dimakbulkan

Alhamdulillah untuk semua nikmat yang pernah, sedang ada dan akan ada. Mungkin apa yang kita sedang ada sekarang adalah doa diam-diam orang lain yang sedang dimakbulkan Tuhan.
DOA YANG TERTANGGUH


Dalam hidup ini, banyak perkara kita minta pada Allah.
Seringkali pula kita selalu memandang perkara yang Allah tak makbulkan lagi.

Dan doa yang tak dimakbulkan tu pula acapkali kita rasa ia doa yang ‘besar’ dan penting sampai akhirnya kita rasa Allah tak beri apa kita minta.
Sebab kita nak sangat benda itu tapi masih tak dimakbulkan oleh Allah.

Sampai akhirnya kita lupa pada doa-doa yang kita anggap 'kecil’.
Dan doa-doa yang kita pernah minta dulu tapi kita dah lupa tentangnya.

Walhal walaupun doa itu dah lama dan dilupakan,
Allah tetap makbulkan ia dalam keadaan yang kita terkadang tak sedar.

Juga perkara yang kita tak minta tapi Allah beri juga.
Dan perkara tersebut lebih dari apa yang kita hajatkan.

Berdoalah. Tanpa henti.
Itu tandanya kau tu hamba.
Jadi, nikmat TuhanMu yang manakah yang kau dustakan? (Ar-Rahman)

P/s: Aku pernah doa satu perkara, 15 tahun selepas itu Allah tunaikan.

P/ss: Aku ada doa satu perkara selama 5 tahun dan masih terus berdoa tentang itu.

Kita merancang kan. Tuhan pun merancang dan sebaik-baik perancang adalah Allah.

Kadang kita nak tapi tuhan kata kita tak perlu benda tu. Kadang kita nak tapi tuhan tangguhkan dulu dan kadang kita nak tapi tuhan ganti dengan benda yang lebih bagus.

Doa itu ibadah.

– Ikhlas.
- Allah murka kalau kita jenis tak berdoa atau meminta pada Allah. Tuhan bagi nikmat pun satu ujian.
- Tak putuskan siraturrahim. Banyakkan senyum.
- Jaga sumber makanan. Yang halal.

Adab berdoa:
*Ikhlas. Bersungguh. Tak memain.
*Menghadap qiblat.
*Memohon dengan beradab dan bersungguh. Tunjuk kita berhajat.
*Jangan merengek dalam berdoa. Persoalkan Tuhan.
*Berwuduk lagi baik.
*Ulang tiga kali.
*Puji Allah. Selawat pada Nabi.
– “Jangan buat doa maksiat. Doa maksiat maksudnya doa untuk keburukan orang lain, dalam islam tak dibenarkan. Kena doa untuk mereka jadi baik. Bukan apa, malaikat akan doakan kita balik.”

3 Perkara dalam berdoa.
*Dimakbulkan. Segera dapat di dunia.
*Mungkin Tuhan simpan untuk di akhirat.
*Tak dapat yang itu. Dia bagi lebih baik. Keburukan dijauhkan daripada kita sebab Tuhan lagi tahu kalau dapat mungkin ada yang tak baik untuk kita.

- Waktu mustajab doa. Antara azan dengan iqamah. Sepertiga malam. Waktu hujan. Ketika sujud. Banyak lagi waktu mustajab. Walaupun ketika uzur. Tak boleh sembahyang pun boleh berdoa.

- Yang penting keikhlasan berdoa. Kusyuk.
- Perlu ada hubungan baik dengan Tuhan.

—  Tanyalah Ustaz

Astaghfirullah rabbal baraya
Astaghfirullah minal khothoya
Rabbi zidni ilman nafi'a
Wawaffiqli amalan maqbula
Wa habli rizqan wa-sia
Watub alaina taubatan nasuha

Maksudnya:
Aku memohon ampun Ya Allah, Maha Penerima Taubat
Aku memohon ampun Ya Allah daripada segala dosa
Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna
Berikanlah aku amalan yang dimakbulkan
Kurniakan kepadaku rezeki yg meluas
Terimalah taubat kami dgn taubat nasuha

Aamiin Ya Rabbal Alamiin

Kita selalu fikir,

Dah habis belajar mesti akan dapat kerja.

Dah sampai masa kita mesti kahwin.

Dah kahwin jodoh mesti berkekalan sampai bila-bila.

Lepas kahwin mesti akan dapat anak.

Dapat anak mesti yang comel-comel

Tapi pernah tak kita fikir,

Kadang lepas habis belajar, kita tak dapat kerja.

Kadang sampai masa, maut yang menjemput kita.

Kadang kita kahwin tapi takdirnya tak kekal lama.

Kadang dah kahwin bertahun pun tetap tak dapat cahaya mata

Kadang bila dapat anak yang lahir tu tak sempurna.

Satu aku nak cakap.

