duniasophie

Maka tamatlah mentelaah Sophie’s World karya Jostein Gaarder.

Sebuah novel sejarah falsafah terlaris di dunia. Novel ni sedikit sebanyak mengubah cara aku berfikir. 404 muka surat, penuh isi.
Thales, Anaximander, Anaximenes, Democritus, Socrates, Plato, Aristotle, hellenisme, zaman pertengahan, zaman pembaharuan, zaman baroque, Descartes, Spinoza, Locke, Hume, Berkeley, Bjerkely, zaman kesedaran, Immanuel Kant, romantisisme, Hegel, Kierkegaard, Karl Marx, Charles Darwin, Sigmund, zaman kita sendiri, Big Bang Theory.

Tu tajuk-tajuk yang ada. Tapi kalau baca, kau akan jumpa lebih 100 tokoh falsafah dari zaman Thales sampailah kepada Freud. Malahan ada ahli falsafah yang hidup lagi.

Aku tertarik dengan falsafah Socrates, Plato, Aristotle, Descartes, Spinoza, John Locke, David Hume, Karl Marx, Immanuel Kant, Charles Darwin, dan Big Bang Theory.

Fathi Aris Omar, ketua editor MalaysiaKini cakap Sophie’s World ni hanya untuk pelajar lepasan SPM.

Walaupun begitu, aku tak memahami keseluruhan novel ini.

Ya, kau habis baca novel ini, kau akan teringat filem INTERSTELLAR arahan CHIRSTOPER NOLAN. Serius!

Apa yang aku dapat; kebanyakkan ahli falsafah cuba berfikir mengenai Ketuhanan.

Ya, aku suggest. Bagi lepasan SPM tu, pergi KB1M, cari novel ni. Terjemahan dari ITBM. Walaupun aku fcuk ITBM, tapi bukan fcuk buku ni.
#DuniaSophie #SophiesWolrd #JosteinGaarder

Empedocles yakin bahwa ada dua kekuatan yang bekerja di alam. Dia menyebutnya cinta dan perselisihan. Cinta mengikat segala sesuatu, dan perselisihan memisahkannya.
—   Dunia Sophie 
hanya dengan menjaga keseimbangan dan kesederhanaan sajalah, maka aku dapat mencapai kehidupan yang bahagia atau “selaras”
—  Plato-Aristoteles