Selawat

Pada suatu hari, ketika Sayyidatina Aishah menjahit baju pada waktu sahur, tiba-tiba jarumnya terjatuh. Secara kebetulan, lampu yang dipasang sejak tadi telah padam.
Rasulullah s.a.w  masuk dalam kegelapan tetapi wajahnya yang bercahaya itu menyebabkan isteri baginda ini berjaya mengutip kembali jarum yang terjatuh.

“Ya Rasulullah, suamiku,  alangkah bercahayanya wajahmu,”
kata Sayyidatina Aisyah.
Kemudian, dia menyambung,

“Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari kiamat?”

Rasulullah menjawab, “Orang yang bakhil.”

Sayyidatina Aisyah bertanya lagi, “Siapakah orang yang bakhil itu Ya Rasulullah?”

“Orang yg bakhil itu ialah orang yang tidak mengucap selawat ke atasku apabila mendengar namaku disebut,” jawab Rasulullah.

selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Semoga kita mendapat syafaat bersama

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد

#thedaiegraphy #abuhanifah #selawat #muhammad

Made with Instagram
Amalan Sebelum Tidur

MUDAH DAN RINGKAS… TAPI PADAT INTINYA

Rasulullah tidak pernah tidur sebelum mencium Fatimah. Pernah suatu ketika ditegur dan ditanya salah satu isterinya, kenapa engkau selalu mencium Fatimah? Rasulullah menjawab, ‘setiap aku rindu syurga aku mendapatkan semerbak bau harum surga pada diri Fatimah’.

Suatu hari Siti Fatimah sudah masuk di kamarnya, sudah di dalam selimutnya, mau tidur. Rasulullah mengetuk pintu kamarnya, kemudian Rasulullah masuk dan Siti Fatimah bangun, kata Rasulullah ‘jangan, tetaplah kamu di tempat tidurmu’.

Kemudian beliau bersabda ‘puteriku Fatimah, kamu jangan tidur sebelum mengkhatamkan Al-Quran. Kamu jangan tidur sebelum menjadikan seluruh nabi memberikan syafaat untukmu. Kamu jangan tidur sebelum merelakan atau memberi kerelaan kepada seluruh kaum mukminin-mukminat di dunia ini. Dan terakhir wahai putriku Fatimah jangan kamu tidur sebelum kamu Umrah dan Haji’.

Permintaan yang sulit semua. Sebelum tidur khatam Al-Quran. Sebelum tidur menjadikan seluruh Nabi memberikan syafaat. Sebelum tidur merelakan kaum mukminin-mukminat. Sebelum tidur Umrah dan Haji.

Siti Fatimah terkejut mendapatkan perintah ini. Sebelum sempat Fatimah berkata, Rasulullah shalat dua rakaat di kamar Siti Fatimah. Siti Fatimah duduk menanti selesai shalat ayahnya untuk menanyakan tentang perintah tadi.
Setelah Rasulullah salam, Siti Fatimah berkata, ‘ayahku, siapa yang mampu sebelum tidur khatam Al-Quran, menjadikan para Nabi memberi syafaat, merelakan seluruh kaum mukminin-mukminat, dan melaksanakan Umrah dan Haji?’

Rasulullah tersenyum kemudian beliau bersabda, ‘bukan begitu putriku, bukankah engkau kalau membaca Qulhuwallahu Ahad (Surah Al-Ikhlas) sebanyak 3x dihitung seperti khatam Al-Quran. Kedua, berselawatlah kepadaku dan seluruh para nabi, nanti kami semua siap memberi syafaat. Ketiga, doakan kaum mukminin-mukminat; Astaghfirullah lil mukminina wal mukminat, supaya semua kaum mukminin-mukminat rela kepadamu. Ke empat, Umrah dan Haji yang kumaksud ialah membaca;
Subhanallah, walhamdulillah, wa Laa Ilaha Illallah, wa Allahu Akbar, maka pahalanya seperti kamu melakukan Umrah dan Haji’.

Jadi inilah amalan yang diajarkan Rasulullah kepada puterinya Fatimah. Dan mari kita amalkan dan ajarkan kepada anak-anak kita:

1. Membaca Qulhuwallahu Ahad (Al-Ikhlas) 3x.

2. Selawat kepada para Nabi (Allahumma Shalli ala Muhammad wa Ali Muhammad wa Alal Anbiya-i wal Mursalin).

3. Mendoakan kaum Muslimin (Astaghfirullah lil mukminina wal mukminat).

4. Kemudian membaca (Subhanallah, wa-Alhamdulillah wa Laa ilaa ha Illallah wa-Allahu Akbar).

Marilah kita mulai praktikkan dan ajarkan kepada anak-anak kita.

