diredhai

Tidak rugi bercita-cita / berusaha / menjadi isteri yg ‘baik’ kerana pulangannya kelak menguntungkan diri sendiri …

Perkahwinan itu membawa sejuta kebaikan pada insan, jika ia dgn niat yg betul dan jalan yg diredhai Allah..
Ia sebenarnya memupuk untuk memperbaiki diri (islahu nafs). Meningkatkan akhlak yg tidak elok kepada yg lebih elok dan baik kepada yang lebih baik… .
Semoga perkahwinan diberkati Allah, Dan mampu menjadi isteri 'solehah’, penghulu bidadari syurga di 'sana’ nanti… InShaaAllah..

Doa untuk sahabat yang baca ini.

1. Ya Allah jika di saat ini ada kawanku yang bersedih hati, kembalikanlah keceriaan diwajahnya.

2. Ya Allah jika disaat ini ada kawanku yang bermasalah, berilah jalan keluar untuk dia.

3. Ya Allah jika disaat ini ada kawanku yang kesempitan wang, Kau murahkan rezekinya.

4. Ya Allah jika disaat ini ada kawanku yang bermasam muka diantara satu sama lain, damaikan lah mereka.

5. Ya Allah jika disaat ini ada kawanku yang sakit, sembuhkan lah dia.

6. Ya Allah jika disaat ini ada kawanku yang sesat duniawi, kurniakan Nur kepada dia.

7. Ya Allah jika disaat ini ada kawanku lalai, kurniakanlah Hidayah Mu kepada dia.

8. Ya Allah jika disaat ini ada kawanku yang berada dipersimpangan jalan yang berliku, tunjukkanlah jalan yang diredhai oleh Mu.

Aamiin

Untuk berubah menjadi baik itu tak pernah mudah,
Susah, payah dan lelah.
Bilamana harus ditinggalkan perkara yang memang sudah sebati, sudah mengalir dalam nadi.

Tetapi,
Kemanisan sebuah perjuangan mencari jalan pulang menuju Tuhan itu,
Adalah kebahagiaan.

Kerana tiadalah kebahagiaan yang paling tinggi,
Selain menemukan kembali cahaya yang pernah pergi,
Setelah lamanya tersangkut dalam kegelapan.

Yakinilah,
Allah itu melihat kepada usaha,
Bukan natijah.

Kuatlah,
Untuk tetap melawan dirimu,
Dan perjuangan ini tidak akan pernah berhenti,
Selagi kaki belum lagi menapaki syurga abadi.


:’)


“Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! ”
: 89:27-28

Jaga lidah walaupun bersedih.

“Sesungguhnya mata ini menangis, namun kami tidak mengatakan kecuali apa yang diredhai Tuhan kami.” [Al-Bukhari]

—  Ustazah Fatimah Syarha
Tunang

Kepada mereka yang sudah bertunang atau sudah cop wanita itu untuk menghalalkannya.

Kata seorang guru:

Apabila kamu bertunang dengan istisyarah atau istikharah, kemudian kamu diuji dengan wanita lain yang lebih dilihat lebih baik, itu tandanya tunangan kamu itu yang terbaik. Ini kerana syaitan sedang mengada adakan keburukannya agar pernikahan kamu terbatal. Maka tatkala akad nikah sempurna, hilanglah fitnah syaitan, bahagialah rumah tanggamu.

Manakala kebiasaan pada perhubungan secara tidak baik, pasangan akan sentiasa dihias oleh syaitan, lantas dia tidak dapat melihat keburukan pasangannya. Maka tatkala lafaz akad nikad sempurna, hilanglah hiasan syaitan, maka terdedahlah satu persatu aib, lalu berlakulah penceraian dan sebagainya.

Jika sudah mempunyai calon, jangan terlalu melayan yang lain. Bimbang, dalam senyap ada yang menyimpan perasaan dan harapan walau sekadar sahabat baik. Bila dah memilih bakal pasangan, hentikanlah pencarian, tundukkanlah pandangan dan lakukan istikharah berterusan. Apapun manusia merancang, Allah merancang, sebaik baik perancang itu Allah SWT.

