Safee-Sali

2

tonight Malaysia against Singapore match. this 2nd leg Malaysia better be win. (or there is no world cup for us, lol). pray real hard for Malaysia’s football players. Tigers Vs Lions everybody. and i’m hoping with that guy! do your best Safee!! Black and Yellow go Malaysia!!

*i’m so weird today -.- sorry

youtube

Thank you Safee Sali! All the best in Indonesia, show them what it means to be a Harimau Malaya, take your game to the next level and improve as a player, and in turn, help improve and propel the National football team forward!

Hopefully, you’re the first of many other Malaysian footballers that will make their mark in leagues abroad.

New Post has been published on The Rakyat Post BM Version

New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/sukan/2014/12/17/shukor-safee-sedia-diturunkan/

Shukor, Safee sedia diturunkan

BANGKOK, 17 Disember :

Ketua Jurulatih Skuad Harimau Malaya Dollah Salleh berkata kapten pasukan Muhammad Shukor Adan dan penyerang berpengalaman Mohd Safee Mohd Sali yang pada awalnya dilaporkan cedera, telah kembali menjalani latihan dan kedua mereka bersedia untuk turun berjuang di dalam pertarungan epik itu esok.

Safee Sali ketika ditemui portal berita Bernama berkata, beliau berjanji mempamerkan persembahan terbaiknya dalam perlawanan esok.

“Semangat pemain masih tinggi untuk beraksi dalam perlawanan esok walaupun kami tahu ia adalah sukar. Apa yang penting, kami melakukan yang terbaik berhadapan Thailand yang tidak pernah tewas dalam tiga perlawanan Kumpulan B (di Singapura) sebelum ini, ” kata penyerang negara itu.

Sementara itu, Dollah Salleh berharap sentuhan ajaibnya menjadi apabila Malaysia menentang Thailand pada perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki di Stadium Nasional Rajamangala, di sini hari ini.

Malaysia tewas 1-2 kepada Vietnam dalam perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Shah Alam pada 7 Dis lepas dan bangkit kembali dengan cemerlang dan menang selesa 4-2 dalam perlawanan timbal balik di Stadium Nasional My Dinh di Hanoi, Vietnam empat hari kemudian.

“Diharap, kami akan mengulangi keajaiban itu (menentang) Thailand, esok. Secara jujur saya tidak menjangka anak buah saya akan beraksi dengan baik menentang Vietnam dan pada saya ia adalah petanda baik untuk pasukan kerana kami pernah tewas kepada Vietnam di gelanggang mereka,” kata Dollah kepada pemberita dalam sidang media pra-perlawanan, di sini semalam.

Mengenai pasukan Thailand, Dollah mengakui skuad ‘Gajah Perang’ di bawah bimbingan bekas pemain antarabangsa negara itu, Kiatisuk Senamuang bukan lawan yang mudah tetapi beliau yakin anak buahnya akan memberikan yang terbaik.

Malaysia dan Thailand akan bertemu dalam perlawanan akhir kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil, 20 Dis ini bagi menentukan juara edisi ke-10 kejohanan bola sepak dua tahun sekali itu.