New Post has been published on The Rakyat Post BM Version

New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/berita/2014/08/09/th-belanja-rm130-juta-setahun/

TH belanja RM130 juta setahun

KUALA TERENGGANU, 9 Ogos:

Lembaga Tabung Haji (TH) membelanjakan kira-kira RM130 juta bagi menanggung perbelanjaan jemaah haji setiap tahun.

Pengurus Besar Kanan Jabatan Haji TH Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata jumlah itu meliputi tambang keseluruhan setiap jemaah di mana ia melibatkan kos RM16,155 seorang.

“Bagaimanapun para jemaah hanya membayar sebanyak RM9,980 sahaja manakala selebihnya baki sebanyak RM6,175 ditanggung oleh TH,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Kursus Perdana Haji peringkat negeri yang dirasmikan oleh Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman.

Di samping itu katanya, TH juga membelanjakan kira-kira RM3.6 juta setahun bagi mengadakan kursus haji di seluruh negara bagi membimbing bakal haji agar mereka benar-benar bersedia ketika berada di tanah suci.

Berhubung kuota haji ke tanah suci, dia menjelaskan kerajaan Arab Saudi telah mengurangkan kuota haji bagi semua negara sebanyak 20 peratus kerana Mekah ketika ini sedang dalam proses pembinaan dan pembesaran,

“Ini bermakna kita mampu menghantar jemaah haji seramai 22,320 orang tahun ini, seperti juga tahun lepas,” katanya.

Syed Saleh berkata, penerbangan pertama jemaah dari negara ini ialah pada 27 Ogos manakala penerbangan terakhir pada 27 September depan melibatkan 64 penerbangan kesemuanya.

Mengenai wabak penyakit Sindrom Pernafasan Timur Tengah-Virus Korona (MERS-CoV) dan Ebola, beliau berkata Kementerian Kesihatan Malaysia dan Arab Saudi telah mengambil langkah sewajarnya bagi mengelak wabak itu daripada dijangkiti jemaah.

Mula-mula nampak giliran macam lagi 8 orang sahaja. Dah happy sangat. Sekali….dah 30 minit nombor dalam siri 00xx tak gerakkk huhuhu.

#THJlnTunRazak (at Lembaga Tabung Haji)

Bandar Enstek mercu utama segmen hartanah TH Properties

Bandar Enstek mercu utama segmen hartanah TH Properties

nurhayatiabllah@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Pembeli rumah kali pertama dan naik taraf berpeluang memperoleh kediaman lebih besar pada kadar harga menarik berbanding kediaman lain di Lembah Klang menerusi projek pembangunan terancang di Bandar Enstek.

Perbandaran itu dibangunkan TH Properties iaitu kumpulan hartanah bersepadu milik penuh Lembaga Tabung Haji yang bergiat dalam projek pembangunan…

View On WordPress

New Post has been published on The Rakyat Post BM Version

New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/berita/2014/04/11/gagal-saring-kesihatan-tidak-dibenar-tunai-haji/

Gagal saring kesihatan tidak dibenar tunai haji

Putrajaya, 11 April

Mereka yang gagal dalam ujian saringan kesihatan Lembaga Tabung Haji (TH) tidak akan dibenarkan menunaikan ibadat haji.

Ini bagi mengelak dijangkiti Sindrom Pernafasan Asia Barat-Virus Korona (MERS-CoV), yang meragut dua lagi nyawa di Arab Saudi baru-baru ini.

Pengerusi TH Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata TH telah mengambil langkah perlu bagi memastikan jemaah Malaysia tidak dijangkiti penyakit itu termasuk membawa doktor pakar negara.

“TH juga akan memastikan rawatan awal diberikan kepada jemaah yang tidak sihat ketika menunaikan ibadat itu”, katanya Abdul Azeez.

Pihak berkuasa kesihatan Arab Saudi dalam satu kenyataan berkata baru-baru ini berkata wabak itu mengorbankan dua orang lagi, menjadikan angka korban keseluruhan wabak itu meningkat kepada 66 orang sehingga kini.

Ia menjadikan jumlah kes keseluruhan MERS-CoV di Arab Saudi bertambah kepada 167 kes sejak mula menular pada 2012.

Abdul Azeez berkata kerajaan Arab Saudi juga telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Malaysia bagi memberi penerangan untuk menghadapi wabak penyakit itu.

Text
Photo
Quote
Link
Chat
Audio
Video