-wang mingguan
3-wang bulanan

Wang yg diberi agak besar kerana Ishab ingin beri kepuasan pada mereka kerna perasaan seorang anak tidak mendapat sesuatu itu baginya sangat sulit. Sungguh pun begitu..amalan menabung tidak diamalkan selalu sebab sejak dari kecil Ishab telah mendidik mereka supaya berINFAQ selalu..lebihan duit samada dgn mbeli buku2 utk diletakkan di perpustakaan kecil mereka atau utk di infaqkan..

11) Berinteraksi secara wajar dgn lingkungan
-tidak membataskan lingkungan pergaulan anak2 iaitu mereka dibiarkn turut berkawan dengan jiran tetangga yg different background.
-memanglah kalau kita hanya membataskan pendidikan dan pergaulan mereka itu akan menghasilkan insan yg soleh dari segi peribadi,tetapi mereka tidak soleh dari segi social..namun dlm soal musuh moral dan anasir jahat di luar,ibu bapa harus memantau dengan rapi dan pada masa yg sama memberi tarbiyah yg rabbani buat mereka di rumah.

12) Menemani anak2 bermain
13) Memberi hukuman
-Ishab turut memberi hukuman kpd anak2nya sebagai pengajaran..tapi bukanlah yg keras,malah sangat lembut fizikalnya..hanya cukup sekadar menyedarkan anak2 akan kesalahan mereka.

14) Teman belajar dan diskusi
-Ishab sgt menekankan sudut pendidikan..jika ada subjek yg anaknya lemah,beliau akan mengajarkan anaknya,ataupun menggunakan apa2 pendekatn bagi memantapkan pemahaman mereka..

Wallahua'lam..ini saja yg dpt saya simpulkan..moga sama2 dpt amalkan inshaa Allah.. 😊😊😊

11. KEWAJIPAN

Wahai saudaraku;
Berimanlah kepada Allah, berbanggalah dengan mengenali dan bergantung kepadaNya. Janganlah kamu takut dan gerun selain dari-Nya. Tunaikanlah segala kewajipanNya dan jauhilah larangan-Nya. Berakhlaklah dengan akhlak yang mulia dan sempurna.

Jadilah orang-orang yang mantap dengan akhlak, mulia dengan apa yang dikurniakan oleh Allah kepada kamu iaitu kemuliaan orang mukmin dan orang-orang yang bertakwa.

Tatapilah dan kajilah al Quran. Bincanglah Sirah Nabimu. Jadilah orang yang beramal dan bukannya orang yang suka bercakap dan berdebat. Bila Allah memberikan hidayat kepada seseorang, maka diberinya ilham untuk beramal. Sesuatu kaum itu tidak sesat selepas mereka mendapat petunjuk kecuali orang-orang yang suka berdebat.

Kasih mengasihilah di antara kamu dan jaga serapi-rapinya ikatan kamu kerana ia merupakan rahsia kekuatan kamu dan tunjang kejayaan kamu. Tetapkanlah diri kamu sehingga Allah membuka di antara kamu dan kaummu dengan kebenaran. Dialah sebaik-baik pembuka.

Dengar dan patuhlah kepada pemimpin kamu di masa susah dan senang, ketika segar dan lesu. Mereka adalah simbol fikrah kamu dan penghubung di antara kamu. Selepas itu tunggulah kemenangan dan sokongan dari Allah.

Peluang tetap akan datang dan janganlah ragu.

Pada hari itu orang-orang mukmin akan merasa gembira dengan pertolongan Allah. Allah akan menolong sesiapa yang dikehendakinya. Dia Maha Berkuasa lagi Penyayang (Al-Ruum).

—  Antara Semalam dan Hari Ini - Hassan Al-Banna

10. WASIAT

Wahai saudaraku, dengarlah!
Apa yang saya mahu dari kalimat-kalimat ini ialah untuk membentangkan fikrah anda di hadapan anda sekelian. Boleh jadi detik-detik getir sedang menanti kita menyebabkan kita akan
berpisah. Pada ketika itu saya tidak akan dapat lagi bercakap atau menulis kepada kamu.

Oleh itu saya berwasiat kepada anda sekelian; telitilah kalimat ini, ingatilahnya sedaya yang boleh dan bersatulah padanya. Sesungguhnya setiap kalimat ini mengandungi erti-erti yang sangat padat.

Wahai saudaraku;
Anda sekelian bukan satu pertubuhan kebajikan, bukan parti politik, juga bukan suatu badan yang dibentuk untuk tujuan-tujuan terbatas. Anda sebenarnya adalah suatu roh baru yang
mengalir di hati umat ini dan dihidupkan dengan al Quran. Anda adalah suatu suara yang bergema tinggi melaungkan dakwah Rasulullah saw. Tidak keterlaluan jika anda merasai bahawa anda adalah penanggung beban Kenabian setelah kesemua manusia enggan melakukakannya.

Andainya anda ditanya, kamu mengajak kepada apa..? Katakanlah, kami mengajak kepada Islam yang di bawa oleh Nabi Muhammad saw. Pemerintahan adalah sebahagian daripada ajarannya. Kebebasan adalah salah satu dari tuntutannya.

Jika dikatakan kepada anda.. ini adalah politik. Katakanlah inilah dia Islam dan kami tidak tahu pembahagian seperti ini. Andainya mereka mengatakan kamu penyeru revolusi. Katakanlah, kami adalah penyeru kebenaran dan kedamaian.

Jika kamu mengganggu dan menghalang dakwah kami, Allah telah membenarkan kami mempertahankan diri dan kamu adalah pengacau yang zalim.

Andainya dikatakan kepada anda; kamu meminta bantuan dari orang tertentu atau mana-mana pertubuhan. Katakanlah, kami hanya beriman kepada Allah sahaja dan kami kufur dengan segala sekutu-sekutu.

Jika mereka berkeras meneruskan permusuhan mereka, katakanlah.. kami tidak mahu orang-orang
yang jahil.

—  Antara Semalam dan Hari Ini - Hassan al-Banna
Medan bercakap tidak sama dengan medan amal, manakala medan amal tidak sama dengan medan jihad, manakala medan jihad sebenar pula tidak sama dengan medan jihad yang salah..
—  Imam Hassan Al-Banna