SILA SHARE DAN SEBARKAN

Cara terbaik untuk membuat sesuatu keputusan adalah dgn melakukn “istikharah”.

Tak semestinya bab jodoh sahaja.

Salah satu tanda petunjuk istikharah adalah,

1) urusan dipermudah
2) mendapat ketenangan

Dan lihatlah hati itu cenderung ke arah mana.

#Selawat

Made with Instagram

Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya. (Surah al-Ahzaab, 33: 56) 

~ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ ~ 

Selawat adalah suatu ibadah agung untuk mendekatkan diri kepada Allah. Ia adalah anugerah terbesar daripada Allah kpd umat. Istimewanya, Allah sendiri memulakan daripada ZatNya yg mulia dahulu dlm perkara selawat ini, Kemudian barulah para malaikat yg hampir kepadaNya, kemudian barulah diperintahkan kpd orang yang beriman utk berselawat dan memberi salam kpd Rasulullah s.a.w.

Ia menunjukkan perintah berselawat ini sangat agung. Sebahagian ulama menyebutkan bahawa tidak ada perintah ibadah daripada Allah kepada hambaNya, yg Allah sendiri turut serta melakukannya, melainkan perintah berselawat.

Jadi apa tunggu lagi jom selawat dan salam ke atas Baginda.

Semoga kita mendapat syafaat bersama

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد

#thedaiegraphy #dakwahmudah #abuhanifah #selawat

Made with Instagram

Imam Al Ghazali mengatakan:

Siapa yang menginginkan keuntungan mempunyai Kewibawaan, dimuliakan, terlindung dari bahaya & tipu daya musuh, diindahkan tutur katanya dan luas rezekinya, menjadi kaya, maka bacalah (Ya Hayyu Ya Qayyum) aku mohon bantuan dengan rahmatMu.

Setiap hari dan malam (1000x) dan siapa yang berkesusahan maka perbanyakanlah bacaannya.

Erti Doa Selawat Tafrijiyah

“Ya Allah Tuhan kami, limpahkanlah rahmat yang sempurna dan limpahkanlah kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami nabi Muhammad, yang dengannya akan terurailah segala simpul ikatan dan dengannya akan terhapuslah segala kesusahan dan dengannya akan tertunailah segala hajat, dan dengannya akan tercapailah segala maksud dan kesudahan umur yang baik (mati dalam iman), serta terkabullah permohonan meminta hujan dengan zatnya yang mulia dan ke atas keluarga dan sahabat-sahabatnya pada setiap kelipan mata dan tarikan nafas dengan bilangan segala apa juga yang engkau ketahui..”


Di Antara Fadhilat membaca Selawat Tafriyah ialah:

1) Dibaca setiap hari 41 kali atau 100 kali: Insya Allah dapat menyelesaikan masalah Penting dan dimudahkan urusan hidupnya   2) Dibaca 11 kali setiap lepas solat Fardhu : Insya Allah rezeki anda tidak putus disamping mendapat kedudukan yang tinggi..   Semoga anda sentiasa dimurahkan rezeki.. Supaya dengan lebihan rezeki yang berjaya anda perolehi dapat disedekahkan kepada mereka yang memerlukan.. Bila kita banyak bersedekah, Insya Allah kita akan mendapat keberkatan hidup di dunia dan Akhirat..

“Dan apabila matinya seseorang anak Adam itu, maka terhapuslah segala amalannya di dunia, melainkan tiga perkara iaitu:

  • sedekahnya yang berterusan, 
  • ilmu yang memberi faedah, dan 
  • anak-anak soleh yang mendoakannya kelak.”

Jangan kita saling membenci. Jadilah kita saling mencintai. Jadilah kita manusia yang selalu memikirkan kesalahan sendiri. Jangan membongkar kesalahan orang lain seandainya ada yang salah di antara kita. Ajaklah mereka ke jalan yang baik dengan cara yang baik.
—  Habib Syech Assegaf, Selawat Perdana, Dataran Masjid Putra, Putrajaya.