Avatar

fullbodymassageworld

@fullbodymassageworld-blog

Free Massage

Hii fellow Tumblr, this week I'm in KL.... and will give free treatment on the 1st hour massage. Eligible for new and repeating. Please message me for the details. TQ

Hapuskan Urat Timbul Di Kaki

Urat timbul tidak hanya berlaku kepada wanita hamil sebaliknya ia boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Masalah ini bukan sahaja menyebabkan kesakitan malah mencacatkan penampilan kaki.

Usah mengambil mudah soal ini, atasi segera masalah urat kaki timbul. Kenali punca dan amalkan tip berikut untuk mengurangkan seterusnya menghilangkan urat kaki yang membuatkan ‘saham’ anda jatuh!

Tinggikan Kedudukan Kaki

Ketika tidur malam, tinggikan kedudukan kaki. Lapik kaki dengan bantal, ia bukan sahaja memberi keselesaan malah membantu melancarkan perjalanan darah.

Rendam Dalam Air Suam

Amalkan selalu petua ini, rendam kaki dalam baldi atau besen yang mengandungi air suam. Bagi mendapatkan manfaat terbaik, campurkan air suam dengan garam bukit. Rendam kaki selama 15 hingga 20 minit. Air rendaman ini dapat membantu merehatkan kaki yang letih, membuang toksin, meredakan tekanan dan membantu melancarkan perjalanan darah.

Gunakan Stoking Khas

Ketika tidur malam atau berada di dalam bilik penghawa dingin, gunakan stoking khas untuk melindungi kaki anda dan mengelakkan kesejukan. Stoking juga dapat mengelakkan angin memasuki tubuh. Namun jangan sesekali memakai stoking ketat.

Makan Vitamin C

Ambil Vitamin C sebagai suplemen harian anda. Vitamin C dikatakan amat mujarab mengatasi masalah urat timbul. Selain itu, anda digalakkan makan buah-buahan sitrus seperti limau, kasturi dan lemon.

Lakukan Senaman Ringan

Baik ketika duduk mahupun berdiri, anda seharusnya melakukan senaman ringan seperti regangan. Ia dapat mengelakkan darah beku, lenguh dan kekejangan otot. Senaman juga menyihatkan tubuh anda.

Elakkan Memakai Kasut Tumit Tinggi

Adakah anda tahu, memakai kasut tumit tinggi dalam jangka masa lama akan menyebabkan urat di kaki tegang dan timbul. Tumit kasut yang halus memberi bebanan kepada kaki untuk menampung berat badan. Akibatnya, kaki menjadi tegang dan urat mudah timbul.

Sapu Minyak Panas

Sebelum tidur malam, sapukan minyak panas atau herba pada bahagian kaki yang sakit atau urat timbul. Kombinasi herba akan membantu mengatasi masalah yang anda hadapi.

Petua Tradisional

Belah bawang putih kepada dua bahagian kemudian, gosok perlahan-lahan pada urat yang timbul. Amalkan sehingga urat yang timbul akan beransur pulih. Tempek bahagian bermasalah dengan air asam jawa.

Lakukan Urutan

Urutan dapat membantu mengatasi masalah urat kaki timbul. Sebaik-baiknya, lakukan urutan refleksologi dengan tukang urut profesional. Amalkan urutan ini sebulan sekali, anda pasti gembira dengan hasilnya.

Berurut bantu lelaki dan wanita tingkat kesejahteraan diri

Penawar terbaik hilangkan tekanan, lemah syahwat, bawa keceriaan dan seri wajah, langsingkan tubuh

TERASA sakit badan atau otot kejang pada mana-mana bahagian tubuh bukanlah perkara yang asing bagi lelaki mahu pun wanita. Apabila keadaan seperti itu berlaku, sudah tentu membuatkan diri tidak selesa dan ada kala berasa lemah serta tidak bermaya.

Ada beberapa faktor yang menyebabkan keadaan itu berlaku termasuklah teknik kerja yang salah atau berpunca daripada jenis pekerjaan dilakukan sehingga mendedahkan seseorang itu kepada risiko. Selain itu, faktor makanan juga boleh menjadi punca, manakala metabolisme yang tidak stabil turut menyebabkan seseorang itu cepat berasa letih, penat serta malas.

