fatimah azzahra

Istri Rasulullah Khadijah wafat pada hari ke-11 bulan Ramadlan tahun ke-10 kenabian, tiga tahun sebelum Rasulullah hijrah ke Madinah. Khadijah wafat dalam usia 65 tahun, saat usia Rasulullah sekitar 50 tahun.

Diriwayatkan, ketika Khadijah sakit menjelang ajal, Khadijah berkata kepada Rasululllah SAW, “Aku memohon maaf kepadamu, Ya Rasulullah, kalau aku sebagai istrimu belum berbakti kepadamu.”

Rasulullah menjawab, “Jauh dari itu ya Khadijah. Engkau telah mendukung da’wah Islam sepenuhnya”.

Kemudian Khadijah memanggil Fatimah Azzahra dan berbisik, “Fatimah putriku, aku yakin ajalku segera tiba, yang kutakutkan adalah siksa kubur. Tolong mintakan kepada ayahmu, aku malu dan takut memintanya sendiri, agar beliau memberikan sorbannya yang biasa untuk menerima wahyu agar dijadikan kain kafanku”

Mendengar itu Rasulullah SAW berkata, “Wahai Khadijah, Allah menitipkan salam kepadamu, dan telah dipersiapkan tempatmu di surga.”

Saat itu Malaikat Jibril turun dari langit membawa lima kain kafan. Rasulullah bertanya, “Untuk siapa sajakah kain kafan itu, ya Jibril?”

“Kafan ini untuk Khadijah, engkau ya Rasulullah, Fatimah, Ali dan Hasan.”, jawab Jibril.

Jibril berhenti dan menangis. Rasulullah bertanya, “Kenapa, ya Jibril?”

“Cucumu yang satu, Husain tidak memiliki kafan, dia akan dibantai dan tergeletak tanpa kafan dan tak dimandikan.”

Rasulullah berkata di dekat jasad Khadijah, “Khadijah istriku sayang, demi Allah, aku takkan pernah mendapatkan istri sepertimu. Pengabdianmu kepada Islam dan diriku sungguh luar biasa. Allah Maha Mengetahui semua amalanmu. Semua hartamu kamu hibahkan untuk Islam. Kaum muslimin ikut menikmatinya. Semua pakaian kaum muslimin dan pakaianku ini darimu. Permohonan terakhirmu kepadaku hanyalah selembar sorban?”

“Ya Allah, ya Ilahi rabbi, limpahkanlah rahmat-Mu kepada Khadijahku, yang selalu membantuku dalam menegakkan Islam. Mempercayaiku pada saat orang lain menentangku. Menyenangkanku pada saat orang lain menyusahkanku. Menentramkanku pada saat orang lain membuatku gelisah. Oh Khadijahku sayang, kau meninggalkanku sendirian dalam perjuanganku. Siapa lagi yang akan membantuku?”

Tiba-tiba Ali berkata, “Aku, Ya Rasulullah!”

Peristiwa wafatnya Khadijah itu sangat menusuk jiwa Rasulullah . Alangkah sedih dan pedihnya perasaan Rasulullah ditinggal orang sangat dicintai dan mendukung perjuangannya menegakkan Islam.

*اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد*

~ Al Busyro fi Manaqib Sayyidati Khodijah al Kubro

Jadilah yang seperti ini

Mampu melisankan pesan dengan tutur kata yang santun, yang dengan santunmu tertular hingga mampu memberikan keteduhan hati bagi siapapun yang mendengarnya-

Tak pernah memaksa dalam menerjemahkan segala sesuatunya harus seirama denganmu, dengan hanya kamu mampu mengendalikan dirimu dalam menjauhi perihal yang tak DIA sukai-pun, dan lagi mengingat segala wasilah kebaikan yang menantimu karena kesabaranmu dalam mendengarkan petuah kebaikan, mampu menerima dengan tawadhu’ atas segala sesuatu yang telah terjadi maupun yang sedang bergulir di hadapanmu..

Aku melihat semuanya..
Melihat kebaikan dalam dirimu
Melihat kesiapan dirimu dalam berbagai hal
Melihat ketegasan prinsip hatimu dalam menolak para lelaki ajnabi disekitarmu
Dan melihat caramu dalam memegang prinsipmu sebagai muslimah.

Aku juga mampu mendengar segala sesuatu tentangmu,
Meskipun hanya namamu yang terbesit di telinga kami, oleh karena diamnya dan anggunmu dalam menjaga syariat Tuhan
Dan hanya kamu yang mampu menggetarkan hati kami untuk selalu menyeru di jalan kebaikan
Mendengar kisah inspirasi dalam hidupmu, mampu mewakili rasa kagumku akan sosok seorang wanita seperti fatimah azzahra yang terpancar dalam dirimu

Aku mengagumi segala macam upayamu dalam menggerakkan hati kami untuk selalu menuju ke JalanNYA

Bila nanti rasa ini telah membuncah, setidaknya aku ingin berterimakasih kepada kalian para muslimah yang mampu menggetarkan hatiku untuk terus mengingatNYA dan menyeru terhadap kebaikan-kebaikan terutama untukku sendiri dan selebihnya untuk orang lain

Dariku untuk kalian yang ku kagumi dalam diamku
@akhwathws

khas buat sahabat perempuan.. 😃

Perempuan. Walau bagaimana sibuk dan aktif dalam society, kental bawa diri tak ada pakwe, bersemangat dalam dakwah atau bijak melangit dalam pelajaran, tetap takkan lari daripada bicara soal hati.

