biarlah rahsia

untuk kelompongan pada jiwa ini,
biarkan ia terus melompong,
sampailah ke suatu masa nanti,
agar ianya terisikan dengan orang yang tepat.

yang orangnya kini,
masih lagi dalam simpanan Tuhan.
dan, biarlah dia terus menjadi rahsia.

supaya nanti,
bila kami benar-benar bersedia,
Tuhan akan satukan kami dengan ikatan yang halal dan suci.

buat kamu yang entah siapa orangnya itu,
selamat memperelokkan diri!

—  ramadhan lapan belas,
05072015,
2314,
seri iskandar.
Biarlah, Rahsia Allah.

People keep asking.

“Hey, kenapa belum kawen? Tell me.”

“Ada 3 sebab. Pertama, takde pilihan langsung, sebab tu dia tak kawen kawen. Kedua, terlalu banyak pilihan sampai tak terpilih, sebab tu dia tak kawen kawen. Ketiga, dia memang belum bersedia nak kawen, sebab tu dia tak kawen kawen. Kau nak pilih je nak yang mana.”

“So kau ni kategori yang mana?”

“Rahsia lah.”

“Eh pehal doo.”

“Kalau aku pilih yang pertama, nanti orang kata tak laku lah, andartu lah. Kalau pilih yang kedua, nanti orang kata jual mahal lah, memilih sangatlah. Kalau aku pilih yang ketiga, nanti orang kata ahh alasan jer. So, biarlah rahsia.”

“K.”

“Nak jawapan lebih tepat tak?”

“Hm. Nak nak. Apa?”

“Biarlah, rahsia Allah.”

*blah*