fazleena hishamuddin

Kau boleh bersandar pada seribu bahu kalau kau mahu. Tapi kau memilih untuk yang satu itu. Yang paling dungu, yang buat kau bersandar sambil air mata kau jatuh bertalu, dan hati kau pecah beribu. Tapi, mengapa masih bersandar pada yang itu, yang buat air mata kau jatuh bertalu ,yang buat hati kau pecah beribu?  

Yang aku tahu, kalau pun kau nanti tiada bahu unuk bersandar, kalau pun air mata kau masih jatuh bertalu, kalau pun hati kau pecah beribu, tapi kau tetap ada Dia Yang Satu. Ya. Dia yang itu. Lalu, bersandarlah pada Dia yang itu.

—  Fazleena Hishamuddin Seksi Ovari