Andai hati itu asalnya lembut maka selamanya jua lembut.

Suka orang itu. Suka orang ini.
Nak jaga hati.
Tak nak lagha.
Tak nak fikir yang sia-sia.
Kadang-kadang rasa rindu sangat sampai nak kahwin sahaja lagi mudah.
Tengok orang couple, rasa nak couple juga, bila fikir balik, tak nak couple sebab tak nak buat perkara menghala dosa, tetapi jiwa terseksa.
Tengok orang kahwin, nak kahwin juga, tak tahu kenapa rasa nak kahwin datang tetapi yang tahu hanya mahu kahwin bila seronok tengok orang kahwin.

Pelbagai rasa didengari.
Bercampur-baur dalam hati.

Itu lumrah, sayang.
Apatah lagi dalam umur yang makin meningkat dewasa.
Soal hati dan fitrah rasa untuk disayangi dan menyayangi itu biasa.

Cuma terkadang diri perlu tahu, fokus kehidupannya di mana.
Suka itu tidak salah namun usah sehingga tidak lalu makan nasi goreng ayam paprik tiga hari hanya kerana sakit menahan rindu.

Wake up. Hidup dalam dunia sebenar.
Perjalanan dalam hidup ini jauh.
Bukan sekadar soal saya-suka-awak dan awak-suka-saya, tiada-apa-lagi-yang-menjadi-penghalang-antara-kita dan jom-kahwin semata.

Itu salah satu cabang daripada banyak cabang dalam kehidupan.
Salah satu cabang yang penting.
Dan ada banyak lagi cabang penting lain juga yang perlu diberi fokus.

Rasa yang datang tiada siapa yang sengaja mengundang.
Usah dipadam perasaan fitrah itu tetapi bijaklah dalam mengawal rasa suka.

Itu yang dikata.
Bila suka jangan terlalu suka.
Bila benci usah terlalu benci.
Selalulah untuk berada di tengah-tengah.
Kerana selama tiada ikatan halal yang termeterai, dia bukan sesiapa lagi untuk dicintai sepenuh rasa.
Genggam kemas hati itu baik-baik.
Usah mudah lemah.
Bina semangat yang kental.

Cari di mana jiwa yang benar menangis rindukan Rabbi seperti Rabi'ah el-Adawiyah.
Cari di mana jiwa yang selalu bermunajat dan hanya berharap pada Tuhannya seperti puteri kesayangan Rasulullah SAW, Fatimah Azzahra.
Cari di mana jiwa yang tertanam akidah yang unggul di dalam hatinya seperti Masyitah yang tegar terjun ke dalam minyak yang panas semata-mata untuk mempertahankan keimanan.
Cari di mana jiwa seorang Sumayyah yang rela diseksa dengan pelbagai dugaan yang menyakitkan hanya untuk mempertahankan kalimah Ahad.
Cari di mana jiwa seorang Zinnirah yang rela dijemur di tengah padang pasir bersama cahaya yang terik dan dibutakan mata hanya semata teguh mempertahankan keyakinan akidah.

Belajarlah menjadi seorang wanita.
Belajar untuk menjadi seorang wanita berjiwa hebat seperti srikandi-srikandi Islam.

Jangan biar diri gatal hanya mahu kahwin sahaja sedang persiapan diri layu.

Waktu mahu kahwin sememangnya mahu kahwin kerana yang ada di hadapan segalanya terlihat indah.
Tempoh selepas kahwin bukan sehari dua, tetapi biar mahu sampai ke syurga.
Mahu kahwin bukan hidup berdua sahaja, nantinya keluarga sudah makin bertambah besar.

Kahwin bukan soal cinta dan suka sahaja.
Perkahwinan penuh dengan tanggungjawab yang menanti.

Kalau kita yang seorang perempuan sekarang malas mahu menimba ilmu, maka dengan apa lagi mahu dididik anak-anak yang sedang membesar.
Kalau kita yang seorang perempuan lemah dalam mujahadah diri untuk buat amal maka contoh kebaikan apa lagi yang mahu ditunjukkan kepada anak-anak.

Kalau kita yang seorang perempuan hanya tahu untuk duduk bersenang-lenang dan lemah jiwanya maka siapa lagi yang mahu berada di belakang menguatkan perjalanan dakwah seorang suami.

Kalau kita yang seorang perempuan lemah dalam menjaga kehormatan diri maka kecintaan dan kesetiaan apa yang akan tinggal buat seorang suami yang teguh menanti kelak.

Kalau kita yang seorang perempuan lemah dalam mengendalikan emosi maka siapa lagi yang akan membantu suami untuk mengemudi bahtera keluarga yang bahagia.

Kalau kita seorang perempuan yang tiada matlamat tinggi dalam hidup maka siapa lagi yang akan bersedia membina jiwa besar dalam diri mujahid-mujahid kecil.