leceh

KLIEN (Part 1)

Udara. Instrumen paling penting dalam kitaran hidup manusia. Kehadirannya nyata tidak disedari manusia, namun tanpanya manusia tiada tempat bergantung. Aku Ali. Aku sangat mahir dalam memanipulasi udara, well bukan dalam cerita Avatar The Last Airbender bagai tu. Kemahiran aku spesifik dalam menamatkan hidup manusia dengan memanipulasikan elemen udara itu. Kerja aku sangat mudah. Klien aku akan berikan details mengenai target yang akan aku terminate, aku akan rancang dan semudah 1,2,3, aku cekik. Korang mesti pelik, kenapa aku cekik. Kenapa tak guna kerja mudah dengan tembak ke, racun or whatever technic yang lebih mudah? Ini kerana kesemua teknik mudah yang korang kata itu meninggalkan trace evidence. Semua itu akan tinggalkan kesan tembakan, peluru, darah, cap jari haih banyaknya bukti so leceh sangat sangat.

22 Mei 2019

Aku terima panggilan dari seorang klien menerusi telefon. Bangsat mana yang bagi nombor ni dekat dia pun aku tak tahu. Dia minta aku selesaikan seorang lelaki atau lebih tepat suaminya kerana tak tahan dengan perangai jalangnya yang suka makan luar. Aku menepuk dahi berkali kali. Dah macam drama Akasia petang-petang yang aku selalu tengok. Datuk kahwin dengan datin. Datuk ada perempuan simpanan. Datin dapat tahu. Datin mintak orang bunuh datuk. Harta datuk datin kebas. Haih standard drama melayu betul. Namun aku tak kisah, asalkan bayarannya masyuk dan menanggung hidup aku yang sebatang kara ini. Aku minta klien ini memberikan aku biodata suaminya dan wang pendahuluan. Macam mana nak buat kerja kalau takde duit, ye dak? Aku katakan pada klien aku bahawa kerja aku akan tamat dalam masa tiga hari daripada sekarang.

5:15 petang: PENGUMUMAN!

Puding Raja Kelantan boleh juga didapati di restoran nombor 1 di Kota Bharu- Restoran Wau!

Tak perlu buat tempahan, masuk je dalam restoran ni, ambil, bayar, bawa balik.

Sebab saya tahu ada orang yang tak suka buat tempahan sebab kadang-kadang buat tempahan ni leceh.

Ini khas untuk untuk anda!

#RestoranWau #DaphorDutaKelantan #KelantanBakers #PudingRajaKelantan #PudingRaja (at Restoran Wau)