Jadi, jangan lah bertunang terlalu lama.
Percepatkanlah kepada perkahwinan.
Inshaallah moga diredhai Allah selalu. Sepanjang menuju ke alam perkahwinan.
Dan.
Jika sudah cop wanita itu untuk menghalalkannya dan kedua dua setuju berserta seorang saksi dikira tunang secara islam cumanya adat melayu menyarungkan cincin buat pihak perempuan itu yang menampakkan ia lebih jelas dan lebih hormat dan status jika dia sudah menjadi tunang orang tidak boleh diganggu. Hukumnya berdosa.

Khitbah

・・・
Kepada mereka yang sudah bertunang atau sudah cop wanita itu untuk menghalalkannya.

Kata seorang guru:

Apabila kamu bertunang dengan istisyarah atau istikharah, kemudian kamu diuji dengan wanita lain yang lebih dilihat lebih baik, itu tandanya tunangan kamu itu yang terbaik. Ini kerana syaitan sedang mengada adakan keburukannya agar pernikahan kamu terbatal. Maka tatkala akad nikah sempurna, hilanglah fitnah syaitan, bahagialah rumah tanggamu.

Manakala kebiasaan pada perhubungan secara tidak baik, pasangan akan sentiasa dihias oleh syaitan, lantas dia tidak dapat melihat keburukan pasangannya. Maka tatkala lafaz akad nikad sempurna, hilanglah hiasan syaitan, maka terdedahlah satu persatu aib, lalu berlakulah penceraian dan sebagainya.

Jika sudah mempunyai calon, jangan terlalu melayan yang lain. Bimbang, dalam senyap ada yang menyimpan perasaan dan harapan walau sekadar sahabat baik. Bila dah memilih bakal pasangan, hentikanlah pencarian, tundukkanlah pandangan dan lakukan istikharah berterusan. Apapun manusia merancang, Allah merancang, sebaik baik perancang itu Allah SWT.

Jadi, jangan lah bertunang terlalu lama.
Percepatkanlah kepada perkahwinan.
Inshaallah moga diredhai Allah selalu. Sepanjang menuju ke alam perkahwinan.
Dan.
Jika sudah cop wanita itu untuk menghalalkannya dan kedua dua setuju berserta seorang saksi dikira tunang secara islam cumanya adat melayu menyarungkan cincin buat pihak perempuan itu yang menampakkan ia lebih jelas dan lebih hormat dan status jika dia sudah menjadi tunang orang tidak boleh diganggu. Hukumnya berdosa.

#HGM

Credit to Fb: Intan asmida

Ada suatu ketika dalam hidup ini kita seakan tak pasti harus melangkah ke mana. Tapi pasakkan dalam hati, jikalau setiap langkahan kita itu direstui ibu bapa dan diredhai Tuhan, pasti itu yang terbaik buat diri walau macam mana payah pun nak melangkah.
Semua manusia ada hati dan berhak untuk merasai bahagia. Namun, biarlah bahagia yang diredhai olehNya. Moga kekal hingga ke Syurga Firdausi. Allahumma ameen.

Tak pernah lupa.

Orang kata bila mana kita dah berhijrah, kita akan tinggalkan kawan-kawan yang lama.

Pembetulan.
Bukan tinggal.
Tapi jarakkan sikit hubungan.

Dari aku sekolah, aku ramai kawan dari yang begini sampai laa yang begitu.

Tapi aku rasa amat bersyukur,
Jika mereka buat sesuatu perkara sikit pun tak ajak. Maksudnya nak buat jahat memang tak akan berjemaah.

Aku sentiasa jadi tempat luahan. Takpe. Asal mereka selesa. Sikit pun takde niat nak sisihkan.

Aku tak nak mereka rasa, bila dah berhijrah ada jarak yang sangatttttt jauh antara aku dengan mereka.

Jauh di sudut hati, hati-hati tu perlu di ketuk. Tak selalu pun takpe, janji tak lupa.

Bila ada masalah, mesti mereka cari kita. Sebab ketenangan tu akan hadir bila kita cari Yang Maha Esa.

Dari situ, salurlah kata-kata suntikan ingat Tuhan.

Selangkah demi selangkah aku bahagia.
Sekelumit usaha apa lah sangat yang aku buat untuk mereka,
Tapi aku teringin nak tengok semua kembali pada Yang Maha Penguasa.

Perubahan bukan boleh di herdik,
Perubahan perlu di suntik.

Bukan tak nak berubah,
Tapi takde kawan yang nak bawak mereka lebih terarah.

Jika ada sahabat yang ingin berubah,
Pimpin lah..

Jika bukan kita, siapa lagi?
Jika bukan sekarang, bila lagi?

