annatasha saifol

Maybe I would become a mermaid . I would live in the swirling blue-green currents , doing exotic underwater dances for the fish , kissed by sea anemones , caressed by seaweed shawls . I would have a dolphin friend . He would have merry eyes and thick flesh of a god . My fingernails would be tiny shells and my skin would be like jade with light shining through it I would never have to come back up
—  Francesca Lia Block
In Defence Of: Lelaki Yang Memilih.

Perempuan rilex je boyfriend hitam ke gemok. Tak kisah pun orang mengata. Kau yang lelaki demand lebih nak girlfriend cantik, hipster bagai.

Berlegaran di Twitter, tweet tentang ini. Sekali. Dua kali. Tiga kali. 

Lama-lama aku rasa aku perlu menjawab ini.

OK, ini bukan soal seksis, soal feminis, atau sekadar nak buat lelaki rasa bersalah setiap kali mendambakan perempuan cantik. Aku rasa pada abad ke-21 dimana orang semakin berkobar-kobar tentang gender equality, meh aku habaq kat hang sikit apadia yang hang kalut sekarang ni.

Adalah normal, seorang lelaki untuk meminati perempuan cantik. Ini bukan social construct, ini evolutionary speaking. Aku percaya, lelaki sengaja memilih beberapa kualiti yang tertentu, kerana faktor, evolusi itu sendiri.

Aku mengaku, aku ada pilihan untuk memilih calon girlfriend, apa lagi memilih calon isteri. Bagi aku, sekadar baik hati, itu tidak memenuhi keperluan evolusi aku. Ini serius. Aku bercakap jujur di sini.

Kerana aku sedar kelemahan fizikal aku, jadi aku sering melihat perempuan yang kuat, yang bijak, dan yang pandai sebagai pilihan utama aku. Sebab kalau aku kahwin (atau kalau boleh bersekekekedududukan saja) - aku mahu anak aku memiliki keupayaan yang lebih baik dari aku. Memiliki rupa paras yang lebih baik dari aku. Memiliki kepandaian yang lebih baik dari aku. Ini hakikat.

Kalau aku cari girlfriend yang low confidence macam aku, yang tak lawa macam aku, dan yang tak bijak macam aku - mampos la anak aku nak hadapi dunia nanti. Dengan low confidence yang diterapkan dari mak dan bapak, dari genetik tak lawa dari mak bapak, dan dari kebodohan yang diwarisi dari mak bapak, anak aku akan hidup tertekan gila nak mampos menghadapi masa depan yang mencabar dan memerlukan kekuatan yang lebih.

Sebab tu, manusia mencari sesuatu kualiti yang dia nak untuk terus hidup.

Tapi aku sedar, untuk aku mendapat awek yang cun, bijak, yakin, hipster bagai, aku memerlukan usaha yang lebih untuk mendapatkan semua itu. Dan ya, memang susah pun. 

Orang kata, aku memilih gila babeng, ada yang kata aku tak sedar diri, siapa cakap aku tak sedar diri? Sebab aku sedar diri lah aku memilih. Sebab aku tak nak anak aku jadi macam aku (atau lebih teruk dari aku).

Walaubagaimanapun aku percaya, akan ada orang memandang satu dua kelebihan yang lain melampaui fizikal. Contohnya macam kepandaian. 

Benda tu sebenarnya adalah added value yang mungkin boleh buat lelaki macam aku consider. The other thing is, confidence. Kalau kau confidence dengan diri sendiri, kau hodoh macam mana pun, kalau kau berjaya gabungkan kebijaksanaan otak kau dengan keyakinan diri kau, kau boleh la score. Ini aku percaya, ada.

Ramai je orang lelaki tak hensem tapi dapat awek cun. Sebab dia confident dengan diri dia. 

Sementara aku masih terperangkap soalan “chicken and egg” yang mana patut dulu - dapat awek dulu ke confidence - aku cuba meningkatkan keyakinan dan pengetahuan aku kerana aku seorang penulis. Seorang penulis meningkatkan personanya dengan hasil tulisannya.

Maka, sudah pastilah lelaki macam aku berharap akan ada perempuan akan terpikat dengan tulisan aku. Jangan nak bohong. Literature is to woo women.

Tapi dalam ramai-ramai perempuan sudah pastilah kau meneliti ciri-cirinya. Terutamanya dalam umur macam aku ni yang dah makin lanjut ni, teliti itu mesti. Sebab kau bukannya muda lagi. Kalau dulu kau muda, kau ada ruang dan masa untuk buat kesilapan.

