silap

Saya mahu maafkan dia, tapi saya tidak boleh lupakan kesalahan dia.

Ya, itu benar. Tetapi memaafkan dan melupakan kesalahan orang lain itu merupakan dua perkara yang berbeza. Kalau tidak boleh lupakan tidak mengapa, itu memang lumrah seorang manusia. Mulakan dengan memaafkan dahulu. Biar hati menjadi tenang. Insya’allah. Manusia tidak lari dari melakukan kesilapan. Begitu juga dengan diri kita sendiri. Apa salahnya kita memaafkan manusia yang lain?

New Post has been published on The Rakyat Post BM Version

New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/01/03/isa-mohon-maaf-isu-kesilapan-terjemahan-al-quran/

Isa mohon maaf isu kesilapan terjemahan al-Quran

SEREMBAN, 3 Januari:

Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad memohon maaf kepada umat Islam, susulan kesilapan terjemahan pada al-Quran yang diedarkan Yayasan Felda, Julai tahun lalu.

Menurut Mohd Isa, kesilapan tidak disengajakan itu berlaku pada cetakan pertama dan ia sudah diperbetulkan pada cetakan kedua.

“Bukan niat saya untuk menyinggung perasaan umat Islam di negara ini. Kita sedia maklum, terdapat kesilapan pada edisi pertama al-Quran terjemahan ini, namun kita sudah perbetulkan kesilapan itu.

“Malah, pada awal muka surat naskhah itu, kita ada mengingatkan orang ramai, sekiranya terdapat kesalahan mahupun kesilapan ayat al-Quran yang dicetak, harap dimaklumkan kepada kita,” katanya yang dipetik Sinar Harian.

Beliau bagaimanapun berkata, pihaknya belum menerima sebarang aduan sebelum ini, sehingga isu berkenaan timbul, semalam.

Mohd Isa turut meminta orang ramai supaya memulangkan al-Quran berkenaan dan pihaknya akan menggantikannya dengan edisi terbaru.

“Orang ramai yang memiliki al-Quran cetakan pertama itu diminta memulangkan semula di pejabat Felda berhampiran atau ke Yayasan Felda Kuala Lumpur, untuk diganti dengan yang baru,” jelasnya.

Mohd Isa berkata, sebanyak 9,000 naskhah al-Quran edisi pertama telah dicetak dan diedarkan secara percuma dan berperingkat-peringkat di seluruh negara, pada Ramadan tahun lalu.

Semalam, Sinar Harian melaporkan, al-Quran yang diedarkan Yayasan Felda itu mengandungi kesilapan, apabila ayat 8 dalam Surah Yusof tidak lengkap dan tergantung.

Kesilapan itu dikesan seorang Imam Surau Taman Selasih, Port Dickson yang ketika itu sedang membaca surah berkenaan menggunakan al-Quran tersebut.

Selain itu, seorang hafiz, Ustaz Hasan Alias turut mengesan kesalahan ayat dalam surah Al-An’am ayat 116 dan ayat 117, yang mana ayat 117 diulang sebanyak dua kali.

Ahli Jawatankuasa Lembaga Penapis dan Perlesenan Pencetakan al-Quran, Datuk Mohd Yusof Ahmad meminta pemilik syarikat pengeluar dan pengedar al-Quran itu, menarik terbitannya, sebelum Kementerian Dalam Negeri merampas al-Quran itu.

aku manusia.

aku manusia. aku juga buat silap. manusia memang tak dapat lari dari melakukan silap. kenanglah kembali; kenapa manusia yang bernama Adam dan Hawa itu tercampak dari syurga ke bumi? kerana melakukan kesilapan. 

aku manusia. aku juga buat silap. aku boleh perbetulkan kesilapan itu sendiri tetapi sokongan dari yang lain itu penting juga.

-kentisme-

Pernah dulu aku bawa jiwa dengan duka ini pergi jauh
Mencari ketenangan untuk memulihkan keadaan
Rupanya aku silap
Aku hanya lari dari masalah sendiri
Bila aku pulang masalah tak hilang
Kau tetap biarkan aku seorang

Arah aku tak jumpa
Hati tak berdaya
Puas merintih
Mengharap kasih

Aku berusaha sehabis boleh
Namun kau tidak menoleh
Pastinya aku sedih
Merana bagai penagih

Syukur Tuhan buka mata
Nak tunjuk dunia masih ada bahagia
Bukan dari kau sahaja
Dari yang sudi berkongsi gembira

NAK CEPAT?
Jika korang recheck semula diri korang..
perasan tak, dalam hidup ini kita nak semua cepat?
1. cepat kaya
2. cepat kahwin
3. cepat dapat anak
4. cepat dapat kereta.
..tapi .!
kita tak pernah nak cepat cepat berubah JADI BAIK.
yang penting, cepat buat taubat.
lupakan zaman silap korang.
ingat firman Allah:
“Dan bersegeralah kamu mencari ampunan Tuhanmu.” (Ali ‘Imran 3:133) kita nak cepat semua, cepat bertaubat tak nak buat. sedangkan Allah dah mention dalam quran dah
Bagai diludah.