 Bagi mengatasi masalah sedemikian, mengurut adalah satu daripada kaedah rawatan yang dapat membantu memberi kelegaan. Walaupun mengurut bukanlah penawar sepenuhnya kepada masalah sakit otot dan ketegangan urat, sekurang-kurangnya ia mampu mengurangkan kesakitan. Malah, amalan mengurut mampu meredakan tekanan, sekali gus membuatkan badan berasa segar dan mengurangkan lesu.

Urut adalah amalan menggunakan tekanan terhadap tisu lembut tubuh seperti otot, ligamen dan sendi yang boleh mendatangkan kesan positif kepada tubuh. Ia boleh dilakukan pada bahagian tertentu atau seluruh tubuh, badan yang sihat bergantung kepada perjalanan darah seseorang. Apabila berurut, oksigen dalam darah merah dapat disalurkan ke otak dan membantu menjadi sihat dan segar.

“Perjalanan darah menjadi tidak lancar juga disebabkan angin di dalam darah. Jadi urutan boleh membantu memecahkan angin itu. Antara kaedah sesuai untuk melancarkan perjalanan darah ialah melalui urutan yang baik dan betul, tidak kira lelaki mahu pun wanita adalah elok melakukan urutan sekurang-kurangnya empat kali setahun atau tiga bulan sekali. Ini kerana tujuan mengurut adalah untuk melancarkan perjalanan darah yang tersekat. Perjalanan darah yang tersekat itulah punca seseorang itu merasai lenguh, sengal, pening dan sakit-sakit pada bahagian tertentu pada badan.

Urutan juga penawar terbaik menghilangkan rasa tertekan, lemah syahwat, membawa keceriaan dan seri wajah, melangsingkan tubuh serta membantu memulihkan kesuburan wanita yang sukar hamil ataupun kandungan lemah dan bermasalah pada rahimnya. Malah, masalah lumpuh juga boleh diatasi dengan berurut.

“Mengurut membawa beberapa kebaikan kepada lelaki mahupun wanita. Bagi mereka yang sudah berkahwin, misalnya sering mengadu berasa sakit belakang. Begitu juga bagi mereka yang melakukan tugas berat akan mengalami keadaan seperti itu.

“Selain itu, ada yang mengadu sakit tumit dan kaki serta berasa seperti dicucuk-cucuk jarum. Perkara sebegini bukan saja berlaku pada golongan tua, tetapi juga yang muda. Ini berlaku mungkin kerana banyak berjalan atau berdiri atau tidak menjaga pengambilan makanan. Tetapi InsyaAllah, dengan berurut perjalanan darah dalam urat saraf boleh menjadi lancar dan menghilangkan sakit berkenaan,”

Biarpun wanita tidak menggunakan tenaga seperti lelaki, faktor kesibukan seharian bergerak ke sana-sini ditambah dengan kerja tambahan yang sememangnya menjadi rutin hidup seharian mereka, menyebabkan mereka cepat lemah dan lesu.

Jadi, adalah baik wanita juga perlu memanjakan diri, merehatkan tubuh dan mencari keselesaan dalaman dengan berurut. Selain membetulkan perjalanan darah ia juga mengembalikan kesegaran diri dan sentiasa awet muda.

Bagaimanapun, berurut jika tidak kena caranya boleh menambahkan kesengsaraan diri. Malah, tersalah atau melakukan kaedah mengurut yang tidak betul boleh mengakibatkan tempat yang sakit terus bertambah sakit. Sebaliknya, urutan hanya berkesan apabila seorang tukang urut itu menekan kepada urat yang betul.

Kaedah mengurut yang betul, adalah lebih baik tukang urut itu terlebih dulu melihat keadaan individu berkenaan sebelum terus mengurut. Misalnya, tekanan untuk orang yang berbadan besar sudah tentu tidak sama dengan mereka yang bertubuh kecil.

Begitupun, mengenai bahagian tubuh mana yang perlu dimulakan dulu jika mengurut seluruh badan, tiada teknik tertentu. Tetapi lazimnya, tukang urut akan memulakan urutan daripada bahagian kaki kerana ia adalah pusat saraf bagi keseluruhan anggota tubuh.

