bukangadisbiasa

TIADA YANG KEBETULAN

Pernahkah saat kamu duduk santai dan menikmati harimu, tiba-tiba terfikirkan olehmu ingin berbuat sesuatu kebaikan untuk seseorang?

Itu adalah اللّه yang sedang berbicara denganmu dan mengetuk pintu hatimu
(Quran Surah[QS] 4:114, 2:195, 28:77)

Pernahkah saat kamu sedang bersedih, kecewa tetapi tidak ada orang di sekitarmu yang dapat kau jadikan tempat luahan hati?

Itulah adalah اللّه yang sedang rindu padamu dan ingin agar kau berbicara pada-NYA
(QS 12:86)

Pernahkah tanpa sengaja kamu memikirkan seseorang yang sudah lama tidak bertemu, tiba-tiba orang tersebut muncul, atau bertemu dengannya, atau kamu menerima telefon darinya?

Itu adalah Kuasa اللّه yang sedang menghiburmu
Tidak ada yang namanya kebetulan
_(QS 3:190-191).

Pernahkah kamu mendapatkan sesuatu yang tidak terduga, yang selama ini kau inginkan tapi rasanya sulit untuk diperolehi?

Itu adalah اللّه yang mengetahui dan mendengar suara batinmu serta hasil dari benih kebaikan yang kamu taburkan sebelumnya
_(QS 65:2-3).

Pernahkah kamu berada dalam situasi yang buntu, semua terasa begitu sulit, begitu tidak menyenangkan, hambar, kosong bahkan menakutkan?

Itu adalah saat اللّه mengizinkan kau untuk diuji, Dan اللّه ingin mendengar rintihan serta do'amu agar kau menyedari akan keberadaan-NYA….

Kerana Dia tahu kamu sudah mulai melupakan-NYA dalam kesenangan
(QS 47:31, 32:21).

Jika kamu peka, akan sering kamu sedari bahwa KASIH dan KUASA اللّه selalu ada di saat manusia merasa dirinya tak mampu.

Apakah kamu fikir tulisan ini hanya sekadar gurauan tanpa tujuan yang terkirim padamu?

Tidak!
Sekali lagi, TIDAK ADA YANG KEBETULAN…

Cuba rasakan kehadiran-NYA…, dengarkan suara-NYA yang berkata:

“Jangan khuatir, AKU di sini bersamamu”
_(QS 2:214, 2:186)

SILA SHARE DAN SEBARKAN

—  Ustaz Iqbal Zain

Apabila patahnya sebelah sayap, siapa kata kita tak boleh terbang?

Kalau ada kekuatan diri, kegigihan, azam dan semangat, pasti kita mampu menggapai awan semula.

Mungkin terbangnya tak sempurna. Tapi kita tetap nampak cantik di udara.

Kerana selain Allah, tiada siapa yang nampak kekuatan kita

—  Patahnya Sebelah Sayap

HADIAH TERBAIK

Hadiah tidak semestinya sesuatu yang berupakan wang ringgit atau harta benda. Banyak cara utk kita menghadiahkan sesuatu kepada orang tersayang tanpa perlu membelanjakan wang:

1. Hadiah terbaik untuk seorang sahabat adalah doa.

2. Hadiah terbaik untuk seorang musuh adalah kemaafan

3. Hadiah terbaik untuk seorang guru adalah kejayaan

4. Hadiah terbaik untuk murid adalah tauladan

5. Hadiah terbaik untuk sebuah kehidupan adalah kasih sayang

6. Hadiah terbaik untuk sebuah kematian adalah al-Fatihah

7. Hadiah terbaik untuk ibu bapa adalah kebaktian

8. Hadiah terbaik untuk isteri adalah penghargaan

9. Hadiah terbaik untuk suami adalah kesetiaan

10. Hadiah terbaik untuk anak adalah pendidikan

11. Hadiah terbaik untuk diri sendiri adalah kejujuran

12. Hadiah terbaik untuk orang yang tak dikenali adalah senyuman

13. Hadiah terbaik untuk Rasulullah adalah selawat

14. Hadiah terbaik untuk Allah SWT adalah ketaqwaan

Sentiasalah bermurah hati untuk menghadiahkan sesuatu kepada insan sekeliling kita kerana pemberian anda hari ini adalah ganjaran untuk hari esok.