Kalau dulu awek kaki syabu pun aku dah pernah dapat, paranoid tak tentu pasal. Tapi itu dulu. Takkan dah tua pun nak buat silap macam tu lagi?

Of course lah, fizikal tu penting. Kalau aku hensem dan kacak, aku dah lama ada awek. Setuju atau tak, kau mesti nak awek/balak yang buat kau berdegup kencang sepanjang masa. Kalau dia kelihatan ‘meh’, kau fikir kau ada motivasi ke nak jumpa awek kau?

Pada usia muda remaja, takpe, kau dalam proses mengenal diri. Tapi, bila kau semakin menua dan semakin mengenal diri kau, kau sudah pasti nak ciri-ciri awek yang tertentu. Kalau kau seorang geek dan kau boleh hafal seluruh cerita Star Wars (yang movie atau yang novel atau yang non-canon), tiba-tiba kau ada awek yang layan cerita suamiku suamiku dan bila kau ajak tengok The Force Awakens, dia kata, “apa bendalah mengarut cerita robot-robot ni”, kau tak pishang?

Aku akui, ciri-ciri seorang girlfriend idaman aku memang tinggi. Tapi katakanlah kau tak cun macam Annatasha Saifol atau Liyana Fizi, eh, kau boleh la try cara lain. Tapi kalau kau tak nak mencuba untuk memahami ciri-ciri yang aku nak, dengan kau nak terus menjadi diri kau yang layan cerita sendu waktu Maghrib, sorrylah, kita memang ditakdirkan tak ada jodoh. Bukan salah sesiapa.

Aku ok je kalau tak ada girlfriend cun, tapi dia geek, dia hipster, dia ada taste muzik yang awesome, dan aku boleh berborak dengan dia lima jam tanpa henti. Tanpa termenung, atau tengok phone. Dan mampu mengubah topik dengan pantas dan cekap.

Tapi kalau aku jumpa kau, setengah jam pun aku dah pishang, too bad lah, aku takkan rasa aku nak jumpa kau lagi.

Aku sedar, dalam hidup ni ada satu pertandingan. Evolusi ini pun satu pertandingan. Siapa yang akan terus kekal meneruskan legasinya akan terus bertahan, dialah pemenang.

Spesis yang pupus adalah spesis yang tak mahu bertahan dari persaingan. Kalau kau rasa kenapa lelaki memilih, eh, perempuan pun memilih gak lah. Kalau kau kata, “perempuan selamba je pilih lelaki hitam tak hensem” - mungkin perempuan tu tengok nilai intelektualnya. Mungkin dia tengok nilai keyakinannya. Mungkin lelaki tu ada skil tertentu. Mungkin dia seorang gamer yang power. Mungkin dia seorang pemain bolasepak yang power. Mungkin minah tu seorang geek dan lelaki itu mempunyai topeng Boba Fett yang rare.

Takde siapa tahu kenapa perempuan cantik tu memilih lelaki tak hensem tu, kenapa pulak kau nak judge dia? 

Jadi, instead kau lament diri kau macam tu, why not kau improvekan diri, dan cari kualiti yang kau nak, dan kalau kau rasa untuk dapatkan ini, kau kekurangan itu - kau tambah apa yang kurang. Kalau kau rasa kau tak boleh capai - takpe, kau aim rendah sikit tapi jangan jatuhkan aim kau terus - kerana kau harus ingat, kau nak bersama dengan awek ni, kalau boleh - sampai mati.

Aku masih mencari kualiti yang aku nak. Terus terang, masih belum jumpa sejak kali terakhir - dua orang telah mati. Tapi aku dah move on dan aku terus cari. Aku tak peduli rupa aku yang tak kacak ini, tapi aku akan terus cari jalan macam mana nak dapatkan apa yang aku nak.

Aku tak nak dilahirkan pishang seumur hidup aku. Sebab itu aku terus kejar apa yang aku mahu.

Jadi, kau pun harus begitu, bukan?

9

Now this was a Saturday night well spent - rerecorded a cover we worked on and I had the pleasure of doing backing vocals for Razlan. It was the most efficient recording I’ve ever been to, everybody was quick and the end product sounds good.

Keep an eye out for this, peeps. Video should be out very soon.

We then spent the night away snacking on chips hogging Mina’s very awesome ring light for narcissistic reasons, laughed at ridiculous parodies and watched tear-jerking music videos on youtube cause we’re so emotional like that. They are the kind of company that makes my heart warm for the right reasons and for that I am grateful <3