bnci

Kata baginda SAW:

‘Orang kuat itu adalah orang yang mampu mengawal hawa nafsunya ketika marah.
Dan orang yang memaafkan kepada org lain’
Terkadang orang boleh tahan marah tapi dia tak memaafkan kepada orang itu.

Tapi maaf, itu mencabut sifat marah dan dibuang.
maknanya takde simpan dalam.
Ini bukan mudah, cakap saja mudah, teori memang mudah.
Praktikal, kena kepada kita, tau macam mana nak buat.

Dari awal saya kata akan ini hidup umpama madrasah.
Kita belajar, berlatih dengan kehidupan, dengan realiti.
Apa saja yang kita hadapi daripada kejadian dan keadaan ini adalah mengundang reaksi daripada kita.

Yang kalau kita terbimbing dgn ayat-ayat seumpama ini, kita akan belajar macam mana menghadapi perkara-perkara dan kejadian-kejadian yang ada dihadapan ini.

Kata pepatah arab:

“Ubati luka itu dgn kadar nya”
Macam itu juga kita menghadapi masalah dalam hidup ini.
Yang kecil jangan diperbesar, kalau besar diperkecil.
Kalau tidak, tak boleh tenteram, kita hidup sentisa masalah.

Memaafkan kepada orang lain.
Apa erti maafkan? Mengeluarkan marah di dalam tu, buang.
Tidak orang yang suka kasi maaf orang kecuali dia paling banyak mendapat maaf dari Allah.

Allah suka kepada orang-orang yang berbuat ehsan.
Allah.
Tadi suruh tahan marah,marahnya ada, ditahan.
Yang kedua, suruh buang marah dan memaafkan.
Yang ketiga, suruh berbuat baik kepada orang yang kita dah buang kita punya marah tu, dah tak bnci lagi, tak marah lagi dengan dia, kita disuruh berbuat baik kepada dia.
tegnok bagaimana Allah mendidik ini hawa nafsu.
Allah.
Kita kalau mahu berubat dengan al-Quranul Karim, takde org yang lebih bahagia dalam hidup lebih daripada kita.
Tapi pasal kita menjadikan Quran kita bacaan, bukan kitab hayatan untuk kita menelusuri itu al-Quran dan berenang dalam lautan al-Quran.

-Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid
Pembimbing Majlis Ta'lim Darul Murtadza