SILA SHARE DAN SEBARKAN

—  Ustaz Iqbal Zain

Ya, mungkin awak seorang yang kuat maka awak dengan mudah mempersoalkan mengapa ada orang sukar nak ‘move on’.
Dengan angkuh awak memperlekehkan orang yang menanti cinta yang tak pasti…
Dan dengan tiada belas awak mengeji orang yang memilih masa yang lama hidup sendiri tanpa teman hidup.

Jalan cerita kita berbeza. Berat mana ujian kita juga berbeza. Jadi mengapa persoalkan, mengapa perlekehkan?

Awak kuat mungkin hati awak tidak serapuh dia.
Awak kuat mungkin ujian awak tidak seberat dia.
Dan mungkin juga awak kuat sebab kisah cinta awak tidak seagung dia.

Bersyukurlah dikurniakan kekuatan itu berbanding orang lain yang menangis siang malam, memaksa mencari kekuatan diri.

Tak ada orang minta hidup jadi sesukar itu. Tak ada orang memilih kelihatan lemah. Semuanya kerana kehendak-Nya. Jika tak mampu membantu, cukuplah doa yang terbaik untuk sesama insan.

— aku yang pernah berjuang berhabis-habisan untuk bangkit dari kecewa —

Pergilah... Dan Jangan Datang Lagi Meski Sekadar Teman Biasa

31 Mac 2014;

Sekian lama kau biarkan aku sendiri tanpa kata putus. Tertanya-tanya, ternanti-nanti dalam ketidakpastian. Membiarkan aku merindu, terseksa… Dan hari ini kau hubungi aku. Hanya meminta aku lupakan. Kerana kau sudah ada yang lain. Mudahnya?

Atas alasan aku terlalu baik, dan aku gadis kuat…maka semudah itu perasaan aku dicampak ketepi. Begitu??

Murahnya nilai cinta kau. Semudah itu dirayu, dan semudah itu aku kau tinggalkan. Pergilah. Pergi kepada bekas kekasih yang kenangan bersama nya tak pernah luput dari ingatan kau. Berbahagialah kalian atas air mata orang lain. Berbahagialah…

Terima kasih buat aku begini. Terima kasih sangat-sangat. Dua tahun kerana cinta yang dalam aku bertahan. Dan hari ini kau hancurkan. Sekelip mata. Segalanya berubah…

Macam mimpi. Macam mimpi…. Allah.

Allah, masih adakah ruang untuk aku disisi Mu setelah apa yang Kau turunkan pada ku ini ya Allah? Apakah ini tanda kasih sayang Mu ya Allah? Berat sangat… Dugaan ini berat. Tak mampu aku tanggung, tapi mengapa aku diuji begini. Jika benar selama ini cinta dia aku letak ditempat teratas mengatasi cinta Mu, aku mohon ampun ya Allah… Aku bertaubat. Aku malu :’(

Pergilah. Pergi jangan kembali lagi, meski sekadar teman biasa. Maafkan aku kerana aku akan membenci kau seumur hidup ini.

Dari aku, kekasih yang tak dianggap.

Kesedihan Ada Penghujungnya

Kesedihan yang teramat sedih hanya layak diluah pada ALLAH SWT. Kesannya sangat mujarab berbanding meluahkan kesedihan pada sesama manusia.

Cuba bangkit sekitar 3 pagi, lakukan solat sunat seperti Solat Sunat Tahajjud, Solat Sunat Istikharah & Solat Sunat Taubat. Kemudian lafazlah ‘Subhanallah Wa Bihamdihi’ (Mahasuci ALLAH dengan segala puji bagi-Nya) 100 kali.