Jadi manusia, jangan cepat rasa kecewa.

Semuanya sedang berada dalam ujian masing-masing. Ujian kesenangan atau kesusahan. Allah will give you more than you have expected.

Hanya kepada Allah ku adukan susah dan sedih ku. Yang menimpakan cobaan sebagai tanda cinta, agar tiada yang lebih besar di hati ini selain Dia. (Salim A. Fillah.)

Untuk semua doa yang tidak dimakbulkan Tuhan. Moga akan diganti dengan kekuatan. Memadai untuk kau bertahan. It hurts. But you are strong. Dan kerana Tuhan mu bersabarlah. [Al-Muddatsir, 74: ayat 7]

Agar dirimu tahu,
Setiap doa yang tidak Dia kabulkan ketika didunia,
Dia menyimpan doa mu itu diakhirat sana.

Andai mu tahu,
Betapa besar ganjaran disana,
Pasti tidak kamu minta doa kamu dimakbulkan ketika di dunia.

—  AlwaniZolkifli
Ke mana doa doa kita?

“ berapa banyak doa kau yang dah dimakbulkan? ”

“ ntah. tak kira terkira rasanya. banyak sangat. ”

“ doa yang tak termakbul ada? ”

“ ada. ”

“ berapa banyak? ”

dia terdiam.
lambat lambat dia jawab.
“ hmm… sikit je kot. kenapa? ”

“ ntahlah. bila ingat balik doa doa aku sebelum ni… ”

tak habis cakap lagi,
dia dah potong.
“ kau masih tak boleh terima kau kat sini? ”

“ taklah. aku cuma teruja. ”

Aku teruja dengan takdir.

Bagaimana doa doa yang kita baca selalu selepas solat,
sebelum salam
dalam sujud,
sebelum tidur,

doa doa yang kita pesan pada kawan kawan kita supaya selalu bacakannya untuk kita,

tiba tiba tak makbul.

Namun kita dapat sesuatu yang lebih besar daripada itu.

Yang tak pernah kita jangka.
Yang tak pernah kita harapkan pun.

Yang tak pernah termimpikan pun.

Moga itu sebaik baik takdir untuk kita.

Beruntung pada tiap jiwa
yang mampu mendapatkan apa yang dihajatkan

Tapi
alangkah lebih beruntungnya tiap jiwa
yang hajatnya tak dimakbulkan Tuhan dan dia reda

Kerana yang tak Allah tunaikan itu
punya rahsia terbesar yang Allah ingin kurniakan

Allah yang Maha Agung pun berselawat ka atas Nabi Muhammad S.A.W.. Kita ?

Kelebihan berselawat menurut Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani.
- mendapat keampunan Allah.
- mendapat syafaat daripada Rasulullah.
- Allah akan menutupi segala dukacita.
- salam sejahtera pada harikiamat.
- mendapat khabar gembira dari Allah dengan balasan syurga.

Keburukan tidak berselawat.
- Jauh dari rahmat Allah.
- Mendapat kehinaan.
- Doa tidak dimakbulkan.
- Mengalami kesukaran di padang mahsyar.

Gelapnya hati orang yang tidak mahu berselawat ka atas Nabi Muhammad S.A.W
- Habib Kadzim As Saggaf -

اللهمَّ صلِّ على سيِّدنا محمَّد وعلى آلِ سيِّدنا محمَّد

- Sheikh Zainul Asri juga berpesan, berselawat lah sebanyak 14ribu kali. Kita buat 1 hari 1ribu kali selawat. Jom Selawat :)

Ketika aku berdoa untuk yang lain
Dan kamu berdoa hanya untuk aku

Kini aku tahu siapa yang lebih kuat kebergantungannya pada Tuhan.
Saat Dia tunjukkan pada aku siapa di antara kita yang doanya dimakbulkan.

Ternyata kamu yang doanya dimakbulkan oleh Tuhan.
Dan insan yang aku minta pada Dia ternyata kamu.

Terima kasih,
Tak pernah lelah
Tak pernah jemu
Sentiasa berdoa
Untuk kita berdua

ya Allah,

jangan biarkan dosa kami menjadi penghalang untuk kami melakukan kebaikan.

jangan biarkan dosa kami menjadi penghalang untuk kami mencapai kejayaan.

dan jangan pula kerana dosa, doa kami tidak dimakbulkan olehMu, Tuhan.

justeru, ampunkan kami wahai Allah yang Maha Pengampun.


3 Muharram, 16/10/2015

yang benar;
hamba yang tidak lari daripada melakukan dosa.

Buat mereka yang sering tertanya bilakah masanya doa mereka akan dimakbulkan Tuhan?

“Para nabi juga menunggu saat doa mereka itu dijawab.. Bagaimana pula engkau tidak sabar dan putus asa dengan doamu?”

—  Muhammad Anhar Azdfar