“Selepas kaki, diikuti urutan pada bahagian kedua-dua betis dan peha serta seterusnya pada bahagian belakang. Belakang tubuh perlu diurut kerana ia adalah antara bahagian paling luas dan ada banyaknya urat belikat,”

Tempoh masa mengurut untuk seluruh tubuh pula sebaik-baiknya mengambil masa satu setengah jam, manakala jam 9 hingga 10 pagi adalah antara waktu yang sesuai untuk mengurut. Ini berikutan darah ‘tidak panas’ lagi dan memudahkan urutan dilakukan.

Bagaimanapun, waktu malam adalah paling baik sekali untuk mengurut kerana tubuh tidak bekerja lagi dan membolehkan individu itu mendapat rehat yang secukupnya. Malah, sebaik saja lepas mengurut disarankan tidur dan jika semua berjalan lancar nescaya pada siang harinya, pasti individu berkenaan berasa lebih segar.

Penggunaan minyak dapat memudahkan lagi urutan. Bagi kaedah urutan tradisional, antara bahan ramuan utama yang terdapat dalam minyak urut ialah serai wangi yang dikatakan berkhasiat untuk membantu membuang angin. Selain itu, ada juga bahan rempah ratus lain atau akar kayu yang dicampurkan dalam minyak urut berkenaan.

Untuk mengurut dan demi kesejahteraan kesihatan seseorang itu tidak perlu berasa malu. Tidak menafikan, walaupun urutan sudah menjadi amalan tradisi sejak zaman berzaman ada juga individu yang langsung tiada pengalaman berurut atau tidak biasa tubuhnya ‘disentuh’ oleh tukang urut.

“Bukan saja ada yang berasa malu, tetapi juga tidak biasa atau berasa geli ketika diurut sehinggakan ada antaranya tubuh menjadi begitu ‘keras’ ketika diurut. Keadaan ini bukan saja menyukarkan tukang urut menjalankan tugasnya, tetapi dibimbangi individu yang diurut berasa sakit dan mungkin boleh membawa kecederaan.

“Oleh itu cubalah berasa rehat ketika diurut. Apa yang lebih penting kita ingin menjaga kesihatan dan kesejahteraan diri. Janganlah nanti sebelum usia mencapai tua, badan sana sini sudah pun berasa sakit,” katanya.

INFO: Urutan

Urutan mampu menimbulkan perasaan yang harmoni dan memberi kesejahteraan menyeluruh serta dapat berasakan diri dimanja.

Bagi wanita antara manfaat urutan selepas bersalin termasuklah membuang angin dan melancarkan perjalanan darah, menghilangkan rasa kebas dan lesu serta membantu wanita untuk mendapatkan bentuk tubuh yang langsing.

Wanita yang melahirkan anak secara normal boleh mula mengurut selepas dua minggu bersalin, manakala yang menjalani pembedahan dinasihatkan berurut sebulan selepas bersalin.

Urut dikatakan membantu melambatkan menopaus jika wanita itu mengamalkan urutan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh dua atau tiga bulan.

Mengurut juga dikatakan, baik untuk wanita yang mengalami rasa sakit senggugut disebabkan perjalanan darah haid tidak teratur atau datang bulan sekali dalam tempoh tiga atau empat bulan.

Antara pantang larang mengurut:

Orang yang hendak berurut tidak boleh dalam keadaan kenyang. Jika makan hidangan berat, tunggu hingga sekurang-kurang sejam.

Bagi wanita mengandung, urut tidak boleh dilakukan bagi tiga bulan pertama kerana boleh meningkatkan gejala morning sickness’. Urutan terhadap wanita mengandung perlu dilakukan dengan lembut dan elakkan bahagian perut.

Individu yang menghadapi masalah jantung tidak digalakkan mengurut kerana ia boleh meningkatkan pengaliran darah ke jantung dan menyebabkan jantung bekerja lebih keras. Ini dikhuatiri menyebabkan serangan sakit jantung.

Individu yang baru menjalani pembedahan tidak digalakkan mengurut kerana dikhuatiri boleh menyebabkan jahitan luka terbuka dan pendarahan dalaman atau luaran berlaku.

Penjagaan payudara untuk kesihatan zahir dan batin

Semestinya setiap wanita menginginkan bentuk payudara yang indah atau seimbang dengan tubuh badannya. Maksud ‘indah’ di sini tidak hanya semata-mata dipandang dari saiznya samada besar atau pun kecilnya payudara, tetapi kesihatan payudara itu sendiri yang harus diprihatinkan. Dengan itu memiliki payudara yang sihat bermaksud memiliki payudara yang indah.