Kalau rasa tak suka apa benda yang aku bagi,jangan la comdemn aku. Aku ada hati tahu tak. Aku terasa tahu tak. Kot ya pun makanan tu taksedap,jangan la maki atas muka aku. Aku ada hati tahu tak. Aku terasa tahu tak.

Aku sedih gila,siryesly sedih. Aku rasa macam loser sangat sebab bagi benda yang aku suka,dengan niat aku nak kongsi apa yang aku suka gila makan,dengan orang yang aku sayang. Tapi aku silap. Aku rasa macam kena baling atas muka.

Huahua kenapa aku perlu hidup dengan orang yang takreti nak menghargai macam kau? Kenapa kenapa? Kenapa dan kenapa lagi?

Lepas ni tobat dah aku tak nak kasi benda tu dekat kau. Aku bukan kedekut,sebab dekat orang lain aku boleh kasi tiga empat kenapa dekat kau tak boleh. Tapi sebab kau,caci hina ludah benda yang aku suka dan kau rasa benda tu macam sampah,taksedap so jangan harap aku nak kasi dah. Dah la kau maki depan orang lain jugak dan bukan aku sorang. Kau tahu tak,yang kau ni jenis manusia tak tahu syukur? Kau tahu tak?

Dan even darurat pun,kau pergila makan babi sensorang. Aku ada stok aku sendiri dah. Jangan kau nak mengadah dekat aku.

Aku terasa hati.

Tapi aku pendam.

Dan aku manusia,aku takdapat lari. Jadi aku luah dekat sini.

Dengan harapan,kau baca (walaupun aku tahu kau bukan kesah pun)

..

Jangan tanya kenapa aku diam dengan kau.

Aku sakit hati.

.

Jadi korang korang yang baca ni,lepas ni tolongla beringat sikit. Jaga mulut jangan duk celupar sangat. Kot ya pun korang benci atau taksuka pemberian seseorang dan kau rasa benda tu macam sampah,jangan maki depan dia. Sebab depan kau tu manusia,bukan khinzir.

Okay?

Sahabat ? 👭

Sahabat yang baik yang sentiasa menegur salah & silap kita .

Berkawan la dengan yang suka memberi nasihat .

Bukan nya, berkawan dengan yg membawa ke NERAKA !

” Friendship till Jannah ” :)
Semua nak friendship till JANNAH.
Siapa nak SYURGA ? Wuishh sapaa taknakk mmg tak betul ..

Macam tu jugak dngn kapel, nak hubungan ke JANNAH, tapi kamu buat bende yg mampu ke NERAKA?

Acaneeee tuuu ?

Macam tu jugak friendship , tegur & nasihat selalu .

Sahabat berkapel, tegur . .
Bukannya , hang duk pi hasut dia cakap ’ pi ahhhh dating wei , nampakk sweet gilaa bakhangg ’ .

Kawan dedah aurat, tegur . .
Bukannya hang duk peratii jaaa, jadi cctv 😤

Kata nak ke JANNAH ? Kene la seiring dengan impian tu , yedok ?

Hang nak straight A’s ?
Agak-agaknya boleh ke, tak solat? Tak belajar?

Tak .

Macam tu jugak friendship . 
Nak jannah , kene la tegur salah & silap, bukan biarkann jeeee.

Biar penat di dunia, akhirat kita dapat berehat.
Kalau tak tegur, silap haribulan kita sekali yg dituntut nya kat akhirat nanti :’)

Jadilah, sahabat yg sentiasa menegur & menerima teguran …

………….

Menegur ada cara, tegur apabila berdua sahaja. Ber✌

Jangan tegur di khalayak ramai, itu sama macam hang bukak AIB sahabat sendiri !

Jom sama2 jadi sahabat yg terbaik.. saling lengkap melengkapi :)

Kau tidak perlu berwajah cantik untuk dikatakan sebagai seorang yang cantik

Dan tidak perlu memuji-muji kerana mahu menjadi seorang yang disukai.

Tidak perlu menjadi kaya untuk menjadi seorang yang bahagia.

Cukuplah dengan membuatkan Tuhanmu redha dan kasih kepadamu, pasti Dia akan menjadikanmu cantik dan indah di mata manusia, disukai dan disenangi oleh semua, serta hidup bahagia.

Andai kau lakukan 99 kebaikan, tetapi terbuat silap sekali.

Manusia akan menyalahkanmu dengan kesilapan yang satu itu, dan melupakan semua 99 kebaikan yang lain.

Itulah hakikat manusia!

Tetapi andainya kau lakukan 99 kesilapan, dan cuma sekali melakukan perkara kebaikan.

Allah akan ampun semua 99 kesilapanmu dan menerima amal baktimu yang satu itu.

Itulah Dia Tuhanku!

[Almarhum Shaykh al-Tantawi,rahimahullah]

Tak. Aku tak pernah biarkan emosi mengawal minda.
Mungkin pernah, tapi itu dulu.

Jadi boleh berikan saya sebab kenapa anda harus benci seseorang tanpa sebab sedangkan ada berjuta sebab lagi anda boleh jadikan dia kawan.

Lupakan kekurangan dan salah silap yang pernah dia lakukan. Siapa tahu, suatu hari nanti dia lah kawan tempat kita bersandar kelak?

Jangan ego dan sombong.