baharu

Nak berubah, bila-bila boleh berubah. Nak berubah jadi baik, anytime. Nak berubah jadi jahat pun, anytime. It’s up to you. Your decision.

Pedulikan kata-kata dan pandangan manusia yang “indah dari khabar” ini. Mulut orang, sampai kesudah tak boleh ditutup. Yang penting, niat kita. Kerana apa. Dan untuk siapa.

Yang sukar adalah untuk istiqomah. Yes, bagi aku ni paling sukar dan mencabar. Untuk “membiasakan” perkara yang kita tak biasakan. Untuk “membuang” perkara yang harus dibuang. Untuk “membina” sifat dan peribadi baharu dalam diri kita.

Orang takkan tahu rasanya bila dia tidak mengalaminya. Maka bersabarlah ketika diuji saat kau mahu berubah kepada kebaikan. Tuhan selalu ada bersama kita insyaAllah.

Letakkan pengharapan pada Yang Maha Esa. Moga Allah permudahkan jalan ini..