A. Memperindah Payudara

Ramai di kalangan wanita mudah terpengaruh dengan pelbagai fesyen-fesyen coli atau baju dalam (bra) yang terkini tanpa mengambilkira kesesuaian dan keselesaan dengan payudara mereka. Ada yang berpendapat bahawa memakai coli yang mempunyai dawai sebagai ‘tulang’ coli (push-up) bertujuan untuk menampakkan payudara mereka tampak lebih seksi dan mengiurkan sebenarnya menyiksakan payudara mereka sendiri !

Payudara dibentuk oleh jaringan-jaringan yang rumit ; di antaranya kelenjar air susu dan jaringan-jaringan penghubung yang dikelilingi lemak. Lemak-lemak itulah yang menentukan saiz besar atau kecilnya payudara tersebut. Jaringan-jaringan penghubung adalah sebagai ‘penentu’ kepada keindahan payudara kerana ia berfungsi sebagai penyokong kulit payudara dan memperkuat otot-otot leher serta bahu yang menuju ke arah payudara.

Untuk menjaga payudara agar tetap indah meskipun setelah melahirkan anak, pakailah coli atau bra yang sesuai dan selesa serta boleh menyokong payudara dengan baik tanpa dawai sebagai penyokongnya. Terutama kepada wanita yang memiliki payudara besar, hal ini perlu sekali diberi perhatian. Untuk menghindari otot-otot payudara tertarik pada berat payudara secara terus-menerus, yang akan mengendurkan otot-otot payudara. Sekiranya hal ini terjadi maka akan merosakkan bentuk payudara anda.

Terdapat berbagai cara untuk merawat payudara agar kelihatan sihat dan indah. Di antaranya ialah seperti berikut : –

1. Beriadah – dengan melakukan riadah atau senaman secara konsisten, ketekunan , kesabaran dan teratur. Senaman sebaiknya dilakukan pada waktu pagi iaitu setelah bangun dari tidur kerana otot-otot masih dalam keadaan relaks.

Oleh raga renang adalah senaman yang terbaik bagi payudara kerana semua otot-otot yang berhubungan dengan otot-otot payudara bekerja dengan baik. Malahan gerakan air dingin sangat baik untuk memperlancar peredaran darah di sekitar payudara anda. Gerakan air bukan hanya baik peredaran darah, tapi juga sangat baik pengaruhnya bagi kulit.

Berjogging adalah lebih disukai oleh wanita, namun ia sesungguhnya kurang sesuai bagi kesihatan dan keindahan payudara kerana jaringan-jaringan yang menguatkan ikatan penyokong payudara akan mengendur. Akibatnya payudara akan cepat menjadi kendur, lebih-lebih lagi jika memakai coli atau bra yang tidak sesuai !

2. Urutan payudara – amalan mengurut payudara bertujuan untuk menyihatkan serta memantau daripada barah atau kanser payudara selain mengindahkannya. Jika wanita rajin mengamalkan mengurut payudaranya sendiri, maka segala nutrisi dan zat dari tabiat pemakanan yang baik akan disalurkan ke payudara melalui pengaliran darah yang lancar ke seluruh tubuh badan.

Namun, cara-cara urutan haruslah betul agar tidak memudaratkan payudara anda nanti. Insyaallah Wannura akan menunjukkan cara-cara pengurutan yang betul di posting yang lain.

3. Siram air dingin – penyiraman air dingin waktu pagi pada payudara sangat baik kerana akan meransang tisu-tisu dan otot-otot payudara. Ini juga disebut sebagai ‘terapi air’. Mudahkan !

4. Pemakanan yang seimbang – pengambilan pemakanan yang seimbang adalah sangat penting dalam penjagaan kesihatan dan keindahan payudara.

B. Penting untuk kesihatan batin

Selain untuk menyihatkan payudara dari penyakit seperti kanser atau barah dan mengindahkannya, ia adalah sangat penting diberi perhatian terutamanya bagi yang telah dan akan berumahtangga kelak untuk santapan suami anda !

1. Persetubuhan

Payudara merupakan salah satu bahagian tubuh badan wanita yang akan diransang bila berjimak atau mengadakan hubungan seks dengan suami terutama di bahagian putingnya.