Menangis dan luahkanlah segala-galanya, sepuas-puasnya di atas tikar sejadah sehingga kau letih. Kemudian, tidurlah sebentar.

Bangkit Subuh, insya-ALLAH kau akan rasa satu perasaan yang berbeza yang tidak pernah kau rasakan sebelum ini. Beban berat yang sebelum ini terhempap diatas bahu terasa dihumban jauh. Tubuh terasa ringan. Hati menjadi tenang.

Ya ALLAH sesungguhnya DIA Maha Mendengar biar beribu kali kau meluah, biar beribu kali kau merintih. DIA takkan jemu.

Berdoa bukan petanda kita lemah :)

UJIAN SEBAGAI PENGHAPUS DOSA

Apabila kita diuji..
Hati berbisik..
Orang sekeliling menasihati..

“Allah uji sebab nak hapus dosa”

Ya betul…. tapi..
Kita makin sedih.. makin kecewa.. makin meratapi dosa..
ALLAH jua diajukan soalan..
Kenapa dan Mengapa…
Kenapa aku.. kenapa aku.. kenapa aku….. ??

Wahai kawan.. berhenti sejenak.. tukarkan fikiran kita yang negatif itu..

Allah dah janji,

INNA MA'AL USRI YUSRO..
INNA MA'AL U'SRI YUSRO
INNA MA'AL U'SRI YUSRO
(setiap kesusahan itu BERSAMA kesenangan)

Nabi Muhammad juga diuji.. bahkan lebih hebat daripada kita.. adakah kerana DOSA ??
(Allahumma solli a'la saiyidina Muhammad)

Nabi Zakaria dipotong badannya.. terputus dua.. adakah kerana DOSA ??

Sumayyah dicampak ke dalam parit api.. habis sekeluarga.. adakah kerana DOSA ??

Bilal bin Rabah juga terseksa di dunia.. dihenyakkan batu besar diatas dada.. adakah kerana DOSA ????

Bukan.. bukan.. bukan..
Bukan kerana DOSA semata2..

Allah uji untuk MENAIKKAN DARJAT.. ALLAH UJI SEBAB DIA KASIHKAN KITA.. ALLAH RINDU AIRMATA KITA.. bahagianya !!

Manusia tak suka tengok orang menangis..
Tapi ALLAH suka !!

BILA KITA MENANGIS, MALAIKAT TADAH AIRMATA.. SIMPAN DI AKHIRAT.. AIRMATA KEINSAFAN KITA YANG RINDUKAN DAN TAKUTKAN ALLAH MAMPU MEMADAMKAN API NERAKA..

Berhentilah prejudis pada Allah apabila diuji..
Jangan menghukum diri apabila diuji..
Terlebih baik ambil wudhu’.. solat dua rakaat.. selepas salam.. istighfar dan selawat.. senyum memandang ke langit.. biarlah airmata berlinang.. bisikkan dalam hati sedalam-dalamnya….

“Ya Allaaaaahhhhhh.. terima kasih kerana TIDAK MELUPAKAN aku..”

Allah itu ADIL..
Allah itu PENUH KASIH SAYANG..
Allah itu PENCIPTA kita..

Siapa lagi nak UJI kita kalau bukan Allah ..
Siapa lagi nak SAYANG kita kalau bukan Allah ..
Siapa lagi nak MULIAKAN kita kalau bukan Allah ..

Allah datangkan ujian pada kita sebab Allah nak tunjuk yang DIA wujud…. Tanda Allah nak ingatkan kita kewujudan Allah..supaya kita tahu Allah ingat pada kita.

Jangan berhenti MENGGALI kasih sayang Allah… ALLAH MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

SILA SHARE DAN SEBARKAN

—  Ustaz Iqbal Zain