—  Merindui kalian, moga sentiasa dalam daerah yang diredhai Allah

Akan tiba satu waktu..
Kita akan pergi
Menghadap ilahi
Meninggalkan smua yang ada dibumi

Akan tiba satu saat..
Jasad tidak berguna lagi
Kerana roh sudah menuju robbi
Saat itu akan kita sedari
Bagaimana hayat ini kita jalani.

Mulai hari ini,
Bangkit dan muhasabahlah sendiri,
Sudahkah kau isi waktu lapangmu dengan sesuatu yang diredhai?
Auratmu sudah sempurnakah kau tutupi?
Akhlakmu sudahkah kau perbaiki?
Ikhtilatmu sudahkah kau cuba hindari?
Pandangan matamu dimana kau alihi?
Dosamu sudah benar-benarkah kau sesali?

Ingat, mati itu pasti,
Walau kau dianggap hebat dibumi,
Saat malaikat maut dtg kau tidak akan dapat undur diri.pasti.
Jadi, Masih ingin menyombong diri?

Selagi ada peluang Allah beri,
Bertaubatlah dengan sepenuh hati,
Bukankah Allah itu maha mengampuni?
Kerana kita lahir dalam keadaan suci,
Seperti itulah juga sepatutnya ketika mati.

So u think death can wait?

#reminderutkdirikuyangselaluterlupa 🔫

Cinta selepas nikah.

Halal dan diredhai Allah.

Sama sama berkongsi rasa duka gembira.

Semua ada jodoh yang Allah tetapkan.

Sampai masa Allah akan pertemukan.

Pelihara cinta untuk mereka yang halal.

Jangan terjebak dengan cinta yang sia sia.

Allahu.

Cinta selepas nikah lebih indah.

Cinta yang suci ialah cinta yang tidak dicemari dengan maksiat. Tidak salah ingin bercinta tapi letakkan cinta ditempat asalnya, pada yang berhak memilikinya..

Cinta itu perlu dijaga dengan iman. Bukan dengan nafsu.

Jika nafsu yang menjaga cinta maka penzinaan menghampiri kita, namun jika iman yang menjaganya insyaAllah cinta itu diredhai Allah yang Esa.

Cinta itu adalah fitrah, maka mustahil untuk kita lari dari fitrah, untuk menjaga fitrah tersebut kita perlukan iman, jika tiada iman maka tersasarlah kita dari erti sebenar CINTA… 💖

#CintaLepasNikah

Hidup kelam kabut datang dari solatnya yang kelam kabut,
Hidup tak menentu datang dari solatnya yang tak menentu,
Hidup yang celaru datang dari solatnya yang celaru,
Hidup tiada keberkatan datang dari solat yang tak diberkati,
Hidup serba lengkap tapi hati tak pernah puas dan tenang, datang dari solat yang tak lengkap (ponteng dan tinggal),
Hidup tertekan datang dari solatnya yang tiada tama'ninah,
Hidup bermasalah datang dari solatnya yang bermasalah.
Hidup yang cemerlang datang dari solatnya yang cemerlang,
Hidup yang tenang datang dari solatnya yang tenang,
Hidup yang diredhai datang dari solatnya yang diredhai.
“sesungguhnya BERJAYALAH orang2 yang beriman. Iaitu mereka yg KHUSYUK dalam SOLAT yang mereka lakukan”
- (Al-Mu'minuun:1-2)
Hidup akan jadi luar biasa bila kita solat luar biasa..

Ada waktu sukar mengejarmu
Moga tabah sabar bersamamu
Jauh ku di luar sana
Mendoa dikau bahagia
Yakini dirimu
Pasti sempurna

Harapan semoga dirimu dilindungi
Sinar rahmat bahagia
Jalanmu lurus dan kekal berjaya
Diredhai Yang Maha Esa
Walau dalam sukar dan diri ini
Diperlukan namun tiada
Doa dan harapan
Hanya mampu ku utus bersama

Ku sematkan azimat kenangan
Menemani jiwa kehilangan
Menghapus segala resah
Mendorong di kala hiba
Teguhlah jiwamu
Selama-lama

Harapan semoga dirimu dilindungi
Sinar rahmat bahagia
Jalanmu lurus dan kekal berjaya
Diredhai Yang Maha Esa
Walau dalam sukar dan diri ini
Diperlukan namun tiada
Doa dan harapan
Hanya mampu ku utus bersama