Ia merupakan salah satu ‘alat ransang’ yang peka kepada ransangan bila ingin memulakan jimak (pemanasan atau ‘foreplay’). Tidak kurang juga ada wanita yang merasa ‘geli’ bila payudaranya disentuh atau diramas. Tidak dinafikan juga ada sesetengahnya pula berasa sakit bila payudaranya dipegang , apatah lagi jika diramas. Ini harus diberi perhatian yang serius. Jika wanita tidak cukup diransang semasa dijimak dan ‘tidak puas’ maka ini akan menimbulkan masalah yang besar di dalam rumahtangga anda nanti !

Semasa mengadakan persetubuhan di antara suami dan isteri, payudara si isteri biasanya akan diraba, disentuh, dipegang, diramas, dipicit,, diurut dan putingnya digentel serta dihisap pula ! Cuba bayangkan jika payudara berasa geli , sakit dan tidak selesa apabila disentuh, apatah lagi dihisap oleh suami ! Ini tentu sikit sebanyak akan mengecewakan pasangan dan disudahi dengan pergaduhan pula. Tentulah jiwa dan raga akan merana.

2. Penyusuan bayi

Setiap organ atau anggota tubuh badan manusia itu semestinya Allah SWT tidak menjadikannya sia-sia. Setiap kejadianNya itu pasti ada menafaatnya. Oleh kerana terdapat kelenjar susu pada payudara wanita, maka bermula dari proses kehamilan hinggalah bayi dilahirkan, payudara akan menghasilkan susu yang bakal diberikan kepada bayi tersebut. Di antara tujuan penyusuan ibu kepada bayi ialah :

a. memberi makan dan minum kepada bayi sehingga umurnya mencapai 2 tahun secara semulajadi. Memberi susu ibu tidak cepat merosakkan sistem penghadaman bayi kerana ia mudah dicernakan oleh perut mereka selain mendapat pelbagai khasiat dan zat yang baik dari ibunya.

b. bagi mengeratkan hubungan kasih sayang di antara anak dan ibu. Semasa ibu menyusukan bayinya, sudah pasti bayi tersebut sentiasa dalam dakapan dan belaian ibunya. Ini juga akan menyebakan pertumbuhan bayi tersebut lebih baik jika diberikan susu botol.

c. sebaik sahaja ibu melahirkan bayinya, jika bayi diberi susu ibu, penyusuan tersebut dapat membantu mengecutkan rahim ibu dengan lebih cepat.

d. Penyusuan ibu juga dapat mengelak payudara daripada penyakit kanser atau barah. Ada sesetengah wanita merasakan menjadi satu masalah jika mereka menyusukan bayi mereka terutamanya bagi ibu-ibu yang bekerja dengan alasan terpaksa bangun tengah malam dan terpaksa korbankan waktu tidur mereka. Sehingga ada yang sanggup membeli ubat dari farmasi atau pun meminta pil dari doktor untuk memberhentikan susu badan mereka ! Ini amat merugikan sekali. Ini dikhuatiri akan menghadapi masalah di kemudian hari nanti.

Perkara-perkara yang harus dihindari :-

1. Sering mandi dengan menggunakan air panas.

2. Tidur dalam keadaan telungkup (meniarap).

3. Melakukan diet yang terlalu ketat kerana bila berat badan turun secara mendadak akan merosakkan bentuk dan keindahan payudara.

4. Memakai coli atau bra yang sangat sempit dan berdawai. Pilihlah coli atau bra yang mempunyai kedudukan yang enak dan selesa sehingga tidak mengganggu pernafasan.

Ramai wanita menjadi rendah diri apabila memiliki payudara yang kecil. Hal ini sepatutnya tidak terjadi. Jangan khuatir, amalan mengurut payudara yang betul dapat membantu anda dalam hal ini. Yang pasti berusaha dan tidak cepat berputus asa !

Today I'm free..... If anybody want's to massage... Just free and easy.... (women only, KL). Please message me for arrangement....

Anybody who likes my expertise and knowledge for massaging.. Please message me.....for Malaysian ONLY

The acupressure is relaxing and effective. Typically, the acupuncturist will first examine the patient and instruct the technician to concentrate their work on some specific area or meridian points.