100js

Banyak berjalan, apa aku buat sebenarnya? 

Sekarang ni tengah ada projek dengan klien terbesar UEM Edgenta, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kontrak 10 tahun bernilai RM4b. Antara anak syarikat UEM Edgenta, Edgenta Energy & Edgenta Mediserve. Kira main-con Mediserve, sub-con, Energy. 

So apa projek Energy dengan Mediserve-KKM? Banyak, bermula dengan detail energy audit tengah buat ni, RM 2j. Kecil nilai, tapi penting untuk projek seterusnya, Energy Performance Contract (EPC) dengan nilai masih aku tak tahu. Salah satu projek EPC, paling dekat, tukar chiller bernilai RM 100j (aku edit sikit & print proposal before submit dulu lol). 

Skop kerja aku dalam projek ni? 

Audit HVAC hospital. Macam dalam gambar, tengah audit AHU, bawah kami betul betul ada operation theatre. Apa apa jadi, contoh terlebih humidity, kesannya pada pesakit yang sedang operate (u know, infection stuffs). 

Jurutera bukan doktor, dapat pujian langsung dari orang ramai, tak tahu ada orang yang menjaga setiap inci setiap sistem setiap peralatan di hospital agar berfungsi sempurna. Ramai tak tahu pun, majority besar di hospital orang teknikal juga, cuma kerjanya orang luar ‘tak nampak’ pun. Aku sendiri pun tak tahu dulu!

Eh, aku elektrikal engineer asal buat kerja mekanikal? 😂 Begitulah hakikat alam pekerjaan setakat mula ceburi alam ini 😌

#engineer #awak #dsim #menulis #audit #bosan #tapi #boleh #jalan2 #lol

Made with Instagram